728 x 90

Khamis, 21 Mei 2009

Melarikan Diri Daripada Kebiasaan

Hari ni Rabu, 21 Mei 2009, sepatutnya menjadi hari yang biasa buat aku dan Dah, tetapi suddenly bertukar menjadi hari yang LUAR BIASA buat kitorang. 'Luar biasa' di sini tidak perlulah dilihat dari konteks sebarang alien@makhluk asing,...sebaliknya kitorang melarikan diri daripada kebiasaan rutin/jadual harian yang sepatutnya kitorang lalui.

Biasalah, kerja sendiri ni ada ups and downs. Sometimes kita ada semangat nak kerja keras, ada kalanya pula semangat tu merudum entah ke mana. Banyak faktor2 yang menyumbang kepada situasi ini. So, hari ni aku bangun dengan mode 'cool'. Nothing special + exciting. Tengah-tengah hadap laptop (sambil mengusik kerja itu ini), Dah tiba dengan idea nak lunch kat luar. Time tu juga aku pack barang-barang sebab ikut plan, lepas lunch kitorang nak terus bergerak ke Kuang sebab aku ada kerja di sana belah malam (lagipun time tu dah pukul 2 lebih dah).

Masa lunch, muncul pula idea nak pergi Shah Alam. Aku teringin nak minum ice blended oreo+coffee kegemaranku. Dah angguk lagi. Sebelum tu kitorang pergi rumah customer deliver order. Tau-tau dah sampai Shah Alam. Tengok tak ada offer special di Tesco, kitorang pergi Giant Shah Alam. Lagi sekali makan. Ngomel-ngomel, borak-borak dan masa inilah aku dan Dah terpikir nak membatalkan urusan kerja kitorang sebelah malam (ingat, perbuatan ini hanya sah untuk orang - orang yang bekerja sendiri dan tak terikat dengan sebarang pengawasan majikan) maka selepas beberapa panggilan dibuat, aku dan Dah tersenyum lebar sebab secara rasminya kitorang cuti heheheh

Teringat pula pada sahabatku yang bekerja di Intekma, UiTM. Tercatatlah sebuah lagi perjalanan ke sana. Sempat kitorang singgah King's Confectionery beli something untuk 'dimamam' oleh Cik Aza. Kebetulan Aza sudah habis kerja, so kitorang dengan senang hati offer nak menghantar Aza balik ke kolej (Aza duduk kolej sebab dia kerja masa cuti sem). Sempat juga kami dibelanja ABC yang enakkkkkk. Nanti kita sama-sama try 'Nasi Goreng Student' yea Aza.

Selesai hantar Aza, aku dan Dah ke Seksyen 16, jumpa seorang lagi kawan lama & sengaja nak jengah dia & baby yang baru dilahirkan. Masa ni lah aku dan Dah teringat kat Zura, kawan kitorang yang sekarang 'separuh biol' dihimpit masalah. (Tapi dah okay kan, makcik?) Tau-tau sampai Kepong,...kitorang pergi kejar HotFM Zoomers kat Taman Rekreasi Manjalara. Terus ke Selayang pergi jumpa Zura untuk 'dinner date'. Makan lagi! Habis makan + borak - borak, kitorang pun terus balik umah. Punyalah aku dan Dah excited hari ni! Sekali - sekala buat benda tak dirancang ni seronok gak. At least relax sikit mind aku terlepas daripada memikirkan tentang kerja buat sementara waktu.

Buat kawan-kawan yang aku 'jengah' hari mereka hari ini, semoga kegembiraan aku hari ni turut terpercik pada kalian. Aku dah cukup happy mengelat kerja sekali sekala dan dapat jumpa korang.

p/s:
Zura, minggu ni aku catat rekod jumpa ko 2 kali heheh & thanks for the box eh.
Izwana, kitorang tak lupa awaklah.
Hanis, sempat bincang pasal ko.
Azatul, enjoy your buns@bread.
Dah,...hahahahahahah tak leh buat selalu ni. Tak soru kita nanti ;)

15 ulasan:

  1. Ni terkena sumpahan Farah la ni....Terbiol aku paras maksima..Alhamdulillah almost recover....Try to motivate myself to study...Farah aku lapar la .....

    BalasPadam
  2. Ala shiannya, nanti kita gi supper sama2 eh. Makanlah apa yang ada kat umah tu. Jangan lupa beli stok makanan esok :)

    BalasPadam
  3. hahahah giler banyak stok makanan.............ni farah kalau tak habis ko habiskan

    grrr counting my exam days......tak study punnnn

    apa nak jadi makcik ni

    BalasPadam
  4. Aku dah cakap buku tu ko rebus je. Stok makanan? Kalau rasa2 tak habis, panggil aku k.

    BalasPadam
  5. ada gak nama abc dimasukkan dlm post ni.buat teliur je.kt jb ada satu gerai abc kt kg majidee,aiskrim double tp murah je.satu lg kt bomba jb.dh compare &yg kt majidee tu lg sodap..tp makcik dh pindah![izwana]

    BalasPadam
  6. Mana best Izwana, ABC JB ke ABC Teringin?

    BalasPadam
  7. sis boleh bezakan cara penyampaian dalam penulisan pada tahun 2009 dan 2014..semakin matang heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe alamak...malunya. Tapi sekurang-kurangnya saya tahu dalam tempoh tu saya semakin matang ;)

      Padam
  8. SS senyum senyum baca entry ni... Nakal juga Cikgu Ceketed eh... Hi hi hi...

    BalasPadam
  9. Kadang kadang elok juga buat something yang bukan rutin... Atau nak lagi mencabar luar confort zone! Ha ha ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Buat sesuatu di luar rutin/kebiasaan memang fun! Tapi saya, bab di luar comfort zone tu jarang buat, SS. Saya tak adventurous sangat...

      Padam
    2. SS pernah tanya HH... Kalu SS tak de... HH berani tak travel sendiri? Dia kata tak berani... He He He... Kadang luar comfort zone pon kena tengok jugak diri kite ni kan... Tapi SS nak tanya... 'Dah' tu sape?

      Padam
    3. Hihihi kalau SS sendiri kan,..dah biasa ada HH jadi travel partner,...kalau HH tak de, SS ada feel tak nak travel? Mesti rasa canggung kan?

      'Dah' tu kawan baik saya. Sekarang ni dalam entri2 baru, saya tukar guna 'Bott' :)

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...