728 x 90

Sabtu, 6 Jun 2009

Mengumpul Rancangan Masakan Jamie Oliver

Hujung minggu ni aku tak ada plan yang spesifik nak buat apa dan pergi mana sebab plan asal dah terbatal. So, sepanjang hari ni aku habiskan dengan mengejar dan cuba membedung kucing aku si Tabby Kiki yang semakin aktif menggigit. Rasanya aku kena dapatkan dia 'teethers' - ala yang baby selalu gigit@chew time gatal gusi nak tumbuh gigi tu.

Alang-alang tak kemana-mana tu, masa aku dihabiskan melayari internet + download rancangan TV kegemaran. Memandangkan tv shows yang aku suka kebanyakannya dah habis season (CSI Miami, Criminal Minds & Two and A Half Men), aku sibuk download rancangan masak si Jamie Oliver. Great Italian Escapes dah habis download dah. Sekarang tengah download Oliver's Twist - rancangan masakan yang kenalkan aku pada si Jamie ni :) Seronok gak bila boring2 tengok rancangan masakan. Santapan untuk minda heheheh

5 ulasan:

  1. patutlah Farrah ni pandai memasak..ada 'guru' rupanya...sis JM gak follow Jamie Oliver di di Astro..TLC channel kalau x salah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah tu, sis. Saya tak pandai mana pun. Masak asyik nak yang senang je. Tapi saya suka tengok rancangan masakan. tengok je...terapi diri kononnya :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Saya memang suka tengok semua rancangan masakan dia :)

      Padam
  3. akak dowload rancangan masakan kat mana tu

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...