Ahad, 1 November 2009

Hazelnuts & Almonds Cookies

Cookies ni aku buat untuk minum petang minggu lepas@2 minggu lepas. Kalau ikut resipi asal, guna hazelnut je. Tapi since dek at rumah ada lebihan almond buat kuih untuk raya lepas, aku masukkan sekali. Nak cuba? Ini resepinya.

A
  • 100g tepung gandum + 1/2 sudu teh 'baking powder' (ayak)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko (ayak)
B
  • 125g butter/marjerin (ikut citarasa)
  • 135g gula perang
  • 1 biji telur
(Pukul butter+gula perang sampai kembang dulu, then masukkan telur & pukul lagi)

C
  • 50 g oat (kisar sampai halus)
  • 80 g coklat putih
  • 100 g coklat masakan (milk chocolate @ dark chocolate)
  • 100g hazelnut (atau apa2 saja kacang ikut citarasa - pecan, almond, macadamia) cincang halus
  • secubit garam
Langkah-langkahnya mudah saja. Lepas dah pukul bahan-bahan B hingga kembang & sekata, masukkan bahan-bahan A. Akhir sekali, barulah masukkan bahan-bahan C dan kaupbalikkan adunan hingga sekata. Letakkan satu sudu kecil di atas dulang pembakar yang telah dilensa (1/2 sudu kecil pun boleh untuk saiz yang lebih kecil). Jarak-jarakkan adunan. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 15-17 minit.
Tadaaaaa!!!! Inilah hasilnya! Biskut ni crunchy sebab ada kekacang.

Ini pula aku packing cookie saiz besar untuk birthday party anak kawan.


2 ulasan:

  1. jika sis JM rajin nk buat kuih raya...tiada tempat lain akan dirujuk..sinilah tempat nya :-)

    BalasPadam
  2. Sedapnya tengok... terliur la.nak gak

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...