728 x 90

Jumaat, 25 Disember 2009

Erti 'Berbaloi'

Keputusan PMR dah pun diumumkan semalam. Sebenarnya, kalau nak ikutkan, aku tak payah nak risau / berderau / berdebar...heheh tapi tahun ini aku 'panas punggung' juga sebab turut sama menanti keputusan beberapa orang 'anak didik'ku.

Seawal pukul 8 pagi aku dah bersedia dengan telefon bimbit. Make sure yang battery full dan keadaan phone tidak 'seperti lemas dalam kolam' (bak kata temanku, Azatul setiap kali gagal hubungi aku :) ) Nak buat kerja lain semuanya serba tak kena. Mujurlah kerja - kerja research yang aku lakukan tidak menuntut sebarang komitmen dalam jangka masa terdekat. Itulah kelebihan kerja 'home base' macam aku ni. Sibuk tatkala ada projek sahaja. Selebihnya, kita mempunyai ruang untuk mengendalikan masa ikut kehendak sendiri.

Tepat pukul 12.20 tengah hari. Telefon bimbit aku mula menjerit. "Kak Long,..." "Khud, dapat berapa?" Belum sempat suara di hujung talian menyambung kata, aku dah terjah dengan soalan tidak sabar. "Long,...saya dapat..."Nada suara Khudri yang tidak ceria dan tersekat-sekat buat aku lagi tertanya-tanya. "Dapat 8A je..." sambungnya dengan nada sedih. Aku yang turut terpengaruh dengan mood sedih Khudri pun balas, "Oh ye ke...tak pelah.... 8A tu pun dah cukup....hah awak dapat 8A?!!!" Barulah terdengar jeritan kegembiraan Khudri dan tawanya kerana aku berjaya 'dimainkan'. Aku pun turut menjerit & bersorak. Tidak sempat habis berbual dengan Khudri, nenek masuk ke bilik memaklumkan bahawa Kak Yah (mama Khudri) telefon, mahu bercakap dengan aku. Sorakan aku bersambung lagi apabila berbicara dengan Kak Yah yang tidak putus-putus berterima kasih kerana aku telah mengajar anak sulungnya.

Panggilan kedua aku terima daripada Afifah (adik kepada teman rapatku, Azatul Husni). Alhamdulillah, satu lagi berita gembira. 8A! Menangis anak gadis ini semasa memaklumkan keputusannya. You deserved it, Fifah! Attitude Afifah dan minatnya terhadap pelajaran buatkan aku tidak penat mengajarnya. Tambahan pula, dia memang anak pintar. Aku hanya perlu bimbing mana yang perlu.

Si manis Afifah

Panggilan demi panggilan aku terima. Aku diajak berinteraksi dengan pelbagai intonasi suara dan mood :) Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan pencapaian mereka dan secara peribadi, aku teramat berpuas hati dengan prestasi Khudri.


Aku dan Khudri (1 Syawal)

Siapa Khudri? Bagaimana pula aku boleh menjadi gurunya? Sebenarnya, aku kenal Khudri semenjak dia kecil lagi. Ketika itu keluarga Khudri menyewa rumah nenek dan akhirnya jadi 'family friend'. Kebetulan lepas aku grad dulu, time malas-malas nak kerja lagi, aku buat servis tuisyen pada anak-anak kampung. Khudri lah antara murid ku yang pertama. Masa tu dia baru Darjah 5. Disebabkan aku ni bukan guru terlatih (dan tak berniat pun nak jadi guru), aku gunakan pendekatan mengikut pengalaman aku sendiri. Kiranya aku cuba implimentasikan cara-cara aku belajar dulu dengan mereka. Secara jujur, perkara-perkara baru yang aku perkenalkan sukar diterima pakai pada masa tu. Faham-faham sajalah, murid-murid dah biasa dengan situasi pembelajaran dalam kelas seperti di sekolah. Dalam ramai-ramai tu, aku tengok Khudri boleh ikut cara belajar yang cuba aku terapkan. Mungkin sebab dia dah kenal aku sebagai jiran + kakaknya, dia lebih senang menerima apa yang aku sampaikan.

Masuk Darjah 6, Khudri semakin biasa dengan cara aku. Teknik-teknik belajar yang aku permudahkan untuk murid-murid, berjaya diaplikasikan dengan baik. Masa itu, masalah Khudri cuma satu, Bahasa Inggeris. Masalah biasa untuk murid-murid Melayu yang tidak cukup pendedahan. 'Grammar' huru-hara. 'Writing' pun lintang pukang. Tetapi satu sikapnya yang aku puji, dia rajin dan gigih berusaha. Alhamdulillah, kalau sewaktu aku mula-mula mengajarnya Khudri hanya mampu raih 1 atau 2A, untuk UPSR, Khudri dapat 4A, 1B. Satu pencapaian yang cukup cemerlang untuk dirinya. Seperti yang dijangka, B untuk English.

Naik Tingkatan 1, aku nekad untuk pastikan Khudri dapat A untuk English dalam PMR. Mungkin bagi sesetengah pihak perkara ini mudah, tetapi bagi para pelajar yang duduk di kampung dan tidak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, perkara ini amat sukar. Masih ada ibu-bapa yang menganggap aku 'cikgu pelik' apabila mewajibkan penggunaan kamus ketika belajar. Terpulanglah. Kalau semasa tuisyen, murid atau pelajar beri alasan macam-macam ketika belajar (terutamanya English), aku tidak ada kudrat untuk paksa mereka. Kadang-kadang mereka ini tidak boleh dipersalahkan 100%. Kita sendiri pun kalau tak faham sesuatu perkara / jauh ketinggalan, kita akan hilang minat.

Tetapi, ada pengecualian buat Khudri. Mungkin kerana sifatnya yang positif, aku berani cuba cara-cara baru untuk tambah kosa katanya + tingkatkan skil menulis. Setiap kali habis tuisyen aku akan bekalkan dia dengan perkataan - perkataan baru untuk dicari makna dan diindekskan ke dalam sebuah buku khas. Buat newspaper cuttings, main 'word games'. Tidak cukup dengan itu, hampir setiap hari, Khudri perlu membuat entri jurnal dalam Bahasa Inggeris (seolah-olah diari hariannya) dan aku akan membetulkan struktur ayatnya. Aku wajibkan dia membuat pembetulan atas setiap kesalahan ejaan @ ayat. Mungkin ada yang berpendapat caraku ini kebudak-budakan. Bagi segelintir pelajar, arahan ku ini akan dipandang sepi. Alhamdulillah, Khudri tetap akur (walaupun nak terjojol biji matanya melihat halaman jurnal yang penuh dengan dakwat merah :) )

Khudri akan cuba buat setiap tugasan yang diberi kendatipun kadangkala tugasannya kurang sempurna. Apa yang menarik, tanpa aku sedari Khudri turut berjaya 'menjinakkan' beberapa teman sebayanya untuk turut sama belajar. Aku tidak perlu susah-susah paksa mereka kerana mungkin apabila melihat 'attitude' Khudri, mereka terpanggil untuk belajar sama.

Menginjak lima tahun dibimbing, Khudri semakin sistematik. Apa saja yang kami ajarkan yang dia rasa dia boleh guna untuk kebaikan, dia akan ikut. Pernah Dah & Angah melabelkan Khudri sebagai 'klon Kak Long@adik Along' kerana kebanyakan cara belajarnya (dari menulis nota hinggalah ke mengemaskini lembaran kerja) mirip caraku. Keputusan peperiksaannya semakin baik & meningkat. Aku yakin Khudri boleh dapat straight A's kalau dia tidak cuai.

Hari ini, Khudri boleh senyum. Dia berjaya buktikan kemampuan dirinya. Dia juga berjaya buktikan, dengan istiqamah (konsistensi), dia boleh takluki kelemahannya. Boleh dapat A dalam English, boleh dapat A dalam semua subjek! Tahniah, Khudri! Along bangga dengan Khudri! Along yakin, hari ini Khudri faham apa pengertian sebenar perkataan 'berbaloi' .

5 ulasan:

  1. Congrats Along, Kak Dah, Khudri dan juga Afifah.......mmg berbaloi-baloi kan?

    Kalau tak salah, students UPSR hari tu pun ada yang dapat straight As?

    BalasPadam
  2. Kitorang cuma tumpang happy je lah :)

    BalasPadam
  3. Yes, Rena. Alhamdulillah, UPSR tahun ni pun keputusan students ramai yang WOWWW!

    BalasPadam
  4. Tahniah, Kak! Kejayaan macam nilah yang kita akan ingat sampai bebila! Tahniah, Khudri!

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...