728 x 90

Sabtu, 27 Jun 2009

Chopped Salad



Chopped salad ni menggunakan ingredients yang ada kat kitchen aku sebab aku nak clearkan dapur sebelum pergi beli stok baru heheh

  • kobis
  • lobak merah
  • roti perancis
  • tomato
  • bawang besar
  • perahan air limau/lemon
Korang chop je semua bahan-bahan yang ada, roti perancis tu pula (lebihan buat roti garlic hari tu) aku siat-siatkan saja. Then, atas frying pan, masukkan sedikit olive oil dan 'saute' cebisan-cebisan roti tu sampai ala-ala garing.

Masukkan dalam salad bowl bersama kobis, lobak, tomato & bawang. Masukkan garam & pepper secukup rasa, perahan air limau/lemon dan kemudian gaul. Taraaaaa! Dah boleh makan dah. Nak tambah dressing lain pun leh gak :)

p/s: Carrot tu kalau potong panjang-panjang lagi cantik. Tapi aku malas+grater hilang. Janji boleh ngap sudah, kan....

Jumaat, 19 Jun 2009

Crunchy Cornflakes

Hari ini aku free sikit, tak ada kerja sangat nak dibuat. Boring jugak! Tiba-tiba mood nak 'bake' datang. Teringin pulak rasanya nak makan cookies. Habis satu dapur aku tawaf nak check bahan-bahan apa yang ada sebab aku tak keluar shopping bahan-bahan untuk bake lagi. Kebetulan ada satu pek cornflakes kat rumah, terus decide buat biskut cornflakes. Aku namakan biskut ni Crunchy Cornflakes :)


Crunchy Cornflakes sebelum dibakar.


...dan inilah hasilnya!

Alhamdulillah, dapat banyak biskut untuk satu adunan. Puas aku dan Dah makan. Dapatlah ibu, nenek, Angah dan bebudak di Kuang rasa sikit-sikit seorang. Sempat juga aku hantar sikit untuk sahabat baik aku di Selayang (thanks Dah for driving me there!) yang tengah recover daripada demam 'bertih'nya. (Ko sure ke boleh makan biskut nih? Tak yah pantang?)

P/s: Sorry, kualiti gambar kurang memuaskan. Pakai kamera handphone je.



Menyorok ke tu?



Ini gambar Tabby-Kiki yang kononnya cuba menyorok. Masalahnya, dia lupa telinga dia besar! Apa-apa, nampak telinga dulu :)

Ahad, 14 Jun 2009

Confessions of A Shopaholic 2009


Baru semalam aku berkesempatan tonton cerita ni. Cerita macam nilah yang betul - betul aku perlukan time tengah banyak keje. Ringan + tak payah susah - susah nak tension atau peningkan kepala.

Cerita ni diadaptasi daripada novel Sophie Kinsella. Jalan cerita ni simple but interesting. Rebecca Bloomwod - seorang shopaholic yang kehidupannya menjadi huru hara disebabkan tabiatnya yang suka berbelanja. Dah lah dikejar pengutip hutang, hubungan cintanya dengan Luke dan friendship dengan Suze turut hancur. Siapa tak tengok lagi, silakan lah. Movie ni sesuai untuk korang yang suka cerita simple and light. Sesuai jugak untuk kita jadikan teladan. Heheheh...

Apapun, suka watak Luke Brandon, heronya yang handsome dan Suze yang comel tapi ala - ala weird gitu.

Get Well Soon, My Friends.


Hari Sabtu aku diakhiri dengan panggilan telefon oleh Sally. Hampir tak cam suara minah ni sebab dia batuk + selesema + demam. Ramai sangat orang tak sihat sekarang ni. Mungkin salah satu faktornya cuaca :) Dua hari lepas, kenit ketot demam. Lama tak masuk FB. Sekarang ni, Huda SA pulak tengah flu.

Tiba - tiba teringat pulak dekat Zura, kawan aku yang dah cuti dua minggu sebab kena bertih@cacar. Nasib baiklah teknologi sekarang membolehkan Zura berhubung dengan dunia luar. Kalau tak, aku rasa mungkin kawan aku yang seorang ni boleh lupa cara nak bercakap sebab berminggu - minggu terperuk dalam rumah. Selamat kembali ke Kuala Lumpur Zura.

Taufik pun sakit. Tapi sakit cari sendiri! Main tenis gaya persis ahli sukan tersohor. Salah gaya, seluruh badan mencium bumi. Semoga MC tiga hari kau tu dimanfaatkan sebaik - baiknya untuk rehat dan rawat 'luka - luka kemalangan' :D

To all my friends, aku doakan kalian cepat sembuh. Hadaplah penyakit ni dengan tenang, dengan senyuman (walaupun aku tahu korang tak larat). Ustaz Amin (Ustaz aku masa Sekolah Kepong dulu) selalu pesan : "Kita diuiji dengan sakit sebab Allah nak tinggikan darjat kita sebagai manusia di samping menghapuskan dosa - dosa kecil". Chewah, mesti Ustaz Amin bangga dengan aku!


Ahad, 7 Jun 2009

3D Pavement Art

3D Pavement Art (atau turut dikenali sebagai 3D Chalk Art, Street Painting@ Street Art ni) merupakan salah satu trend art masa kini yang menjadikan kaki lima/pavement sebagai kanvas untuk hasil seni 3D. Superb!! Lihat contoh-contoh pavement arts di bawah.





Berminat? Nak tengok art macam ni lagi? Layari http://metanamorph.com untuk terus melopong dan menganga :) aku suggest korang tengok art yang bertajuk ICE AGE.

Mata atau Minda yang Tertipu?

Gambar - gambar ni Dah yang kumpul. Dia memang suka 'manja-manjakan' diri dengan laman-laman web optical illusions ni. Aku tumpang sekaki jelah. Impressed dengan hasil kerja sebegini!







Pictures from http://www.123opticalillusions.com/ and http://www.coolopticalillusions.com

Sabtu, 6 Jun 2009

Mengumpul Rancangan Masakan Jamie Oliver

Hujung minggu ni aku tak ada plan yang spesifik nak buat apa dan pergi mana sebab plan asal dah terbatal. So, sepanjang hari ni aku habiskan dengan mengejar dan cuba membedung kucing aku si Tabby Kiki yang semakin aktif menggigit. Rasanya aku kena dapatkan dia 'teethers' - ala yang baby selalu gigit@chew time gatal gusi nak tumbuh gigi tu.

Alang-alang tak kemana-mana tu, masa aku dihabiskan melayari internet + download rancangan TV kegemaran. Memandangkan tv shows yang aku suka kebanyakannya dah habis season (CSI Miami, Criminal Minds & Two and A Half Men), aku sibuk download rancangan masak si Jamie Oliver. Great Italian Escapes dah habis download dah. Sekarang tengah download Oliver's Twist - rancangan masakan yang kenalkan aku pada si Jamie ni :) Seronok gak bila boring2 tengok rancangan masakan. Santapan untuk minda heheheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...