Sabtu, 7 Ogos 2010

101 Doa Daripada Hadis-hadis Sahih

Dalam family aku, ibu and baba memang suka hadiahkan anak-anak dengan buku-buku agama. Bagi mereka, biar buku-buku ini dapat kami (si anak-anak) jadikan panduan dan pedoman dalam menjalani kehidupan setiap hari :) Ini 'buah tangan' terbaru daripada ibu. Tak lah baru sangat, rasanya ibu bagi awal tahun tapi baru sekarang berkesempatan nak tulis tentang buku ni. Buku doa ni hasil karangan Ustaz Zahazan Mohamed.

Aku memang suka baca tulisan ustaz ni di page facebooknya. Jarang berpeluang dengar ceramahnya di TV@ radio, so aku lebih suka baca page beliau di sana.

Ok, berbalik pada buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih. Seandainya korang masih belum ada buku ni dan berkesempatan untuk cari di kedai buku, dapatkanlah satu naskhah untuk korang.

Apa keistimewaan buku ni?

  • Bukan sekadar untaian-untaian doa (untuk kegunaan dalam kehidupan sehari-hari), buku ini mengandungi panduan mengenai adab berdoa yang betul.
  • Setiap untai doa dikemukakan bersama dalil daripada hadis sahih dan Al-Quran.
  • Setiap doa disusun dengan kemas dan jelas. Mudah untuk difahami dan dipraktikkan.
  • Ruangan "Keterangan dan Petua Beramal" dapat membimbing kita tentang cara hendak beramal dengan doa-doa yang terkandung dalam buku ini.
  • Buku ni berkulit tebal - tahan lama. Sesuai untuk dijadikan koleksi peribadi atau hadiah untuk ahli keluarga dan teman-teman.
Secara peribadi, aku kagum dengan presentation isi kandungan buku doa ni. Harganya pun berpatutan. RM29.90 sahaja. Belilah, kawan-kawan! Pasti berbaloiiii!

1 ulasan:

  1. terima kasih Farrah kongsi berkenaan buku nih..dgn itu sis JM dpt idea utk beri hadiah kepada Top Commentar di blog :-)

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...