728 x 90

Isnin, 16 Ogos 2010

Aku dan Ramadhan



Dah nak masuk seminggu kita berpuasa. Pejam celik pejam celik tahu tahu dah nak raya. Cepat betul masa berlalu sekarang ni, kan? Dari satu minggu ke satu minggu tak sedar masa berjalan. Alhamdulillah, setakat ni aku dapat laksanakan ibadah puasa dengan baik. Minggu ni kerja tak banyak. Cuaca kat area tempat aku pun baik-baik sahaja. Jadi tak terasa sangat penatnya.

Mujurlah masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ni - dengan kesihatan yang lebih sempurna, dengan keadaan sekeliling yang selesa seadanya. Bayangkan di tempat-tempat lain ada yang kemarau, hujan lebat hingga banjir, suhu terlalu sejuk hingga menjejaskan kesihatan, ribut...semoga mereka yang diduga dengan ujian Allah sebegini akan tabah dan redha.

Harap-harap Ramadhan tahun ini akan lebih bermakna buat kita semua. Aku dah pasang niat nak khatam Quran bulan puasa ni. Insya Allah. Harap diizinkan Allah dan dipermudahkan laluannya. Dah bertahun-tahun aku cuba nak khatam Quran bulan Ramadhan, timing selalu lari. Aku pun tak betul-betul serius. Leka dengan itu ini.

Buat kawan-kawan dan kenalan. Tak terlambat lagi untuk ucap Selamat Menyambut Ramadhan - semoga kita sama-sama dapat rebut peluang untuk melaksanakan pelbagai ibadah di bulan penuh keberkatan ni dengan baik.

2 ulasan:

  1. semoga Ramadhan kali ini menjanjikan seribu kerahmatan untuk kita :) Salam Ramadhan!

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...