728 x 90

Ahad, 8 Ogos 2010

Makarun Kelapa (Coconut Macaroons)

Hari ini aku lepak sorang-sorang kat rumah. Layan FB, download e-books + magazines, tengok TV. Bila dah boring dengan semua tu aku legar-legar dekat dapur. Ada putih telur (baki buat cookies), ada kelapa kering,...so aku decide nak cuba buat coconut macaroons. Rasanya ada 1 resepi yang aku baru dapat and tak cuba lagi. Senang je. Nanti aku sertakan resepinya di sini. Buat masa ni malas nak menaip.

Inilah hasilnya!

Rasa kira okaylah. Aku bakar lama sikit sebab suka rangup. Kalau tak nak rangup dan nak texturenya chewy, jangan bakar lama sangat. However, sesiapa yang tak suka kelapa, this is not your treat :D

Update (16/8):
Okay, ini resepi coconut macaroons yang dijanjikan.

  • 200gm gula pasir
  • 175 gm kelapa parut kering
  • 25 gm tepung gandum
  • 4 biji putih telur
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur dan gula (masukkan gula sedikit demi sedikit) hingga kembang dan berkrim.
  2. Masukkan tepung dan kelapa kering. Gaul hingga adunan sebati.
  3. Bentukkan adunan dan susun atas dulang pembakar.
  4. Bakar dalam ketuhar 170 - 180'C selama 15-18 minit. 

2 ulasan:

  1. betullah resepi ni....sy nak buat resepi ni hari ni....tp pelik ckit....tepungnya sikit....tue yg buat rujukan.....buku resepi sy guna tepung jagung n ada krim tar tar....tak pelah ....sy try dulu....kalu buat kuih ni,berapa jumlah kuih yg dpt?

    BalasPadam
  2. Insya Allah, betul & menjadi. Tepungnya memang sedikit sebab bahan utamanya kelapa kering. Krim tar tar pula 'optional'. tak letak pun tak mengapa. Tepung jagung + serbuk tartar ni penting kalau puan nak buat pavlova/meringue.

    Kalau nak lebih sedap, setelah makarun siap, boleh drizzle dgn dark chocolate yang dicairkan.

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...