728 x 90

Rabu, 15 September 2010

Kek Lebaran Istimewa

Disebabkan kesibukan dan keletihan yang amattt sangat,..aku tak sempat nak tulis any post berkenaan hari raya aku di Kuang. Hari ni ada mood sikit. So, aku nak share dengan korang ghupa bentuk kek raya umah aku tahun ni. Selalunya, kitorang tak fussy langsung pasal kek. Ada makan, tak ada tak apa. Tapi tahun ni extra special sikit. Kek untuk tahun ni ditempah khas oleh Angah dari rakan sekerjanya. Adik aku yang seorang ni memang extra kreatif berbanding kakak dengan adik dia. So, senyap-senyap dia buat theme sendiri as if kami tiga beradik sedang duduk di atas sebuah ketupat yang besar. Nak tengok?

Sitting from left: Faidz, Rena + Me
View from the top ;)
Yang penting nak diceritakan di sini,...kek ni sedaaaapppppp! Oreo based + cheese + chocolate errr betul ke Kak Zura? Memang berbaloi-baloi! Meskipun aku sebenarnya tak boleh makan cheese sebab cheese can trigger my asthma, aku buat-buat tak tau je makan hinggalah ke potongan kek yang terakhir. To angah@Rena, thanks for the lovely cake & design. Kak Zura, moga terus menghasilkan kek-kek berkualiti yang hebattt! Sesiapa yang berminat bolehlah layari web baking lover ni. Aku dah link kat atas.

2 ulasan:

  1. mmg tersangat kreatif dah le cantik..rasa sayang nk mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terharunya akak sudi baca entri2 lama saya :) kek ni selamat dimakan hingga ke titisan ising terakhir. Cuma a bit terkilan sebab baker tu buat anyaman ketupat tu berjalur2 sangar. Normally ketupat 3 jalur anyaman je kan,...

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...