728 x 90

Ahad, 14 November 2010

Kelmarin, Semalam & Hari Ini

Kelmarin,...
Aku jenguk ibu, ibu ada bekalkan ubi rebus. Mak aihhhh dah lama betul aku tak makan ubi rebus!!! Sedapnya kalau makan masa panas-panas, laga dengan sambal + kopi O panas! Fuhhhh, syokkk! Tapi, kebetulan hari tu aku dah kenyang,...ditambah pula dengan tak ada sambal nak makan dengan ubi ni - aku simpan je lah dalam freezer.

Semalam,... 
Balik Kuang ziarah nenek. Pokok belimbing buluh nenek berbuah lebat. Excited aku memetiknya. Boleh buat sambal belimbing a.k.a sambal hitam. [Klik kat sini untuk resepi] Tak pun kadang-kadang aku makan macam tu aje,....cicah ngan kicap pedas/kuah rojak.

Hari ini,...
Aku kemas rumah, kemas peti ais, kemas dokumen+kertas-kertas yang perlu di'sort'. Jumpa balik dengan ubi rebus yang tak sempat makan. Habis berkemas aku buat sambal belimbing. Then, aku goreng ubi tu. Best..best...sebab dah direbus terlebih dahulu, makin lembutlah isi ubinya! Makan dengan sambal belimbing.
Heheheeh happpyyyyyy!! Gambar? Upload nanti eh.

1 ulasan:

  1. belimbing buluh tu sis JM suka masuk dalam masak lemak...kalau nk mkn cicah kicap pedas rasa ngilu je gigi

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...