728 x 90

Khamis, 11 November 2010

Midget Muffin

No sunny day today! Dari pagi tadi mendung, menjelang tengah hari hujan. Alhamdulillah, sejuk sikit hari ni. Dua tiga minggu ni aku rasa cuaca terik sangat. Memang kalau boleh elak, aku akan elak daripada keluar rumah. Hmmmm, dah cuaca sejuk-sejuk begini, mulalah ingatan aku berputar cari apa-apa yang boleh dimasak kat dapur. Tengah cari tepung nak buat cekodok ikan bilis, terjumpa pulak baki tepung superfine kat dalam rak. Aiseyyy, hari tu masa nak buat brownie puas aku carik satu rumah! 

Tiba-tiba tukar resepi. Buat muffin custardlah. Boleh hantar kat surau malam ni. Buat jemaah kunyah-kunyah. So, bersilatlah aku kat dapur sekejap. Aku buat muffin saiz ala-ala munchkin Dunkin Donuts tu. Kira bite-sizelah. 

Midget muffins yang dah keluar dari acuan. Tunggu giliran untuk dipacking :)

1 ulasan:

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...