728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Ahad, 14 November 2010

Zikir Nama Allah Selepas Solat

Saja je nak share ni dengan korang semua. Tengah cuba dapatkan info dekat laman web PTPTN, jumpa khasiat kalimah Allah. Kongsi kat sini. Credits to PTPTN :)

      Selepas Fardhu Subuh

Ar-Rahiim
ﺍﻟﺮﺤﻴﻢ
      Ya-Rahmaan-Nu-Ya-Rahiim
(Berulang 100X)
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan-nu-Ya-Rahiim” 100 kali selepas solat subuh, setiap orang akan berbaik dengannya dan suka menolongnya apabila dalam kesusahan.

Ya-‘Aziz
ﺍﻟﻌﺯﻴﺯ
 (Berzikir 40X Setiap hari
selama 40 hari)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Aziz” 40 kali tiap-tiap hari selama 40hari dan sebaik-baiknya selepas solat subuh, insyallah dirinya di kayakan dan di muliakan Allah dan tidaklah dia mengharapkan hajat kepada seseorang daripada makhluknya. Sebaik-baiknya selepas solat subuh.

Al-Fattaah
ﺍﻟﻓﺗﺎﺡ
(Berzikir 71X)
Barang siapa berzikir “Ya-Fattaah” 71 kali tiap-tiap lepas solat subuh dan menadahkan tangannya ke atas, insyallah bersih dan bercahaya hatinya, mudah pula pekerjaannya dan terhindar hatinya daripada perasaan cintakan dunia.

Ya-Majiid
ﺍﻟﻤﺟﻴﺪ
(Berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Majiid” 99 kali setiap hari selepas solat subuh, lalu ditiupkannya kepada kedua-dua tangannya dan di sapukannya kedua-dua tangannya itu ke mukanya insyallah lahir kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.

Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(Berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataannya.

Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(Berzikir 99X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 99 kali selepas solat subuh, kemudian di tiupkannya pada kedua-dua tangannya lalu di sapukan ke mukanya, insyallah dirinya di muliakan, di bantu urusan hidupnya dan wajahnya bersih berseri.
   Selepas Fardhu Zohor

Ya-Samii’
ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ
(Membaca 100X)
Barang siapa yang membaca “Ya-Samii” 100 kali dan membisu kepada sesiapa pada hari Khamis selepas menunaikan solat zuhur, Allah akan makbulkan segala hajatnya.
    Selepas Fardhu Maghrib

AR-RAAFI’
ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ
   (Berzikir 100X atau 40X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah.

Ya-Mu’izz
ﺍﻟﻤﻌﺯ
(Menyebut 140X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat maghrib tiap-tiap malam Jumaat atau Isnin, insyallah dirinya kelihatan hebat pada pandangan makhluk lain, seumpama hebatnya harimau di hati haiwan yang lain di hutan, dan tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah Taala.

Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(Berzikir 62X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 62 kali tiap-tiap lepas solat maghrib dan subuh, insyallah jadilah dia terpuji dalam perbuatan dan perkataanya. 
     Selepas Fardhu Isyak

AR-RAAFI’
ﺍﻟﺭﺍﻓﻊ
  (Berzikir 100X atau 40X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa berzikir “ Ya-Raafi’ ” 100 kali atau 40 kali pada setiap malam Isnin atau malam Jumaat, selepas solat maghrib dan isyak, insyallah dirinya menjadi hebat di kalangan para makhluk Allah.

Ya-Mu’izz
ﺍﻟﻤﻌﺯ
(Menyebut 140X)
Mlm Isnin & Mlm Jumaat
Barang siapa yang menyebut “Ya-Mu’izz” 140 kali selepas solat isyak pada malam Isnin dan Jumaat, Allah akan memberinya kemuliaan pada pandangan orang lain dan dia tidak takut kepada sesiapa juga melainkan Allah.

Ya-Aakhir
ﺍﻻﺨﺮ
(Berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-Aakhir” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyallah hatinya bersih dan bertambah-tambah kebaikan pada akhir hayatnya.

Ya-Rasyiid
ﺍﻟﺮﺸﻴﺩ
(Berzikir 100X)
Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Rasyiid” 100 kali tiap-tiap lepas solat isyak, insyallah segala amalannya di terima.
  Selepas Solat lima waktu

Ya-Allah
ﺍﷲ
(Berzikir 66X
setiap 66 hari)
Barang siapa berzikir “Ya-Allah” 66 kali selama 66hari tiap-tiap lepas solat fardhu, insyallah dirinya memperoleh kemuliaan dan kebaikan yang banyak dalam ilmu duniawi dan ukhrawi.

Ya-Rahmaan
ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ
(Berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-Rahmaan” 100 kali tiap-tiap hari setiap lepas solat fardhu, insyallah dirinya terhindar daripada sifat lupa dan lalai.

Ya-Rahmaan
ﺍﻟﺮﺤﻤﻦ
(Berulang 100X)
Barang siapa yang mengulangi menyebut “Ya-Rahmaan” 100 kali setiap selepas solat fardhu dirinya akan memperoleh ingatan yang baik, kesedaran yang mendalam dan memiliki hati yang bersih.
Ya-‘Aliim
ﺍﻟﻌﻟﻴﻡ
(Berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Aliim” 100 kali setiap lepas solat fardhu lima waktu, insyallah dia akan mendapat ilmu makrifat, kasyaf ( ertinya terbuka hijab : nampak sesuatu yang ghaib melalui pandangan hati, seolah-olah benda yang nampak itu terlihat nyata pada kedua-dua mata; misalnya diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. di perlihatkan Allah tentang jenazah Raja Najasyi yang bernama Asyahamah. Nabi (s.a.w.) pun solat ghaib ke atas raja itu ) dan memperoleh iman yang sempurna.

Ya-‘Adl
ﺍﻟﻌﺪﻝ
(Berzikir 104X)
Barang siapa berzikir “Ya-‘Adl” 104 kali setiap lepas solat, insyallah dirinya masyhur banyak keadilan di lakukan lantas ramai yang tertarik kepadanya.

Ya-Haliim
ﺍﻟﺤﻟﻴﻡ
(Berzikir 88X)
Barang siapa mengekalkan berzikir “Ya-Haliim” 88 kali tiap-tiap lepas solat, insyallah pangkat atau kedudukannya berkekalan.

Ya-Hamiid
ﺍﻟﺤﻤﻴﺪ
(berzikir 100X)
Barang siapa berzikir “Ya-Hamiid” 100 kali setiap kali lepas solat fadhu lima waktu, insyallah dirinya menjadi orang yang soleh.

1 ulasan:

  1. nice sharing..semoga Farrah mendapat pahala di atas perkongsian yg bermanfaat ni

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...