728 x 90

Ahad, 12 Disember 2010

Roti Ayam Bijan

Selamat Hari Ahad!!! Tarikh cantik hari nih -- 12122010. Baru nak lunch. Tengah bakar roti dalam oven. Sementara tu, mari jamu mata gambar Roti Ayam Bijan yang aku buat semalam.



Hehehe ni hidangan untuk makan sorang-sorang. Senang je nak buat. Ni resepinya:

  • Beberapa keping roti (aku guna roti fibre) - ambil 'cookie cutter' and terap supaya jadi potongan-potongan kecil. Kalau nak senang, potong empat je pun boleh.
  • 200g isi ayam dihiris halus (Boleh guna daging ayam cincang kalau nak senang)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Garam, gula dan serbuk lada hitam.
  • Bijan 

Cara-caranya:
  1. Gaulkan ayam dengan garam, gula dan serbuk lada hitam (secukup rasa).
  2. Pecahkan telur (pukul sedikit) dan gaulkan bersama ayam.
  3. Masukkan sos ikan. Gaul lagi hingga sebati.
  4. Ambil roti, sapukan sedikit adunan ayam hingga rata, tekapkan pada bijan putih dan goreng.

1 ulasan:

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...