728 x 90

Ahad, 12 Disember 2010

Roti Ayam Bijan

Selamat Hari Ahad!!! Tarikh cantik hari nih -- 12122010. Baru nak lunch. Tengah bakar roti dalam oven. Sementara tu, mari jamu mata gambar Roti Ayam Bijan yang aku buat semalam.



Hehehe ni hidangan untuk makan sorang-sorang. Senang je nak buat. Ni resepinya:

  • Beberapa keping roti (aku guna roti fibre) - ambil 'cookie cutter' and terap supaya jadi potongan-potongan kecil. Kalau nak senang, potong empat je pun boleh.
  • 200g isi ayam dihiris halus (Boleh guna daging ayam cincang kalau nak senang)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Garam, gula dan serbuk lada hitam.
  • Bijan 

Cara-caranya:
  1. Gaulkan ayam dengan garam, gula dan serbuk lada hitam (secukup rasa).
  2. Pecahkan telur (pukul sedikit) dan gaulkan bersama ayam.
  3. Masukkan sos ikan. Gaul lagi hingga sebati.
  4. Ambil roti, sapukan sedikit adunan ayam hingga rata, tekapkan pada bijan putih dan goreng.

Ahad, 5 Disember 2010

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua. Sama-samalah kita hayati pengertian hijrah dan praktikkan dalam perjalanan kehidupan kita hari demi hari.

Perlukan Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun? 
Download di bawah ni OK.

Proton Pahlawan Series

Just nak share gambar-gambar ni. Aku excited masa mula-mula tengok. Guys, perkenalkan ini Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu & Kasturi :)

PROTON TUAH



PROTON JEBAT



PROTON LEKIR




PROTON LEKIU




PROTON KASTURI




Well, kalau korang diberi peluang untuk bawak balik kereta ni sebijik seorang, yang mana satu jadi pilihan hati?

p/s: Nanti aku letak info ringkas tentang 'lima sahabat ni'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...