Jumaat, Disember 30, 2011

"Bulan depan panggil lagi ye..."

Hari ini aku kena 'stand by' di rumah sebab dah buat janji dengan pak cik (rasanya layak panggil atuk) tukang potong rumput. Selalunya bab-bab potong rumput ni arwah nenek aku yang uruskan sendiri. Setiap bulan, bila dah dapat wang pencen, nenek akan telefon Pak Cik/Atuk K untuk potong rumput. Pak Cik/Atuk K ni baya-baya nenek, kurus orangnya, ada sakit semput pulak tu. Selalu masa potong rumput aku tengok dia batuk-batuk. Rasa penat sikit, dia akan rehat sekejap lepaskan lelah. Tapi Pak Cik K ni orangnya teliti. Kemas dia potong rumput. Lambat sikitlah rumput nak panjang.

Selepas arwah nenek pergi, urusan 'rumput panjang' tergalas di bahu ibu hehehe. Ibu pula tak ada nombor telefon Pak Cik K. Jadi, ibu panggil dan cari orang-orang yang dia kenal. Malangnya semua tak memuaskan hati. Ada yang ambil upah macam potong rumput satu stadium. Ada pula yang dah potong rumput tapi tak kemas sisa rumput. Yang paling menyedihkan, ada yang potong serupa tak potong. Baru 3 hari rumput dah meninggi balik. Pening juga kepala ibu aku. Ibu selalu nak pastikan rumput laman dan keliling rumah pendek.  

"Senang kakak nak main badminton,"katanya. Hehehe terukkan aku. Irresponsible betul. Dah aku yang selalu main badminton kat laman tu, akulah yang patut in-charge potong rumput!

Akhirnya, setelah 4 bulan, ibu berjaya dapatkan nombor telefon Pak Cik K. Seawal pukul 8 pagi Pak Cik K dah datang rumah. Dengan muka ceria dia mulakan kerja. Sempat juga berbual-bual dengan aku sambil memotong rumput di sekeliling rumah. By the time ibu balik (dari hospital - pergi ambil ubat), Pak Cik K pun datang jumpa ibu. Dah beres kerjanya!

"Bahagian belakang luar pagar tu dah potong rumputnya?" Ibu tanya minta kepastian. Masa tu aku dah tepuk dahi. Alamak!! Macam mana Pak Cik K nak potong rumput kat luar pagar yang berkunci tu kalau aku - si irresponsible kuasa 2 nih lupa nak bukakan pintu pagar pagi tadi! Terkedek-kedek aku lari dapatkan kunci pagar belakang tapi sempat tangkap perbualan pakcik K dengan ibu.

"Dah potong dah. Macam biasa yang tepi-tepi longkang tu pun saya dah potong,"balas Pak Cik K. Ibu masa tu dah dapat hidu 'kecuaian' aku.

"Pak Cik ikut mana? Saya terlupa buka kunci pagar belakang."

"Saya pusing dari pagar depan," balasnya dengan senyuman. 

Ya Allah, boleh je dia tanya tentang kunci pada kami yang ada di rumah ni. Tahan dia bersusah payah keliling pagar luar rumah aku untuk langsaikan tugasnya. Dapat sesetengah orang, dah tahu pagar kunci,  tak akan berpotonglah rumput kat luar tu. Rasa bersalah pula aku menyusahkan orang tua ni.

Ibu pun segera keluarkan sejumlah wang dan bayar pada Pak Cik K.

"Bulan depan panggil lagi ye..." Perlahan suaranya tapi jelas di pendengaran aku.

Hati aku betul-betul tersentuh. Mesti Pak Cik K tertanya-tanya kenapa dah 4 bulan kami tak panggil dia untuk potong rumput. Betapa besarnya erti dan nilai sebuah rezeki pada Pak Cik K. Upahnya tak adalah banyak mana. Dengan kudrat yang tak seberapa sanggup dia berpanas, membuat tugasnya seikhlas dan sebaik mungkin demi dapatkan sedikit wang poket.

Ya Allah, semoga aku dapat contohi keikhlasan Pak Cik K dalam mencari rezeki yang halal. Yang penting, at the end of the day aku dan ibu senyum lebar....hasil kerja Pak Cik K memang tip-top!!!

Selasa, Disember 27, 2011

Kerepek Biji Durian


Tattadaaaaa! Inilah kerepek biji durian yang berjaya saya hasilkan petang semalam. Pernah rasa tak? Rasa dan tekstur ala-ala macam kerepek ubi cuma rasanya lemak sikit. Nak buat kerepek ni kenalah kumpul biji-biji durian dulu. Terima kasih kepada jaguh-jaguh makan durian ~ Angah & Uje yang secara tidak langsung menyumbang kepada penghasilan kerepek biji durian ini.

Macam mana nak buat? Senang je...

1. Mula-mula bersihkan semua biji durian dan basuh. Kemudian rendam di dalam bekas selama 2 - 3 hari. Tujuannya adalah untuk kembangkan biji durian tu sehingga lapisan kulit luarnya merekah dan senang dikupas.

2. Kupas kulit luar biji durian. Ambil biji bahagian dalam. Haaa...kat bawah ni gambar biji durian yang telah dikupas dan dibersihkan.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan sagatla biji durian tu hingga jadi hirisan halus. Bagi yang expert boleh terus sagat masuk ke dalam kuali (bila minyak dah panas tau!). Yang masih baru nak coba-coba, bolehlah sagat masukkan ke dalam bekas. Tapi gaulkan dengan sedikit garam supaya hirisan-hirisan tu tak melekat antara satu sama lain.

4. Goreng hingga keperang-perangan. Angkat dan toskan. Perasakan dengan garam.

5. Kerepek dah sedia untuk dimakan. Ngapppppp! Krup krap krup krap!


Nota Senyum: Oh, kalau nak lagi umpphhh...bolehlah dihiris beberapa biji bawang merah dan beberapa ulas bawang putih. Gorengkan hingga rangup macam nak buat bawang goreng tu dan gaulkan sekali dengan kerepek biji durian tadi.

Rabu, Disember 14, 2011

90kg Sampah = RM18


Hari ini, aku & Bott uruskan sampah-sampah untuk kitar semula. Kebetulan kitorang baru saja selesai pindah, maka banyaklah buku-buku, kertas-kertas lama yang kena classified "BUANG". Tapi tak buang dulu... Kitorang ikat kemas-kemas dengan tali rafia (supaya senang nak bawa) dan angkut pergi kedai yang beli barangan kitar semula.

Sebelum ni kertas-kertas, majalah dan buku-buku yang dah tak boleh digunakan lagi memang aku akan jual di kedai recycle. Apa yang penting, aku tak bakar sampah-sampah tu. Ulang sekali lagi - AKU TAK BAKAR SAMPAH! Dapatlah dalam RM2-RM5. Siapa nak bagi, kan? Sekurang-kurangnya sampah kita tu ada jugak nilainya hehehe

Trip ke kedai recycle kali ni, penuh satu kereta dengan sampah kertas. Pekerja tu nampak kitorang terus tanya, "Semua kertas?"

Bott angguk.

Lepas tu pekerja tu suruh Bott reverse kereta dan naik pada tempat yang ditunjukkan. Eh, nak buat apa ni? Selalunya pekerja tu ambil dari bonet kereta pakai kereta sorong je...Rupa-rupanya dengan kitorang sekali kena timbang! Hahaha

Mula-mula, apabila kita sampai, berat keseluruhan kenderaan akan ditimbang. Err,..termasuklah berat aku & Bott yang terpinga-pinga dalam kereta. Kemudian, semua sampah kertas akan dikeluarkan dan kenderaan akan ditimbang semula. Dua nilai timbangan ini ditolak untuk dapatkan berat sampah kertas yang kitorang bawa.

Tengok gambar kat bawah ni:


Nilai timbangan 1 - 990kg
(aku penyumbang utama kepada nilai ini hehehe)
Nilai timbangan 2 - 900kg 
(kertas-kertas dah tak ada...hanya berat aku, Bott & kereta)

Maka berat kertas = 90kg x RM0.20 (utk setiap kg) = RM18.00

Punyalah kitorang excited sebab first time kena timbang sekali! Apapun, hari ni, bertambah duit tabung kitar semula aku (tabung ni aku adakan untuk simpan semua wang yang aku dapat hasil recycle).At the end of the day, rumah bersih daripada sampah, aku tak cemarkan alam dengan bakar sampah & the best part aku dapat sejumlah wang untuk sampah-sampah aku. Let's Go Green!

Isnin, November 21, 2011

Lemon Cupcakes

Hari Sabtu hari tu tetiba kepingin nak makan cupcake. Tak mahu cupcake yang cantek-cantek tu. Nak yang simple, gebu dan ringan je teksture nya. Kebetulan stok lemon ada di rumah, so, buatlah lemon cuppies!


Ini gambar lemon cupcakes yang plain. Ada 1 batch yang aku 'solek' dengan 'lemon creamcheese frosting' lebihan frosting aku buat butter cake beberapa hari lepas. Yang itu lupa pulak nak ambil gambar. Rasanya memang uummmphhh! Masa dalam oven, bau lemonnya semerbak satu rumah!

Resepinya aku tak pasti dari mana. Yelah, dulu-dulu zaman rajin carik resepi di internet,...main copy resepi dan save terus dalam komputer. Tak terfikir pun nak catat sumbernya.

Resepi Lemon Cupcake

A.
220gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

B.
180gm mentega 'unsalted'
150gm gula
2 biji telur saiz 'A'

1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar parutan kulit lemon 

C.
80ml susu segar
2 - 3 sudu besar jus lemon

Cara-caranya:
  1. Ayak bahan-bahan A. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga sebati. Masukkan esen vanila dan parutan kulit limau. 
  3. Masukkan tepung (Bahan A yang telah diayak) secara berperingkat. Selang-seli dengan susu dan jus lemon. Maknanya, masukkan tepung -- pukul hingga sebati -- susu dan jus lemon -- pukul hingga sebati -- tepung -- pukul hingga sebati -- susu dan jus lemon -- dan akhiri dengan tepung. Pastikan semuanya sebati tetapi jangan overbeat.
  4. Isi adunan ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 23 - 25 minit.

Selamat Mencuba!

Sabtu, November 19, 2011

Tuna Puff

Selamat Berhujung Minggu! Budak-budak sekolah dah mula 'cuti Jepun'. Semalam last day of school. Sure ada ibu bapa yang dah sibuk plan aktiviti untuk anak-anak. Hari ni aku spend time di Kuang. Ibu panggil adik-beradik semua balik Kuang. Makan-makan sikit.

Ibu suruh aku buat curry puff. Dia teringin nak makan. Tapi last minute kentang masih ada lagi dekat kedai hehehe. Tukar sikit menu. Kita buat Tuna Puff ye, Bu.

Tadddaaaaaa!!


Senang je nak buat. Yang penting kita kena ada pastry puff (bolehlah dapatkan di kedai menjual bahan buat kek). Kemudian, potonglah mengikut saiz yang dikehendaki.

Untuk inti tuna:
  • Isi ikan tuna secukupnya (aku guna tuna chunk dalam tin)
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 3 sudu jagung/ 3 sudu mix-vegetables
  • 1- 2 sudu mayones
  • Sedikit garam dan lada sulah
Gaulkan semuanya sehingga sebati.


Cara-caranya:
  1. Ambil kepingan pastry yang dipotong tadi. Letakkan inti tuna secukupnya.
  2. Kelimkan pastry dengan hujung garpu. Susun di atas dulang pembakar (sapukan dengan sedikit mentega terlebih dahulu). 
  3. Campurkan 1 biji kuning telur dengan 1 sudu besar susu. Kacau sedikit hingga rata. Sapukan kuning telur ke atas puff. 
  4. Bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 20 - 25 minit.

Selamat Mencuba!

Zikir untuk Mengatasi Rasa Letih atau Penat

Rasa penat? Tak larat? Letih dan lesu? Tapi kerja masih banyak,...hari masih panjang....urusan banyak yang masih belum selesai?! Jangan bimbang. Zikirkan nama Allah yang berikut:

Ya Qawwiyu Ya Matin
(Maha Kuat Maha Kukuh)

Zikirkanlah berulang kali nama Allah di atas. Insya Allah, akan dikurniakan kekuatan untuk kita meneruskan kerja atau tugasan yang masih bersisa. Aku biasa amalkan zikir ini sebab ringkas dan mudah. Alhamdulillah, memang berkesan. Tidaklah rasa penat tu terus hilang dengan ajaibnya! Tetapi Allah akan beri kita tenaga untuk memudahkan urusan harian kita.

Selain itu, di kala menghadapi sebarang kesulitan, zikirkan 'Ya Matin 'banyak-banyak dengan hati yang ikhlas. Dengan izin-Nya, kesulitan kita akan lenyap atau diringankan oleh Allah.

Rabu, November 16, 2011

Terima kasih kerana 'sayangkan' bumi.

Kita selalu merungut setiap kali bahang cuaca yang panas jamah kulit kita. Kita tidak selesa jika penglihatan dan kesihatan kita terganggu disebabkan jerebu. Tapi pernah tak kita terfikir yang semua tu sebenarnya berpunca daripada tindak-tanduk kita juga?

Rasanya dah banyak kali kita dengar dan lihat melalui kempen-kempen kesedaran alam sekitar:

'Jangan buat pembakaran terbuka!'
'Elakkan pembakaran terbuka!'
'Jangan bakar sampah-sarap anda!' 

 
Masih ada yang tidak ambil peduli :( 
Terima kasihlah sebab 'sayangkan' alam sekitar.

Aku akui, nak lupuskan sampah terutamanya sampah pukal yang besar (seperti sofa dan almari lama) agak sukar. Kita kena cari tempat pelupusan sampah dan uruskan pengangkutan untuk bawa sampah-sampah pukal tu. Tetapi, itu yang perlu kita didik dalam diri. Kenalah bersusah payah sedikit demi jamin 'kesihatan' bumi untuk jangka masa panjang. Cuba bayangkan kalau sepuluh orang buat pembakaran terbuka di kawasan korang dalam satu hari (dengan asap tebal dan kotor begini) - apa akan jadi pada kita dalam masa sepuluh tahun lagi?

Ada tips yang boleh dikongsikan di sini:

1. Barangan elektrik yang rosak atau tidak boleh digunakan lagi (seperti peti sejuk, mesin basuh atau oven) - jual di kedai kitar semula. Memanglah berapa sangat duit yang korang akan terima. Tetapi sekurang-kurangnya korang tak payah bersusah payah nak fikir mana nak buang barang-barang tu.

2. Sekiranya mahu membeli perabot baru, rundingkan dengan kedai perabot yang akan hantar barang korang supaya mereka boleh ambil perabot lama (yang korang nak get rid). Selalunya mereka akan setuju sebab nak jaga hati customer. Tahulah diorang nak buat apa dengan benda tu. Perabot baru masuk -- perabot lama keluar pada hari yang sama. Tak perlu bakar-bakar! Hilang kusut fikiran!

Let's Go Green!

*Err,.. entri ni memang ada elemen-elemen poyo tapi berbaloi untuk kita fikirkan sejenak.

Selasa, November 15, 2011

Bislor - Biskut Telur Cekebon

Bislor? Apa kebendanya tu? Haa...ini lah antara makanan 'santai' yang ibu (sapaan manjaku buatnya - Cekebon) akan buatkan untuk kami adik-beradik bila balik rumah ibu. Nama 'Bislor' ni Angah yang bagi. Nanti sambil borak-borak di meja makan, ibu akan capai tin biskut, ambil telur dan buatkan hidangan 'Bislor' untuk kitorang.

Baru-baru ni aku demam. Tekak tu teringin pula nak makan 'Bislor' ibu. Dalam tak sedap badan tu, aku buat jugak. Simple je. Ambil beberapa keping biskut tawar - biskut fibre pun boleh. Pecah-pecahkan sikit. Panaskan 2 sudu minyak zaitun dalam kuali (jangan panaskan terlalu lama, nanti khasiatnya hilang). Masukkan 1 biji bawang besar dan 1 batang cili hijau yang dihiris nipis. Tumis sekejap.

Kemudian, masukkan biskut ke dalam kuali dan kacau. Pecahkan sebiji telur dan pukul bersama secubit garam dan lada sulah. Tuangkan ke atas biskut tadi - biar sekejap sehingga biskut jadi lembut dan telur masak.

Inilah hasilnya!

Terus kebah demam makan 'Bislor' hehehe... tapi kurang ummmphhhh sikit sebab aku pakai cili merah. Lari sikit rasanya. Kena pakai cili hijau jugak.

*Sedap makan sambil duduk depan TV atau nikmati dengan kopi O panas.

Sabtu, November 12, 2011

Panggilan daripada Khudri

Aku baru je lepas borak dengan Baba bila terima 1 lagi panggilan dari nombor yang tak familiar. +03913XXXXX eh, area mana ni? Antara mahu tak mahu, aku angkatlah telefon. Petang-petang macam ni bukanlah masa yang sesuai untuk layan pemanggil misteri heheheh

"Assalamu'alaikum, Kak Long?" Suara di hujung talian macam biasa ku dengar. Tapi di mana ya?

"Ini Khudri." Subhanallah! Dah lama benar aku tak borak atau jumpa dengan Khudri. Rasanya kali terakhir jumpa masa kenduri tahlil arwah nenek bulan 7 yang lalu.

Dulu ada juga borak/tinggal message di Facebook. Belakangan ni, dengan keadaan aku yang jarang log in fb dan Khudri yang sibuk membuat persediaan untuk SPM, memang lamalah kitorang tak bertukar khabar berita. Khudri ni dulu jiran aku. Dah macam adik sendiri. Macam anak pun iye jugak. Aku ni guru tuisyen Khudri (untuk beberapa tahun) sebelum dia masuk ke sekolah berasrama penuh. Yang itu, kalian boleh baca di sini.

Terharunya! Khudri telefon untuk berbual dengan aku sebelum dia 'berjuang' untuk SPM pada 14 November ini. Cepat betul masa berlalu. Rasanya macam baru semalam aku menjerit kegembiraan dapat panggilan Khudri yang maklumkan dia dapat 8A untuk PMR. Tahu-tahu dah nak SPM dah?!


Khudri, you are a thoughtful young boy :) Restu dan doa Kak Long sentiasa ada buat kamu. Buat sehabis baik. Jangan putus panjatkan doa pada Allah. Insya Allah, Allah akan kurniakan yang TERBAIK buat Khudri.

All the best, Khud. Break A Leg!!


Jumaat, November 11, 2011

Ketupat Palas Gumbira


Ketupat palas memang favourite aku. Tak kisahlah ketupat palas yang kosong atau yang ada inti kacang, dua-dua aku suka. Memang kalau dapat makan ketupat palas, hati aku paling gummmmbiiraaa! Tak silap aku, kalau di Johor, mereka panggil ni lepat.

Nak belajar buat ketupat palas? Kat bawah ni ada resepinya.

Resepi Ketupat Palas

Bahan-bahannya:

  • 1 kg beras pulut
  • 1 kg santan
  • 1 sudu teh garam
  • Beberapa helai daun pandan
  • Daun palas secukupnya

Cara-caranya: 

  1. Basuh beras pulut sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan santan dan garam ke dalam periuk. Masak atas api sederhana besar. Kacau sampai mendidih.
  3. Kemudian, masukkan pulut dan daun pandan (carik-carik sedikit dan simpulkan). Kacau sehingga sebati. Masak hingga pulut menjadi setengah masak. Sentiasa kacau supaya bahagian bawah pulut tidak berkerak.
  4. Setelah itu, bolehlah dibungkus menggunakan daun palas. Cara nak membungkus ketupat palas, sila rujuk video di youtube ini. How to Fold & Stuff Ketupat Daun Palas (Credit to myindo)
  5. Akhir sekali, bolehlah direbus ketupat-ketupat tu. Masukkan ke dalam periuk besar dan isi air sehingga parasnya menutupi semua ketupat. Rebuslah sehingga air kering dan ketupatnya masak.
  6. Sajikan dengan rendang, serunding atau kuah gula.

Selamat Mencuba! 

  

Isnin, November 07, 2011

Vanilla Muffin with Blueberry Filling

Mari cuba resepi mudah ni. Untuk fillingnya, boleh tukar ikut citarasa. Gantikan dengan rasberry/kiwi/mango fillings atau bagi penggemar coklat, gunakan Nutella :)


Bahan-bahan:
  • 125g mentega - suhu bilik
  • 100g gula
  • 3 biji telur saiz A
  • 1 1/2 sudu teh esen vanila

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
(3 bahan di atas diayak bersama)

  • 3/4 cawan susu
  • Blueberry filling/jam

Cara Penyediaan:
  1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Kemudian, masukkan telur satu persatu diikuti dengan esen vanila. Pastikan semua bahan telah sebati.
  2. Masukkan campuran tepung dengan susu berselang-seli. Campuran pertama -- tepung, diikuti dengan susu dan mestilah diakhiri dengan tepung.
  3. Masukkan ke dalam cup atau muffin tray kira-kira 1/2 penuh. Masukkan 1/2 ke 1 sudu teh filling/jam. Kemudian tutup filling dengan adunan sehingga 3/4 penuh. 
  4. Bakar pada suhu 190 darjah Celsius dalam 20 - 23 minit.

Khamis, November 03, 2011

Cara 'Brilliant' Guna Semula Tin Biskut!

"Buang je lah tin tuh!" JANGAN! Kalau semua benda kita nak buang, 5 atau 10 tahun akan datang kita akan jadi negara sampah. Aku bukanlah nak pupuk habit kumpul sampah atau barang-barang tak guna....tapi cuba tengok gambar ni.

Cantik tak? Tin biskut yang selama ni kita buang dan kita lanting dalam tong sampah tu, lepas sessi 'make-over' boleh jadi ekslusif macam ni. Tin biskut 'vogue' ni di pasaran harganya dalam RM40 - RM60 tau! Sesuai untuk jadi ahli baru di dalam dapur korang. Sangat presentable dan bergaya untuk letak di meja makan atau meja hidangan. Letaklah keropok ke, rempeyek ke, biskut ke atau jadikan kotak simpanan barang-barang yang kecil,...stationeries, kids' stuff/small toys.

Bagi aku, ini cara guna semula tin biskut yang sangat-sangat brilliant! So, to all the creative-crafty hands out there, apa lagi....gunakan kepakaran dan kreativiti kalian untuk hasilkan sesuatu yang bernilai dan yang penting -- dah tak jadi sampah lagi :) Yeayyyy! Let's Go Green!

Rabu, November 02, 2011

ST12 - Memuja-Mu

Hi! As usual, I will not write about any song melainkan lagu ni jatuh kategori 'Cinta Dengar Pertama'. Love the music! Love the lyrics.

Lirik Memuja-Mu - ST12

bila ku lihat bulan
semua begitu indah
terbentang di langit
jika dan/kan ku lihat bintang
memang begitu indah
bertabur di langit

semua apa yang ku lihat
hanya Tuhan yang bisa
menciptakan semua

(1)
Tuhan memberi keindahan
yang terindah
seisi langit dan bumi ciptaanMu Tuhan

(2)
biarkan aku berada di sini
biar ku tahan laju angin
ajarkan aku menyebut namaMu
ajarkan aku untuk hidup

tiada tuhan kecuali Allah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
ijinkan aku bersujud padaMu
ku agungkan kebesaranMu

Ulang (1)

biarkan aku berada di sini
biar ku tahan laju angin
ajarkan aku bersujud padaMu
ajarkan aku untuk hidup

tiada tuhan kecuali Allah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
ijinkan aku bersujud padaMu
ku agungkan kebesaranMu

Ulang (2)

Nak dengar lagu ni? Layan kat youtube ye.

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Isnin, Oktober 31, 2011

Once Upon A Time [2011]

Siapa yang tidak suka pada dunia 'fairy tales'? Semua berakhir dengan 'happily ever after'. Well, tidak dalam 'Once Upon A Time'. TV Show terbaru terbitan ABC lakonan Ginnifer Goodwin, Jennifer Morrison dan Jared Gilmore ini. Dalam siri baru ini, kita tetap akan disajikan dengan watak-watak dongeng yang kita 'familiar' sejak dulu, cuma dengan pelbagai twists here and there.

Once Upon A Time - Mula ditayangkan pada 23 Oktober 2011


Once Upon A Time mengisahkan tentang Emma Swan yang ketika menyambut hari lahirnya yang ke-28, didatangi oleh Henry (seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun). Henry mendakwa bahawa Emma merupakan ibu sebenarnya yang menyerahkan Henry for adoption 10 tahun lepas.

Henry mengajak Emma pulang ke Storybrooke, bandar kecil di mana dia tinggal bersama ibu angkatnya, seorang mayor. Henry turut membawa sebuah buku cerita dongeng dan memberitahu bahawa semua penduduk di Storybrooke adalah watak-watak dari cerita dongeng tersebut yang terperangkap di dunia nyata. Malangnya apabila terperangkap di bumi, tiada seorang pun yang tahu apa yang berlaku. Mereka seolah-olah menjalani kehidupan baru dan masa silam mereka semuanya kabur.

Bayangkan Snow White dihantar ke bumi dan menjadi seorang guru di Storybrooke? Dan ibu angkat Henry adalah si Evil Queen yang bencikan Snow White.

Bagaimana Emma menerima semua ini? Percayakah Emma pada omelan-omelan Henry? Adakah Emma akan tinggal di Strorybrooke bersama Henry lebih-lebih lagi bila Henry memaklumkan hanya Emma yang mampu membetulkan keadaan? Siapa Emma sebenarnya?

Yang pasti ini bukan cerita dongeng biasa. Jalan ceritanya agak berat tetapi sangat menarik. Kita akan didedahkan dengan dua jenis penceritaan (1) dunia nyata di Storybrooke dan (2) scenes dari buku cerita dongeng yang dibaca oleh Henry. Sedikit sebanyak kita akan dapat 'join the dots' dan rungkaikan siapa dan apa peranan Emma dalam cerita ini.

Klik sini untuk rating tv show ini di IMDb.

Ahad, Oktober 30, 2011

Dadali - Di Saat Aku Mencintaimu

First time dengar lagu ni berkumandang, aku terus berhenti bercakap! Rasanya siap angkat tangan mohon teman-teman turut berdiam supaya aku dapat concentrate dengar lagu ni. Aku suka lagu ni sebab si penyanyi mengalunkan lagu ni secara bersahaja. Sedap je telinga dengar :)

Lirik Lagu Dadali - Di Saat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Nak dengar lagu ni? Pandai-pandailah korang google atau search dekat youtube, k.

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Stress? Tertekan? Baca doa ini.

Assalamu'alaikum. Selamat Hari Ahad! Selamat berhujung minggu :)

Pagi tadi lepas Subuh, aku belek-belek buku doa - Doa & Zikir Harian oleh Ustaz Zahazan Mohamed (Terbitan Telaga Biru). Nak buat breakfast awal lagi. So, bacalah buku sikit buat tambah ilmu. Satu ayat pun jadilah. Belajar benda baru untuk diamalkan.

Banyak doa mudah yang boleh dipraktikkan dalam buku ni. Yang menariknya, buku ni bersaiz kecil, jadi mudahlah nak dibawa ke mana-mana. As usual, dari segi persembahan, buku-buku terbitan Telaga Biru memang menarik! Sesuai dijadikan koleksi persendirian atau untuk perpustakaan keluarga. Saya sendiri sudah miliki beberapa buku ilmiah dan islamik terbitan syarikat ini.

Hari ini, aku ingin kongsi salah satu ilmu baru yang telah saya pelajari. Seuntai doa untuk bantu kita atasi tekanan atau stress. Dunia hari ini, perkara remeh-temeh pun boleh buat kita tertekan, kan? Jangan stress! Tekanan dan tertekan sangat tidak elok untuk kesihatan. Baca dan amalkanlah doa kat bawah ini.


*Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.


Isnin, Oktober 17, 2011

Sambal Tempe Kering

Resepi sambal ni senang dan ringkas. Cuma nak keringkan sambal tu la makan masa sikit.

Bahan-bahan:
  • Kacang Tanah
  • Suun
  • Tempe
[Bahan-bahan kat atas ni ikut suka nak guna banyak mana - digoreng, kemudian ketepikan. Tempe dipotong nipis-nipis dan goreng lama sedikit sehingga garing.]

  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 4 - 6 sudu besar cili giling
  • Sedikit belacan (tak guna pun - 1 isi rumah allergic belacan)
  • Air asam jawa
  • Garam 
  • Gula
  • Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara:
  1.  Blender bawang merah dan putih. Panaskan minyak dan tumis kedua-duanya sekali.
  2. Masukkan cili giling. Tumis sehingga cili masak. Masukkan air asam jawa dan belacan. Perisakan dengan garam dan gula.
  3. Biarkan hingga sambal kering.
  4. Apabila sambal dah kering, biarkan sejuk. Kemudian barulah digaulkan dengan kacang, suun dan tempe yang dah digoreng tadi.

Sedap makan dengan nasi panas! Ratah macam tu pun okay...makan dengan roti pun boleh :) Sambal ni tahan lama sebab jenis kering. So, bolehlah buat sekali banyak-banyak dan simpan.

Sambal Ikan Bilis Kering

Pagi ni mari jamu mata dengan semangkuk sambal ikan bilis kering. Ini antara lauk kesukaan aku nih. Dulu time-time belajar & duduk asrama, suka bawak bekal banyak-banyak dari rumah. Time lapar, makan dengan roti. Syokkkkk!



Sabtu, Oktober 08, 2011

Bacaan Sebelum Masuk ke Rumah untuk Hindari Gangguan Syaitan

Salam Sabtu! Moga hari ini semunya berjalan lancar. Yang rehat dapat rehat. Yang kerja dapat laksanakan kerja hingga langsai. Yang jalan-jalan selamat perjalanan pergi baliknya.

Di bawah ni ada ayat yang boleh kita baca sebelum masuk ke rumah. Yelah, kadang-kadang balik kerja lewat malam atau pergi jalan-jalan merata tempat, bimbang juga jika 'terbawa' balik apa-apa yang bukan-bukan. Bacalah ayat ini, Insya Allah tidaklah ada syaitan yang ikut masuk ke rumah. Dengan izin-Nya juga, akan terhindarlah kita daripada sebarang gangguan syaitan.



 
Terjemahan: Tiada suatu jiwa melainkan diawasi penjaganya
[Surah At-Tariq: Ayat 4]

Jumaat, Oktober 07, 2011

Selawat Syifa'

Salam Hari Jumaat! Semoga hari ini penuh dengan keberkatan untuk kita semua.

Hari ini saya ingin kongsi tentang Selawat Syifa'. Selawat ini elok dibaca dan diamalkan ketika kita sakit atau kurang sihat. Lebih baik jika selawat ini dihafal dan dijadikan amalan harian.




Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

Khamis, Oktober 06, 2011

Hari Dapur Kecoh

Hehehe tak adalah kecoh mana sebenarnya. Tapi, hari ni memang lama jugak duduk kat dapur. Mula-mula buat muffin ketot-ketot untuk beri pada jiran yang akan kenduri esok hari. Muffin ketot ni ibu yang order. "Nak yang kecik-kecik je Long biar sekali ngaapppp je."

First batch - siap susun dalam kotak supaya tak bergolek-golek :)

Sambil tu buat onde-onde. Jenuh jugalah menggentel adunan pulut ni sebab buat dalam 2 kilo. Untuk orang expert tak delah penat mana. Tapi untuk aku yang terkial-kial ni, sakit jugak pinggang dibuatnya! Ni untuk member yang order dari minggu lepas (tak sempat buat) + untuk jamu orang surau & masjid.

Sempat minum petang dengan onde-onde!


Last sekali, buat Chocolate & Walnut Brownies. Aku memang suka brownies dengan walnut tapi belum jumpa resepi yang betul-betul kawwwww dan kena dengan tekak. Setakat ni kalau buat brownies chocolate & walnut ni memang tak pernah jadik dengan sempurna. Percubaan kali ni dianggap separuh berjaya :( teksture tak cantik. Rasanya pun tak cukup 'chocolatey'....reject resepi nih! (Sambil pangkah besar-besar dengan pen merah) Fortunately masih 'edible' lagi lah. Tak pe, malam ni 'treat' budak-budak kat dewan. Sure diorang suka!

Brownies yang separuh jadik ahaks.

Rabu, Oktober 05, 2011

Doa Mohon Dipermudah Kesusahan atau Kesulitan

Hmmm, hari ni aku nak kongsi doa ringkas dan mudah untuk diamalkan tatkala kita berdepan dengan kesulitan. Ayat ni daripada Surah 'Abasa, Ayat 22. Pendek je, jadi senanglah nak dihafal :) Amalkan baca doa ni di saat-saat kita ada masalah dalam urusan kehidupan harian. Mohon dengan kesungguhan agar Allah lorongkan jalan dan mudahkan apa-apa yang menyulitkan kita. Insya Allah!


 Terjemahan: Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih).


Semoga doa ini dapat dimanfaatkan :)


Ahad, Oktober 02, 2011

Cream Cheese Muffin

Rasanya, dah lama dah aku buat muffin ni. Baru hari ni sempat nak share resepinya. Itu pun lepas kemas kini gambar-gambar dalam laptop - jumpa gambar ni. Untuk penggemar cream cheese, muffin ni bakal tepati citarasa korang. Yang best tentang muffin ni,...kita akan nikmati double treat of cream cheese! Satu pada adunan muffin tu sendiri. Then, dalam muffin tu ada cream cheese filling. Sorry tak sempat nak 'bedah' muffin dan snap photo 'filling' kat dalam. Tapi percayalah, akan senyum sampai telinga :)



Resepi Muffin Cream Cheese
 A.
3 cawan tepung gandum/serba guna
1 sudu kecil garam halus
4 sudu kecil 'baking powder
1 cawan gula

B.
1/2 cawan mentega (cairkan dan biarkan sejuk)
2/3 cawan susu
3 biji telur

C.
250g cream cheese (dibiarkan pada suhu bilik)
1 cawan gula

Cara-cara:
  1. Ayak tepung. Kemudian, gaul hingga sebati bahan-bahan A di dalam mangkuk.
  2. Buat lubang di tengah-tengah mangkuk. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati (Jangan kacau terlalu lama).
  3. Pukul bahan-bahan C sehingga kembang dan gebu. Masukkan setengah daripada adunan cream cheese ke dalam bancuhan muffin di atas dan sebatikan. Selebihnya diasingkan.
  4. Masukkan bancuhan muffin ke dalam muffin tray hingga 1/2 penuh. Letakkan 1 sudu kecil lebihan cream cheese ke atasnya. Kemudian tutup lagi dengan bancuhan muffin hingga 3/4 penuh.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 - 25 minit (ikut kepanasan oven).


Khamis, September 29, 2011

Roti Sardin Goreng

Hari ini Cekebon minta tolong aku buatkan kuih untuk dihantar ke surau. Aku yang yakin semua barang cukup untuk buat kuih main setuju je. Lepas tu buat-buat relaks. Padahal, belum pasti lagi hendak buat kuih apa. 

Balik kerja semalam, langsung tak singgah mana-mana kedai pun. Hari ni... apabila sampai masa nak buat kuih barulah muka tukar jadi biru. Ada saja bahan yang tak cukup! Padan muka aku!

Mula-mula ingin buat onde-onde. Gula melaka, kelapa parut, daun pandan semua dah ada. Yang tak adanya -- TEPUNG PULUT! Aduhai, mana nak jadi onde-ondenya?

Tukar plan, buat apam tepung gandumlah. Tepung, yis, kelapa parut … senang cakap semua bahan ada. Yang tak ada -- loyang atau bekas untuk kukus apam! Pengukus aku kat rumah ni kecil je. Tak ada pula saiz loyang yang padan. Acuan apam yang kecil-kecil pula member pinjam belum pulang. 

Aku ni memang kalau dah masuk rumah, berat dan malas sikit nak keluar kalau setakat untuk beli satu dua barang. So, mata pun mulalah menerawang ke seluruh dapur. Cari apa lagi yang boleh diusahakan jadi benda makan dan yang mudah disediakan. 

Ting! Roti Sardin Goreng. Roti putih memang ada dua buku setengah. Kes terlebih beli. 

Inilah hasilnya! Di bawah ini stok untuk Cekebon dan Cekengah makan. Orang surau punya dah masuk kotak. 

Roti Sardin Gulung

Cara Mudah Buat Roti Sardin Goreng

Untuk sediakan roti sardin goreng mudah saja. Mula-mula, sediakan inti sardin (ikut cita rasa kalian). Masukkan hirisan bawang, hirisan cili, asam limau dan garam secukupnya. Jangan basah sangat inti tu. Kemudian, ambil roti keping. Potong bahagian tepi/kulit tepi roti. Ambil penguli (rolling pin) dan uli roti tu hingga menjadi nipis.

Masukkan inti, gulung dan kemaskan bahagian tepi roti dengan garpu dan sapuan telur. Goreng dengan minyak yang panas 1 - 2 minit atau hingga rangup. Hidangkan dengan sos cili.

*Kulit/tepi roti tu usah dibuang! Simpan di dalam peti sejuk. Nanti kita boleh buat puding roti atau cekodok roti. 😊

Sabtu, September 17, 2011

Pandanglah hamba si gagak hutan,...

Gagak hutan? Heheh saja je intro kasi melankolik sedikit. Hari ni aku buat kerja depan laptop bertemankan lagu-lagu dalam playlist aku. Terdengarlah lagu Cenderawasih nyanyian Kumpulan 2 Dimensi (2D). Lagu lama. Tak silap aku kumpulan ini dari Singapore and popular sekitar tahun 2005 ke 2006... First time dengar dan tengok video music lagu ni dekat NTV7 (zaman NTV7 suka pasang klip-klip video waktu pagi sebelum start siaran), terus suka dan jatuh cinta dengan lagu ni! Liriknya sangatlah puitis. Well, dah nama pun lagu puisi :)

Nak dengar? Search di Youtube ye.


Lirik Lagu Cenderawasih - 2D (Dimensi II)

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang
Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Jumaat, September 16, 2011

Keindahan Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

Aku ingin kongsikan dengan korang semua bacaan dalam solat ketika duduk antara dua sujud. Pastinya kita tidak ada masalah dengan bacaan ini. Mudah dan ringkas, kan?


Tapi, mungkin ada di antara kita yang terlepas pandang akan maksud atau tafsiran seuntai doa ini.

Rabbighfirli - Wahai tuhanku, ampunilah segala dosa ku,

...warhamni - kasihanilah aku,
...wajburni - sempurnakanlah kekurangan ku,
...warfa’ni - angkatlah darjat ku,
...warzukkni - kurniakanlah rezeki kepada ku,
...wahdini - tunjuklah aku jalan yang betul,
...wa’afini - sihatkanlah badan ku,
...wa’fu ‘anni - maafkanlah kesalahan ku.




Subhanallah! Indah kan? Bacaan ini padat dengan doa-doa untuk kesejahteraan kita. Semoga selepas ini kita semua, dengan rendah diri - lebih menghayati bacaan duduk antara dua sujud kita. :)

Isnin, September 12, 2011

Dapat balik wang 2X ganda dgn 'Tesco Overcharge Policy'

Last Friday aku pergi Tesco@Kepong Village Mall. Dah lama sangat tak pergi shopping barang-barang rumah dan keperluan diri. Lepas lunch kat food court Tesco, aku dengan Dah pun mulakan ekspedisi kitorang mencari barang-barang dalam 'To Buy List'. Panjang gak senarainya!

Selesai bayar semua barang, macam biasa kitorang akan went through the receipt. Kalau shopping dekat hypermarket macam Tesco, Giant atau Carrefour, rajin-rajinlah check receipt balik. Sebabnya, diorang ni kan selalu buat promosi mingguan, bulanan, promosi perayaan lah...jadi kerap berlaku ketidakseragaman harga. Nanti, kita beria-ia kita beli barang tu (disebabkan harganya yang rendah), bila bayar...kita tetap bayar harga sebelum diskaun atau promosi (yang mana kemungkinan besar kita tidak akan pilih untuk beli).

Selalunya setakat RM1 ke bawah, kitorang akan pejam mata je. Malas nak pergi berurusan dekat counter customer service dan tunggu lama-lama. Kali ni krim Nivea Intensive Moisture aku pulak yang ada perbezaan harga. Masa dekat rak, harga promosinya RM12.50 tapi bila bayar harganya jadi RM17.69. Huarghhhhh lebih 5 hengget!!! 

Disebabkan aku dah mula sakit pinggang bershopping, aku buat muka toya je la kat tepi troli. Dah yang pergi uruskan dekat kaunter customer service. Sambil menunggu tu aku dengar jugak Dah mengomel tentang overcharge policy. Aku tak ambil perhatian sangat (sebab dah buat muka toya kan...heheheh). Alih-alih bila diorang refund duit, aku dapat RM10.40? Apasal lebih?

"Kan saya dah cakap overcharge policy diorang yang baru! Refund dua kali ganda!" Cik Kak mula membebel sebab terbukti aku buat derk masa dia mengomel tadi. Hahahah sorry, Dah! Rupa-rupanya itu polisi terbaru TESCO. Sekiranya ada barang-barang yang kita bayar lebih tinggi daripada harga yang  dipaparkan, mereka akan pulangkan wang kita dua kali ganda!

So, sapa-sapa yang shopping dekat Tesco tu - jangan lupa check resit dan pastikan kita bayar hanya untuk apa yang kita mahu@agree untuk bayar :)

Rabu, September 07, 2011

You Are My Confidantes!

"Aku tak tahu nak cerita dekat siapa! Aku teringat dekat kau je,..sebab ko takkan judge aku!"

Okay, nice intro, friend :) bagilah salam dulu. Main terjah macam tu...hilang arah aku sekejap. Aku terima panggilan daripada temanku yang hendak mengadu nasib. Kesian pulak, orang tengah resah-gelisah-buntu-jiwa kacau, takkan aku nak buat tak tahu je kan. Walaupun masa tu aku tengah ada urusan lain, aku layankan juga. Di akhir perbualan, temanku ini tidak putus-putus berterima kasih kerana aku sudi mendengar luahan masalahnya.

Perbualan kami tidak berakhir di situ saja. Aku terbawa-bawa untuk berfikir, kalau aku perlukan tempat mengadu, who should I turn to? (Ke ni alasan aku malas nak sambung urusan yang tertunda tadi heheeh)

Fikir punya fikir punya fikir,....aku senyum siap terkekeh-kekeh lagi. Aku bukan ada seorang, I've got three! Mari aku kenalkan mereka pada korang ye :)

Miss Cruzee @ Lolita @ Cikibambam @ Munirah @ Cekengah

Ini kawan baik aku yang pertama! Adik aku yang umurnya beza 13 bulan je dengan aku. Kebiasaannya adik aku ni berperanan sebagai pegawai pengaman kat rumah. Tak kisahlah time aku selisih faham dengan ibu ke (which is A LOTT OF TIMES) atau gaduh dengan adik lelaki aku ke,...watak Angah akan muncul untuk jernihkan suasana. Perangai aku yang baran dan grumpy ni memang selalu jebakkan aku dengan masalah dalam keluarga! So, dialah yang akan tolong 'clear the air' bagi pihak aku. Mudahlah sikit aku nak berbaik-baik dengan pihak satu lagi tu heheheh Takpun dia akan urge aku suruh mengalah/pujuk/minta maaf untuk settlekan masalah.

Selain daripada jadi pegawai pengaman di rumah, Angah akan terima panggilan kecemasan daripada aku bila aku perlu buat keputusan segera berkenaan sesuatu perkara especially when dealing with others. One quick call, aku akan explain kat dia situasi masalah aku dan dia akan bagi pendapat segera  + what to do next :) Very - very helpful!

Aiedah Isma @ Chucky

Ini kawan baik aku yang aku kenal semasa di kampus. Dah masuk sebelas tahun dah kitorang kawan so basically dia dah faham rentak aku termasuklah perangai-perangai 'tak senereh' aku. Selalunya aku akan perlukan dia untuk share masalah aku yang melibatkan hal-hal perasaan, emosi + lepas geram dan yang seangkatan dengannya. Dia tahu time bila nak beri pendapat,...time bila nak dengar sahaja ataupun time bila nak biar je aku nangis sorang-sorang. Selalunya, bila aku ragu-ragu nak buat keputusan, aku perlu pinjam logik akal dia sekejap so that I could make a sound decision :) Well, two heads are better than one, kan?


My Sleepy Turtle - Arfaiza
Hahaha nama Sleepy Turtle ni, aku yang bagi sebab semasa di kampus dulu, kalau dia mengantuk memang mirip rupa turtle tak cukup tidur :) Arfaiza, walaupun jauh kat utara -- tetap jadi tukang pujuk aku huhuhu. Kebiasaannya aku akan hubungi Ar bila aku perlu someone untuk sejukkan hati aku atau tenangkan aku bilamana kedua-dua insan kat atas tak boleh lakukan. Tak kisahlah kalau masalah tu disebabkan kealpaan atau kekhilafan aku sekalipun,..she doesn't play the blame game. Pendek kata, dia ni ala-ala ada soothing effect gitu!

Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan kalian bertiga dalam hidup aku. Mungkin selama ni aku lupa atau seolah-olah tak berterima kasih pada korang, but I really appreciate every single thing that you have done.
Truly, YOU ARE MY CONFIDANTES!!!

*Gambar diorang ni aku ambil profile pic FB je :)

Jumaat, September 02, 2011

Entri Pertama Pasca Raya

Assalamu'alaikum semua!
Salam sejahtera!
Selamat Hari Raya!
Salam Merdeka!
Selamat Menyambut Merdeka Raya!

Bagaimana sambutan merdeka raya kalian? Alhamdulillah, tahun ini sambutan Aidilfitri di pihak keluarga aku sederhana sahaja tapi penuh bererti. Inilah tahun pertama aku beraya tanpa arwah nenek. Selalunya setiap ahli keluarga terutama ibu akan sibuk siapkan keperluan hari raya seperti yang nenek inginkan. Ibu akan tempah rendang ayam, sate dan kuah lode kegemaran nenek. (Keluarga aku kecil je so tak payahla mimpi nak masak-masak sangat. Nanti menjelang pagi raya semua collapse hehehe). Angah akan ke hulu ke hilir pergi bank tukarkan duit baru untuk stok duit raya nenek dan tempah biskut mazola istimewa kegemaran nenek kat officemate dia (aku belum pandai nak buat biskut nih).

Aku pula seperti biasa akan uruskan kuih raya nenek. Biasanya aku akan siapkan semua order kuih & biskut raya tempahan orang. Dua tiga hari sebelum balik kampung barulah aku akan siapkan kuih raya nenek. Niat aku nak bagi kuih yang super fresh la untuk nenda tercinta ahaks. Tapi pepahamlah orang tua. Selagi kuih raya tak sampai depan mata, selagi tulah nenek akan terintai-intai setiap kali aku datang.

"Kuih raya nenek?"
"Jangan lupa kuih raya nenek, Long".
"Kuih raya kita dah siap?"
"Berapa jenis kuih kita tahun ni? Jangan lupa Almond London ye. Budak-budak suka coklat."

Ini antara dialog-dialog nenek di hujung-hujung Ramadhan. Itu dulu. Tahun ni semuanya berubah.
Ibu tempah makanan cukup-cukup untuk kami sekeluarga makan je. Angah pun tak perlu susah-susah pergi cari duit baru. Aku lagila...tak ada siapa nak tanya aku pasal kuih dah...




Nenek pergi pada awal bulan 7. Kehilangannya masih lagi terasa. Jadi tahun ini kami tak adalah nak beraya sakan. Selalunya raya pertama hingga ketiga memang tak dapat keluar rumah sebab ramai sanak saudara ziarah nenek. Tahun ni, kami pula yang pergi cari saudara. Hanya raya pertama je yang buka rumah untuk sanak saudara dan kenalan. Hari-hari seterusnya kami pulak jalan raya! Yang mana dah tua & uzur, yang kurang sihat, itulah yang jadi toplist. Alhamdulillah, aku berkesempatan lawat saudara-saudara yang pangkat moyang, nenek, tok wan. Jumpa dan ziarah mereka selagi ada kesempatan. Budaya ziarah menziarahi inilah yang nenek cuba terapkan dalam diri anak cucunya sejak dulu. She was right! Rapatkan silaturrahim tu satu hal. Gembirakan hati orang tua satu hal lagi. Aku dapat lihat betapa besarnya hati orang-orang tua ini apabila anak cucu datang cari mereka pada hari raya. Well, melihat senyuman dan kegembiraan mereka apabila dikunjungi sanak saudara jadikan raya aku lebih bermakna :)

Nenek, Along rindu nenek. Al Fatihah buat Arwah Hajah Norsidah Haji Ahmad.


Ahad, Ogos 28, 2011

Nasi Goreng Sambal Hijau


Ini sebenarnya juadah sahur yang aku masak minggu lepas. Itu yang 'sugul' dan serba simple aja presentationnya. Kebetulan ibu tidur rumah nenek temankan aku dan Angah. So, ngantuk pun kenalah bangun prepare something untuk jantung hati aku yang seorang ni. Setakat aku ngan Angah atau aku ngan Dah, sahur style koboi je (erk...koboi bersahur ke in the first place?).

Buka peti ais -- selongkar apa yang patut. Ada ayam panggang lebih buka malam sebelumnya - aku siat-siat untuk buat rencah. Jumpa pulak balance sambal hijau dua tiga hari lepas. Alhamdulillah, mudah kerja aku. Kelentung kelentang kelentung kelentang! Siappp!!

Haa...ini resepinya. Makan memang boleh terbukak mata!

Sediakan sambal hijau dahulu:

  • 1 - 2 labu bawang besar (potong dadu)
  • 4 - 5 ulas bawang putih (mayang)
  • 6 batang cili hijau dan 5 batang cili api (cili ni ikut citarasa masing-masing - boleh tumbuk/blend saja)
  • 1 keping asam keping
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis


  1. Panaskan kuali. Masukkan 2 ke 3 sudu minyak. Tumis bawang merah, diikuti dengan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili hijau dan cili api. Tumis hingga garing. Masukkan asam keping. Perisakan dengan garam. Hasilnya sepatutnya jadi macam sambal berlada hijau. (Kalau sambal hijau berlebih atau terlalu banyak untuk nasi yang hendak digoreng, jangan guna semua. Simpan selebihnya dalam peti ais).


Bahan-bahan untuk Nasi Goreng:
Nasi putih
Daging ayam yang dipotong kecil-kecil (Aku guna ayam panggang lebih dan siat-siatkan sahaja).
Daun sup (racik halus)
Serbuk kunyit
Garam (tak perlukan banyak sebab sambal hijau sudah ada garamnya)


  1. Panaskan kuali. Masukkan sambal hijau ikut citarasa. Tumis sekejap hingga sambal betul-betul garing. Siapa yang suka bawang lebih, bolehlah masukkan 1 labu bawang merah yang didadu dan tumiskan bersama sambal.
  2. Masukkan ayam. Gaulkan.
  3. Kemudian masukkan nasi putih. Taburkan sedikit serbuk kunyit. Gaul nasi hingga sebati. Biar sekejap atas kuali.
  4. Masukkan daun sup yang telah diracik. Tambah garam jika perlu. 
  5. Sedia untuk dihidang.


Jumaat, Ogos 26, 2011

Resepi Biskut Badam Lemak

Resepi Biskut Badam Lemak | Resepi ini sebenarnya sudah lama ada dalam simpanan koleksi resepi kuih raya. Sebelum ini memang tidak pernah sempat untuk cuba. Jadi, untuk raya tahun ini, kebetulan saya ada lebihan tepung biskut Marie di rumah, saya buatlah satu adunan. Sedap sangat! Rasa lemak biskut Marie tu yang menjadikan biskut ini lebih sedap. Rangup pun rangup. Ditambah pula dengan aroma parutan kulit lemon... memang pasti makan berulang-ulang punyalah!


Bersiap sedia tunggu giliran untuk masuk oven.


Resepi Biskut Badam Lemak

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A

  • 150g mentega
  • 120g gula icing
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan B

  • 60g serbuk badam
  • 60g tepung biskut marie
  • 200g tepung naik sendiri
  • 20-25g almond nibs/badam kisar
  • 1 sudu besar parutan kulit lemon

Bahan C

  • Putih telur
  • badam cincang (almond slivers)
  • Gula Hiasan - Hundreds and Thousands


Cara-cara :
  1. Krimkan bahan A hingga gebu dan berkrim.  Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang boleh diterap.
  2. Terap dengan acuan. Susunkan di atas dulang pembakar. Sapu sedikit putih telur di atas permukaan biskut. Letakkan badam cincang dan taburkan sedikit hundreds and thousands.
  3. Bakar biskut pada suhu 160 darjah celcius selama 20-25 minit.


Semasa bakar biskut, semerbak bau lemon memenuhi ruang dapur. Selamat mencuba! Oh, sorry tak sempat ambil gambar biskut apabila dah siap. Tergesa-gesa nak masukkan dalam balang untuk bawa balik kampung. 

Isnin, Ogos 15, 2011

Bedak Puteri Naga

"Awak tolong ambil bedak puteri naga saya sekali, tau!" Aku sempat pesan pada Dah sebelum letak telefon.

"Bedak puteri naga?" Laju je seorang teman bertanya dengan muka sedikit confuse. Mungkin pelik benar nama bedak tu di pendengarannya. Hahaha memang pelik pun. Ada ke puteri naga? Produk baru ke?

Sebenarnya bedak yang aku maksudkan ialah Johnson's Cooling Powder with Honeysuckle Extracts.



Aku je yang panggil Bedak Puteri Naga. Sebenarnya, it has something to do with the advertisement of this powder masa mula-mula keluar dulu. Kononnya little girl ni digambarkan sebagai puteri yang keluar bermain  dan bertukar jadi naga disebabkan bahang cahaya matahari.  So, the next day, apabila puteri dah pakai bedak ni, barulah puteri rasa selesa dan terus bermain sepanjang hari. Tak jadi naga lagi! :)

Bedak ni bukan sahaja sesuai untuk anak-anak yang nak keluar bermain. Aku suka pakai bedak ni bila kulit kena ruam atau gatal-gatal. Kulit aku ni jenis cepat kena alahan. Kalau jerebu atau terdedah kepada udara yang kotor, mulalah naik ruam. Salah makan, naik ruam. Kalau cuaca panas sangat, naik ruam atau gatal-gatal. Mengalahkan budak kecil.

Satu hari aku tergerak nak beli bedak ni. Tertarik sebab ada honeysuckle extracts. Bila cuba pakai serasi pula. Baunya sedap dan tak terlalu kuat (takdelah setiap kali kena ruam bau aku macam baby masam heheh). Teksture bedak pun lembut. Apa yang penting cooling effectnya amat sesuai untuk budak-budak (atau dalam kategori aku mak budak) yang sering alami gatal-gatal kulit atau ruam.

Bedak Puteri Naga berbaloi-baloi!!

Khamis, Ogos 11, 2011

Resepi Biskut Raya - Chewy Flakes Cookies

Bagi siapa-siapa yang tengah sibuk mencari resepi untuk kuih raya, boleh cuba yang ini. Mudah, ringkas dan anak-anak mesti suka! 


Cuma kena ada baking tray atau muffin tray yang ada lubang-lubang kecil untuk tekan kuih tu agar dapat bentuk sebelum dibakar.


Chewy flakes cookies



Bahan-bahannya:

A
70g gula halus
90g mentega

B
120g oat segera 
150g cornflakes
4 sudu besar madu/golden syrup
35g kismis hitam/kuning (ikut citarasa)

Cara-cara:
  1. Krimkan bahan A.
  2. Ramas oat segera dan cornflakes hingga hancur. Masukkan ke bahan A tadi.
  3. Masukkan madu/golden syrup dan kismis. Gaul hingga sebati.
  4. Bulat-bulatkan adunan dan tekan ke dalam baking tray. Mampat/padatkan. Oh, sebelum tu jangan lupa sapu tray dengan sedikit shortening atau mentega supaya tidak melekat :)
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius untuk 12 - 15 minit.


Nak lebih enak? Cairkan sedikit brown/dark chocolate dan 'drizzle' atas cookies ni.

Rabu, Jun 22, 2011

Misi Go Green!

Aku dah tak tahan lagi! Cuaca sekarang semakin teruk! Sudah tidak ada kompromi! Hendak atau tidak kita kena bertindak selamatkan apa yang kita mampu :) Sebenarnya semangat juang 'Go Green!' aku ni dah lama bercambah dalam diri, cuma aku amal dan praktikkan dalam 'skala kecil' je. Chewahhhhh!!! Skala kecil gitu! Maknanya di sini, aku dah cuba aplikasikan konsep Go Green! dalam kehidupan harian aku sedikit demi sedikit.

"Kalau kita je yang sibuk nak selamatkan bumi, tak kan ke mana!!" "Kalau kita seorang je yang jaga alam sekitar, seratus orang lagi cemarkan alam sekitar macam mana?" Ini antara respon yang biasa aku terima especially bila aku larang insan-insan tertentu daripada membuat pembakaran terbuka atau buang sampah merata-rata. Pada dasarnya, persepsi sebegini terzahir daripada pemikiran yang kurang diberi pendedahan terhadap apa itu pencemaran dan konsep menjaga alam sekitar. Memanglah jika difikirkan secara kasar usaha kecil tidak akan mampu memberikan impak atau hasil yang besar. Tetapi, bukankah setiap masalah akan lebih berkesan jika ditangani dari akar umbi? Mungkin hari ini dalam komuniti kita hanya 2 orang yang amalkan 'gaya hidup hijau' ini, esok tambah lagi 2 orang, lusa dan hari - hari selanjutnya akan bertambah lagi. Lama-lama satu komuniti akan amalkan gaya hidup ini, kemudian terbentuklah masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar.

Ramai yang tidak sedar bahawa dalam mengamalkan gaya hidup hijau ini, banyak yang boleh kita lakukan. Tidak perlu kita menyalak dan menyalahkan kilang-kilang yang keluarkan asap kotor atau pembangunan yang membina hutan batu demi hutan batu. Kita sebagai individu boleh bertindak (walaupun tindakan itu kecil, sekurang-kurangnya manfaatnya akan kita nikmati.)

So, mulai hari ini secara rasmi aku akan lebih aktif berkongsi dengan kalian semua apa yang boleh kita lakukan untuk selamatkan bumi. It is for a better living. Trust me.

Untuk post yang pertama ini, aku nak kongsikan perubahan-perubahan yang telah aku buat setakat ini di rumah aku dalam menyahut cabaran Go Green!:


  • Guna beg guna semula setiap kali keluar membeli belah. Seboleh-bolehnya aku akan cuba elak guna plastik. Tetapi, pandai-pandailah ikut logik akal. Tak semua benda yang kita beli boleh campak terus dalam beg tu. Ada yang kena pakai paper/plastik juga. :) (Aku jugak berterima kasih kepada Chucky sebab sentiasa pastikan ada beg guna semula dalam kereta. Kalau ikutkan sifat pelupa aku, dah bawak masuk rumah, beg tu tinggal-kekal lah kat dapur hahahah)
  • Aku dah tak beli plastik sampah. Plastik-plastik yang aku dapat masa shopping atau beli barang akan aku guna semula sebagai plastik sampah.
  • Setiap kali aku keluar rumah, aku bawa air minuman yang diisi dalam botol minuman/tumbler. So, aku tak perlu beli air mineral/air botol di luar.
  • Lampu kalimantang di rumah aku ditukar ke energy-saving bulbs. (Jimat tenaga!)
  • Ini penting sebab ramai yang buat walaupun tak perasan. Semasa berus gigi, jangan biarkan air pair mengalir. Kita akan gosok gigi sekurang-kurangnya 3 - 5 minit. Bayangkan berapa banyak air yang kita bazirkan dalam tempoh tu jika kita biarkan air mengalir...Belum campur time gosok gigi tulah kita berangan lebih :D tak ke haru! Kalau nak jimat lagi, gunakan gelas untuk berkumur. Satu gelas air dah lebih daripada cukup untuk 'mencuci gigi' heheheh.
  • Air rendaman pakaian jangan dibuang begitu sahaja. Gunakan untuk cuci lantai bilik mandi atau longkang.
  • Penggunaan semula kertas. Aku akan kumpulkan kertas-kertas A4 terpakai yang masih boleh digunakan bahagian belakangnya. Untuk ini, aku dapat support dan supply kertas daripada adik aku, Rena. Dia lah yang dengan luhur budi akan simpankan kertas-kertas yang masih boleh digunakan untuk aku. Aku banyak berjimat di sini terutama sekali dalam buat kerja-kerja research yang perlu print banyak drafts. Guna saja kertas terpakai. Kertas A4 yang bersih boleh guna untuk urusan atau tugas rasmi :)
  • Recycle - Untuk kertas-kertas terpakai yang tidak boleh digunakan lagi, katalog-katalog dan akhbar-akhbar lama, aku akan kumpul dalam stor. Cukup bulan atau bila stor dah nak penuh, aku akan hantar ke pusat kitar semula. Jangan bakar!!! Kita juga yang akan tanggung akibatnya bila bumi jadi semakin panas.

Tak susah pun kan?! OK. Selamat Mencuba. Let's Go Green!!!