Sabtu, 25 Jun 2011

Lena Dibuai Ombak

Heheh tajuk posting bukan main lagi. Aku sekarang ni sedang blogging dari tempat penginapan aku yang betul-betul menghadap pantai Port Dickson. Punyalah dekat dengan pantai sampaikan boleh dengar dengan jelas bunyi ombak! Insya Allah, hujung minggu ini akan diluangkan dengan adik kesayangan aku, sahabat baik aku dan pengasuh yang menjaga aku sejak kecil. Trip ini dirancang oleh adik aku dengan kawan-kawan akrabnya. (Thanks so much Cekengah for planning this!) Ala-ala family+friend gathering gitu. So, nanti akan ada acara makan-makan, mandi-manda, jalan-jalan dan tidak dilupakan kerja-kerja heheheh. Aku terpaksa angkut kerja sekali ke PD sebab ada yang perlu disiapkan segera. Angah, Dah dan Mak Tina semua dah lena dibuai ombak. Aku sorang-sorang je yang tengah tercatuk-catuk depan laptop habiskan kerja.
Pandangan pantai dari tempat penginapan aku.

Rabu, 22 Jun 2011

Misi Go Green!

Aku dah tak tahan lagi! Cuaca sekarang semakin teruk! Sudah tidak ada kompromi! Hendak atau tidak kita kena bertindak selamatkan apa yang kita mampu :) Sebenarnya semangat juang 'Go Green!' aku ni dah lama bercambah dalam diri, cuma aku amal dan praktikkan dalam 'skala kecil' je. Chewahhhhh!!! Skala kecil gitu! Maknanya di sini, aku dah cuba aplikasikan konsep Go Green! dalam kehidupan harian aku sedikit demi sedikit.

"Kalau kita je yang sibuk nak selamatkan bumi, tak kan ke mana!!" "Kalau kita seorang je yang jaga alam sekitar, seratus orang lagi cemarkan alam sekitar macam mana?" Ini antara respon yang biasa aku terima especially bila aku larang insan-insan tertentu daripada membuat pembakaran terbuka atau buang sampah merata-rata. Pada dasarnya, persepsi sebegini terzahir daripada pemikiran yang kurang diberi pendedahan terhadap apa itu pencemaran dan konsep menjaga alam sekitar. Memanglah jika difikirkan secara kasar usaha kecil tidak akan mampu memberikan impak atau hasil yang besar. Tetapi, bukankah setiap masalah akan lebih berkesan jika ditangani dari akar umbi? Mungkin hari ini dalam komuniti kita hanya 2 orang yang amalkan 'gaya hidup hijau' ini, esok tambah lagi 2 orang, lusa dan hari - hari selanjutnya akan bertambah lagi. Lama-lama satu komuniti akan amalkan gaya hidup ini, kemudian terbentuklah masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar.

Ramai yang tidak sedar bahawa dalam mengamalkan gaya hidup hijau ini, banyak yang boleh kita lakukan. Tidak perlu kita menyalak dan menyalahkan kilang-kilang yang keluarkan asap kotor atau pembangunan yang membina hutan batu demi hutan batu. Kita sebagai individu boleh bertindak (walaupun tindakan itu kecil, sekurang-kurangnya manfaatnya akan kita nikmati.)

So, mulai hari ini secara rasmi aku akan lebih aktif berkongsi dengan kalian semua apa yang boleh kita lakukan untuk selamatkan bumi. It is for a better living. Trust me.

Untuk post yang pertama ini, aku nak kongsikan perubahan-perubahan yang telah aku buat setakat ini di rumah aku dalam menyahut cabaran Go Green!:


  • Guna beg guna semula setiap kali keluar membeli belah. Seboleh-bolehnya aku akan cuba elak guna plastik. Tetapi, pandai-pandailah ikut logik akal. Tak semua benda yang kita beli boleh campak terus dalam beg tu. Ada yang kena pakai paper/plastik juga. :) (Aku jugak berterima kasih kepada Chucky sebab sentiasa pastikan ada beg guna semula dalam kereta. Kalau ikutkan sifat pelupa aku, dah bawak masuk rumah, beg tu tinggal-kekal lah kat dapur hahahah)
  • Aku dah tak beli plastik sampah. Plastik-plastik yang aku dapat masa shopping atau beli barang akan aku guna semula sebagai plastik sampah.
  • Setiap kali aku keluar rumah, aku bawa air minuman yang diisi dalam botol minuman/tumbler. So, aku tak perlu beli air mineral/air botol di luar.
  • Lampu kalimantang di rumah aku ditukar ke energy-saving bulbs. (Jimat tenaga!)
  • Ini penting sebab ramai yang buat walaupun tak perasan. Semasa berus gigi, jangan biarkan air pair mengalir. Kita akan gosok gigi sekurang-kurangnya 3 - 5 minit. Bayangkan berapa banyak air yang kita bazirkan dalam tempoh tu jika kita biarkan air mengalir...Belum campur time gosok gigi tulah kita berangan lebih :D tak ke haru! Kalau nak jimat lagi, gunakan gelas untuk berkumur. Satu gelas air dah lebih daripada cukup untuk 'mencuci gigi' heheheh.
  • Air rendaman pakaian jangan dibuang begitu sahaja. Gunakan untuk cuci lantai bilik mandi atau longkang.
  • Penggunaan semula kertas. Aku akan kumpulkan kertas-kertas A4 terpakai yang masih boleh digunakan bahagian belakangnya. Untuk ini, aku dapat support dan supply kertas daripada adik aku, Rena. Dia lah yang dengan luhur budi akan simpankan kertas-kertas yang masih boleh digunakan untuk aku. Aku banyak berjimat di sini terutama sekali dalam buat kerja-kerja research yang perlu print banyak drafts. Guna saja kertas terpakai. Kertas A4 yang bersih boleh guna untuk urusan atau tugas rasmi :)
  • Recycle - Untuk kertas-kertas terpakai yang tidak boleh digunakan lagi, katalog-katalog dan akhbar-akhbar lama, aku akan kumpul dalam stor. Cukup bulan atau bila stor dah nak penuh, aku akan hantar ke pusat kitar semula. Jangan bakar!!! Kita juga yang akan tanggung akibatnya bila bumi jadi semakin panas.

Tak susah pun kan?! OK. Selamat Mencuba. Let's Go Green!!!

Tat Badam Rasberi

Semalam time boring duduk sorang-sorang kat rumah, aku kemas 'stok bakery' aku. Jumpa dengan serbuk badam. Ingat nak buat kek oren badam tapi tak rasa macam nak makan kek pulak. Dalam peti sejuk masih ada kelongsong kuih tat - lebihan buat cheese tarts. So, aku 'bertukang' sekajap kat dapur dan inilah hasilnya. Tadaaaaa!!!!

Tat Badam Rasberi di atas redai :)

Sedia untuk dimakan!
Oh, aku akan kongsikan resepinya nanti. Kena cari resepi buat kelongsong tu dulu, mana aku letak tah. Selamat Jamu Mata!

Update 9/8/2011

Ok, ini resepinya:

Kelongsong Tat


Bahan A

  • 200gm butter
  • 100gm gula aising
  • 1/4 sudu teh esen vanilla


Bahan B

  • 1 biji telur


Bahan C

  • 420gm tepung
  • 1 sudu besar susu tepung



Cara - caranya:

  1. Putar A hingga lembut. Masukkan B dan putar lagi sehingga gebu. Kemudian, masukkan C dan gaul sebati. 
  2. Tekan adunan ke dalam acuan tart. Cucuk dasar kelongsong dengan garfu supaya tidak menggelembung ketika dibakar. 
  3. Bakar pada 180 darjah celcius selama 15 minit atau hingga keperang-perangan.



'Filling'
  • 100g mentega
  • 100g gula
  • 100g serbuk badam
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • jem rasberi secukupnya


Cara - caranya:
  1. Gaulkan semua bahan-bahan di atas (kecuali jem rasberi) sehingga sebati.
  2. Sediakan kelongsong tat, masukkan jem rasberi ke dalam kelongsong. 
  3. Masukkan bahan-bahan yang digaul sebati tadi secukupnya hingga menutupi jem rasberi dan permukaan atas kelongsong tat.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit.

Selamat Mencuba!



Ahad, 19 Jun 2011

Happy Father's Day, Babah.

Hari ini sebelah pagi aku sibuk sikit siapkan report. By lunch dah siap dah segala kerja yang tertunggak. Terus call ayahanda yang berada di Banting, wish dia Happy Father's Day. Lamalah jugak kitorang borak. Sembang time Babah jiwang-jiwang ni seronok sebab Babah akan ungkit cerita-cerita lama and kitorang akan gelak berdekah-dekah.

Aku ingat lagi zaman sekolah rendah,.. aku suka tengok TV sampai tertidur di ruang tamu. Babahla yang akan dukung aku naik ke tingkat atas. Punyalah seronok sebab ada 'transport' naik ke bilik tidur! So, aku jadikan habit. Memang akan 'berkubang' depan TV dan tidur sekali kat situ. Tak apa, nanti Babah balik Babah hantar aku naik. Kalau Babah tak out-station, memang aku akan bangun pagi dalam bilik. Tapi, lama-lama Babah dah tak angkut aku lagi. Frust betul aku! Rupa-rupanya Babah dah 'sakit pinggang' angkat aku yang makin hari makin berat. Muahahaahaha!!! Lagipun dia tahu aku dah mua. So, paling baik dia buat - dia pasang lampu malap kat ruang tamu supaya aku tak takut dan ahli keluarga lain tak terkejut tengok ada lembaga tidur kat depan TV.

Naik sekolah menengah, pengalaman yang aku paling tak boleh lupa bila Babah ajar naik motor. Babah bawak aku pergi kat taman rekreasi area rumah kitorang. Punyalah bising mulut aku nak balancekan diri atas motor. Jalan sikit tumbang. Jalan sikit tumbang! Babah asyik gelak sambil geleng-geleng kepala. Aku yang penuh 'sound effect' ni kejap-kejap terjerit. Pandainya tidak! Alih-alih bila angkat muka, punyalah bergantang mata-mata orang memandang. Siap senyum-senyum simpul lagi. Malu punya pasal, itulah kali pertama dan terakhir aku belajar bawak motor dengan Babah :) Sampai sekarang Babah akan gelakkan aku pasal perkara ni.

Kalau aku ditanya 1 perkataan yang best describes Babah, aku akan kata 'FUNNY'. Bagi aku Babah tak pernah kering lawaknya. Bayangkan kalau aku tanya tengah buat apa, dia boleh selamba jawab 'tengah ketip kuku gagak'! Tapi dalam lawak dan lucunya Babah, banyak juga aku belajar tentang hidup daripada dia. Pernah suatu masa, di hadapan Babah, aku pernah minta pengasuh aku baca apa yang aku tunjukkan (saja nak test pengasuh aku tu pandai baca ke tidak, psiko kan aku masa kecik-kecik? Bila pengasuh aku diam tak respon, punyalah aku happy sebab dapat buktikan yang dia tak boleh membaca ---Oh My God!! Lempang sikit budak psiko nih! What was I thinking? Right after that, Babah terus sound aku cakap apa yang aku buat tu salah. Dia kata, walaupun orang tu tak tahu, aku tak boleh malukan dia. Dari situlah aku belajar yang perbuatan kita buka aib dan kelemahan orang tu salah. Kira di peringkat awal jugalah I learnt that precious lesson. Niat nak tunjuk smart depan Babah terus padam. Malu adalah!

Gambar aku masa kecil dengan Babah
Babah, Selamat Hari Bapa! Along doakan Babah sentiasa sihat, panjang umur dan terus-terusan dirahmati Allah.

Cekodok Roti

Haaaa....inilah juadah yang akan terhasil dari dapur rumah aku setiap kali ada 'lebihan' roti. Selera makan kat rumah ni tak boleh kira. Time-time tak ada roti dalam stok, rasa teringin sangat nak makan roti. Nak roti bakar la, PB & J, roti kahwin la...tapi bila time tak minat roti, roti tu sampai kena duduk berbulan-bulan dalam peti sejuk!

So, saat nak buat 'clearance' peti sejuk, roti-roti ini dihantar terus ke dapur. Nak buat apa? Kalau rajin dan cukup bahan-bahannya buatlah puding roti. Tapi, kalau nak yang simple, mudah dan yummy, buatlah cekodok roti. Siat-siatkan roti tu dan lempabkan/basahkan dengan air - ramas roti sehingga jadi macam adunan cucur yang agak pekat. Masukkan bawang besar yang dipotong dadu, perisakan dengan garam dan kacau hingga sebati. Lepas tu, goreng!!! Senang je kan?! Kalau nak tambah potongan fishball ke, udang ke atau hirisan kobis pun boleh. Ikut citarasalah. Goreng sehingga warna jadi keperangan. Hidang dengan sos cili.

Sabtu, 11 Jun 2011

Anak Beruang yang Lemah Semangat

Selamat Hari Ahad, semua! Ceriakan hari korang dengan video ni. Aku gelak tak berhenti dari tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...