728 x 90

Selasa, 9 Ogos 2011

07.07.2011

Ada apa dengan tarikh ni? Apa yang istimewanya? Sebenarnya tiada apa yang istimewa. Cuma pada tarikh ni, nenek kesayangan aku kembali kepada Penciptanya. Er, aku sebenarnya masih belum kuat untuk tulis mengenai ini. To be honest, pemergian nenek beri tamparan hebat pada aku. Semuanya berlaku dengan pantas. Aku kehilangan nenek (yang terlalu banyak membantu dan menyokong aku) pada masa yang aku least expected! Itulah ajal namanya. Tapi aku bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk berada bersama nenek pada saat-saat pemergiannya, memandikan dan mengkafankan jenazahnya dan mengiringinya ke pengkebumian hinggalah ke baris talkin yang terakhir.

Sedar tak sedar, sudah sebulan nenek pergi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah nenek. Nenek, semoga nenek ditempatkan dalam kalangan kekasih Allah dan orang-orang yang beriman.

Al - Fatihah

1 ulasan:

  1. El_Kirana Kael12 Ogos 2011 9:16 PG

    Takziah Farrah.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah nenek Farrah.Al Fatihah

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...