NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 28 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Jumaat, 26 Ogos 2011

Biskut Badam Lemak

Resepi ni dah lama ada dalam compilation recipes aku tapi tak pernah sempat nak cuba. So, untuk raya tahun ni aku cuba buat alang-alang dah ada tepung biskut marie lebih kat rumah.


Resepi Biskut Badam Lemak
Tengah bersiap sedia untuk masuk oven.

Bahan A
150g mentega
120g gula icing
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
60g serbuk badam
60g tepung biskut marie
200g tepung naik sendiri
20-25g almond nibs/badam kisar
1 sudu besar parutan kulit lemon

Bahan C
Putih telur
Almond slivers/badam cincang
Gula Hiasan - Hundreds and Thousands
Hundreds and Thousands


Cara-cara :

  1. Krimkan bahan A hingga gebu dan berkrim.  Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang boleh diterap.
  2. Terap dengan acuan. Susunkan di atas dulang pembakar. Sapu sedikit putih telur di atas permukaan biskut. Letakkan badam cincang dan taburkan sedikit hundreds and thousands.
  3. Bakar biskut pada suhu 160 darjah celcius selama 20-25 minit.


Sedappppp! Masa bakar tu semerbak bau lemon dalam rumah! Rangup pun rangup. Selamat mencuba! Oh, sorry tak sempat ambil gambar biskut bila dah siap. Tergesa-gesa nak masukkan dalam balang untuk bawa balik kampung :)

5 ulasan:

  1. sedapnya. thanks for the recipe. nanti boleh cuba

    BalasPadam
  2. Selamat Mencuba, Sarah. Biskut ni rangup dan lemak2 rasanya (sbb pakai biskut marie)

    BalasPadam
  3. @jj - kali ni jamu mata je ye.

    @nava - thanks, nava :) you should try the recipe.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...