Ahad, 21 Ogos 2011

Pretty Little Liars dah masuk Season 2!!!

Bagi sesiapa yang tak tahu tentang drama ni, sekarang Pretty Little Liars disiarkan di 8tv. Rasanya hari Isnin, tapi aku tak sure pukul berapa. Pretty Little Liars ni sebenarnya based on novel (ala-ala novel bersiri jugakla) by Sara Shepard. Mengisahkan tentang a group of high school teenagers yang hidup jadi huru hara selepas ketua 'clique' diorang, Alison dibunuh. Alison ni ala-ala ratu lebah yang formed the clique with Aria, Emily, Hanna & Spencer walaupun sebenarnya mereka ni tak get along sangat pada mulanya. Masalahnya sekarang, walaupun Alison dah mati, hidup mereka dihantui oleh Alison dengan macam-macam insiden pelik termasuklah mesej-mesej yang diterima daripada 'A'. As if life diorang dan setiap satu yang dilakukan diperhatikan oleh 'A'. Keadaan jadi bertambah rumit bila mereka ni dikaitkan dengan pembunuhan Alison.



Kadangkala cerita ni macam lembap semacam tapi ada elemen suspen juga. Kita jadi nak tahu apa yang berlaku seterusnya apabila setiap apa yang girls ni plan, 'A' mesti one step ahead. Quite complicated sebenarnya, tapi bolehlah tengok time boring-boring. Nak cerita lebih-lebih tak syokla sebab Season 1 cerita ni masih ditayangkan :)

Sekarang di ABC Family Channel dah tayang Season 2. Dah episod 10 dah pun. Untuk Season 2 ni, setiap episod lebih fokus pada perkembangan watak-watak utama. Kita akan dibawa untuk tengok life and conflicts yang dihadapi oleh Spencer, Hanna, Emily & Aria. Nak tahu lebih lanjut? Lawat Pretty Little Liars:The Official Site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...