728 x 90

Jumaat, 26 Ogos 2011

Tat Nanas Terbaik!!!

Kelmarin (Rabu) barulah aku berkesempatan buat kuih@cookies raya untuk family. Sebelum ni sibuk siapkan order orang je. Punyalah excited sebab Khamis dah nak balik kampung dah! Sempat juga buat dalam 4 jenis biskut. Alhamdulillah, tahun ni ibu nak 7 jenis biskut. 3 jenis lain dah buat hujung minggu lepas. So, dah cukup kuota kuih raya ibu :) Tahun ni, yang wajib buat dan tak boleh tinggal ialah tat nanas. Sebenarnya aku baru realized yang ibu dan angah memang suka gila makan tat nanas - tak kisahlah version gulung atau tekap macam bunga. Since dua tiga minggu puasa ni diorang dah kenyang makan tat gulung lemak, untuk raya aku buat tat bunga lah. Siap pilih acuan tat yang besar sikit - biar puas mereka berdua makan.
Tat Nanas Bunga - Sebelum masuk oven :)

So, Ibu dan Angah cayang, these are for both of you. Tat Nanas tetap yang TERBAIKKKK!! Tetap menjadi pilihan 'pojaan hati' kami sekeluarga.

Psst: Bagi penggemar Tat Nanas Berkeju, boleh pergi sini untuk dapatkan resepinya :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...