Jumaat, 30 September 2011

Aku Tuan Rumah ;)

Pagi tadi dapat email daripada makcik aku yang duduk di Kg. Tunku. Esok pagi makcik aku dan keluarganya nak datang rumah. Kitorang tak sempat nak jumpa masa raya. Masing-masing sibuk,.. tahu tahu dah habis raya heheh. Kebetulan makcik aku ada urusan di Kuang, so dia nak singgah rumah (rumah nenek). Pening kepala jugak aku. Yelah, aku ni bab jadi host utk tetamu kurengggg sikit. Mana ada rekod aku buat rumah terbuka ke...office terbuka ke...kalau raya pun aku buka rumah dari raya pertama hingga ketiga je. Sapa nak datang, silakan....takdelah main jemput-jemput macam style orang kat bandar buat open house.

Memandangkan aku jadi tuan rumah dekat rumah nenek (banyak bahan dan peralatan tak ada), kenalah fikir apa yang boleh disediakan dengan mudah. Finally, we came up with this menu:

Makanan:
  • Kuey Teow Goreng (Kurang minyak Ala-ala sihat gitu) - Ni Dah punya expertise. Aku sangat suka kuey teow goreng tapi tak lalu makan yang terlalu berminyak. Kuey Teow si Dah ni just nice! Sedap pun sedap ::wink:: Dah, tolong goreng Kuey Teow yea....
  • Nasi Himpit - Dihidangkan dengan kuah kacang, serunding ayam & sambal tumis. 
  • Popia goreng 
  • Kentang goreng (untuk anak-anak kecil yang tak mau makan kuey teow atau nasi himpit)
  • Epal merah

Minuman
  • Air Jus Jambu Batu
  • Teh O Panas
OK tak?

4 ulasan:

  1. totally okay! yang penting effort n sincerity u nak layan guest.lagipun syawal disogok ngan food yang sama,pekena fries sure hmph! :) have a santai open house

    BalasPadam
  2. memang pening nak bagi tetamu kita puas hati dan kenyang.

    salam blogwalking...

    BalasPadam
  3. betulla...mmg pening2 lalat dibuatnya ;)

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...