728 x 90

Jumaat, 23 September 2011

'Antidote' Stress

Kebiasaannya bila aku menghadap laptop/komputer untuk buat research aku suka mengunyah. Tak kisahlah kerepek ke, cookies ke...normally tidbits yang boleh 'teman' aku melunaskan kerja atau tugasan yang ada. Paling tidak pun secawan kopi panas kawwww untuk pastikan mata terus segar berjaga.

Baru-baru ini aku sudah jumpa 'teman baru'! Teman baru aku ni namanya 'Cheesy Dip' a.k.a sos keju. Yang menariknya sos keju ni datang dalam bentuk serbuk pre-mix. Tak susah langsung nak sediakan. Hanya tambah air panas,...kacau-kacau sedikit....tunggu sehingga larutan keju tu sejuk dan memekat....DAH BOLEH DIMAKAN :) Nak makan dengan apa? Terpulanglah...dengan fries atau wedges, dengan bun atau dengan chips.

Haa...yang ini aku sediakan untuk makan bersama Chachos.
Tambah daun sup daun bawang sikit biar ada kepelbagaian rasa (chewahhhh aku kalau bab makan....) Dari segi rasa, boleh dikatakan sos keju ni mirip rasanya dengan sos keju Cheesy Wedges KFC yang warna oren tu. Cuma, yang ini ada rasa paprika sedikit. Lagi best! Tak pedas pun. Memang sekali cicah, tak pandang kiri kanan dah! Hilang semua stress ke tension ke bengang ke....Hahahah last-last kerja pun entah ke mana!

Oh, bagi sesiapa yang berminat nak dapatkan serbuk keju pre-mix ni,...korang boleh pergi facebook dan add Noriz Md Aris. Letaklah kata-kata mukadimah sebaris dua (nak beli cheesy dip/serbuk keju ke...berminat nak beli serbuk keju ke...) Janganlah main terjah je :) Harga? Sangat-sangat berpatutan! Berbaloiiiiiiii! Percayalah!

2 ulasan:

  1. tq kak farah....Serius sedap kan. Tp kalau boleh time makan cheezy ni keje jln tau...hihihihihi. ~~Noriz LUV CHEEZEEEE~~~~

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...