728 x 90

Sabtu, 10 September 2011

Appreciation Video from Cekengah

Semalam aku buka facebook, adik aku ada tag link ke post terbaru di blog dia. Dia buat video appreciation untuk insan-insan yang bantu dia saat-saat dia berdepan dengan 'moment' sedih pemergian arwah nenek kitorang. Rasanya pernah aku kongsikan sebelum ni, adik aku ni memang tinggal dengan nenek. Dari kecil sampailah dah kerja. So, bila nenek meninggal, dialah yang paling terasa kehilangannya.

Heheheh jangan mare aku memang watak utama video nih. Especially part yang 'menyumbangkan' suara untuk OST Video Tumirah ni (cheh, OST konon!!). Lagu yang digunakan untuk video ni ialah lagu 'Mengapa Perpisahan yang Kau Pinta' - nyanyian asal Kumpulan Flybaits dan pernah dinyanyikan semula oleh Kumpulan Spring

Aku memang suka lagu ni (dengar-dengar terus jatuh cinta) sejak sekolah menengah lagi  and prefer version Spring. Si Cekengah adik aku ni tak layan rock kapak. So, nak dijadikan cerita,... masa cuti raya hari tu - bila tahap bosan aku mula menggunung, aku rakamkanlah lagu ni untuk Angah. Niat hati nak sakat dia. Lagipun bila aku dah balik rumah aku (dan tak temankan dia tido) bolehlah dia dengar lagu nih untuk lelapkan mata hehehe Tup tup, lagu ni dapat special spot dalam hati Cekengah. Itu yang naik martabat jadi lagu latar untuk video tu :)

Enjoy the video!

Lirik Lagu - Mengapa Perpisahan yang Kau Pinta


Seketika itu sepi mencuit hati

Hanya suara hujan seakan menyanyi

Mendendangkan lagu syahdu
Ketika ku terpegun
Merenung jauh gambarmu sayangku

Terkilan rasa bila kata-katamu
Kau ucapkan padaku, membuat ku terpaku
Bersama-sama suratmu, setelah ku baca kini
Seolah ku berada dalam mimpi

Titisan demi titisan
Airmata ku jatuh berlinangan
Kugenggam gambarmu dalam pelukan mesra
Tak mungkin dapat ku melupakanmu...
Sayang...
Di dalam dunia ini
Tak mungkin dapat ku cari pengganti dirimu
Oh... mengapa perpisahan yang kau pinta

Janganlah kau lupa suatu ketika dulu
Kita pernah bersama berjanji dan bercinta
Kini nyata kau mungkiri setelah janjimu itu
Di manakah letak kejujuranmu

Dariku... dariku...



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...