Isnin, September 12, 2011

Dapat balik wang 2X ganda dgn 'Tesco Overcharge Policy'

Last Friday aku pergi Tesco@Kepong Village Mall. Dah lama sangat tak pergi shopping barang-barang rumah dan keperluan diri. Lepas lunch kat food court Tesco, aku dengan Dah pun mulakan ekspedisi kitorang mencari barang-barang dalam 'To Buy List'. Panjang gak senarainya!

Selesai bayar semua barang, macam biasa kitorang akan went through the receipt. Kalau shopping dekat hypermarket macam Tesco, Giant atau Carrefour, rajin-rajinlah check receipt balik. Sebabnya, diorang ni kan selalu buat promosi mingguan, bulanan, promosi perayaan lah...jadi kerap berlaku ketidakseragaman harga. Nanti, kita beria-ia kita beli barang tu (disebabkan harganya yang rendah), bila bayar...kita tetap bayar harga sebelum diskaun atau promosi (yang mana kemungkinan besar kita tidak akan pilih untuk beli).

Selalunya setakat RM1 ke bawah, kitorang akan pejam mata je. Malas nak pergi berurusan dekat counter customer service dan tunggu lama-lama. Kali ni krim Nivea Intensive Moisture aku pulak yang ada perbezaan harga. Masa dekat rak, harga promosinya RM12.50 tapi bila bayar harganya jadi RM17.69. Huarghhhhh lebih 5 hengget!!! 

Disebabkan aku dah mula sakit pinggang bershopping, aku buat muka toya je la kat tepi troli. Dah yang pergi uruskan dekat kaunter customer service. Sambil menunggu tu aku dengar jugak Dah mengomel tentang overcharge policy. Aku tak ambil perhatian sangat (sebab dah buat muka toya kan...heheheh). Alih-alih bila diorang refund duit, aku dapat RM10.40? Apasal lebih?

"Kan saya dah cakap overcharge policy diorang yang baru! Refund dua kali ganda!" Cik Kak mula membebel sebab terbukti aku buat derk masa dia mengomel tadi. Hahahah sorry, Dah! Rupa-rupanya itu polisi terbaru TESCO. Sekiranya ada barang-barang yang kita bayar lebih tinggi daripada harga yang  dipaparkan, mereka akan pulangkan wang kita dua kali ganda!

So, sapa-sapa yang shopping dekat Tesco tu - jangan lupa check resit dan pastikan kita bayar hanya untuk apa yang kita mahu@agree untuk bayar :)

5 ulasan:

  1. hahahha setuju. saya pun pernah kene mcm tu. tp kat GIANT masa dekat rak dia tulis promosi cadar sutera harga seratus lebih so ambik la ingt nak buat raya. tibe2 sy sakit perut g tandas dulu huby yg bayar. tgk2 dia dah termenung ingt sbb pe. rupanya harga cadar tu dekat 4rts huhuhu. sy mmg nak ngamuk jer tp huby malas layan. Jdnya sy ni kdg2 tido bercadarkan cadar sutera hahahah. kali kedua terkena masa beli penapis air benda yg sama gak. kat rak tulis lain masa bayar kira lain. Tp penyelia dia tu ckp nak ke tak? dia tak minta maaf pun. sbb nak guna juga ambik la huhuhu. dah kene 2 kali terus sy malas dah nak shoping kat GIANT! merajuk dgn GIANT :P

    BalasPadam
  2. @zuhanif - memang haru kalau kena camtu kan? serik dibuatnya. saya kalau beli barang kat tesco pun kena tengok2 jugak. kadang2 beria-ia diorang tulis promo/diskaun. check2 kalau kita beli kat tempat lain, lagi murah pulak!

    BalasPadam
  3. @˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ

    suka! memang berkali-kali ganda suka!!!

    BalasPadam
  4. haaa...aku selalu malas nak cx...selalu buang jek....pasni kena rajin ni...sbb aku selalu shopping kat tesco..aishhh

    BalasPadam
  5. @eiffa - tapi sekarang pulangan wang 2X ganda dah tak ada. cuma memang ko kena rajin check, sebab diorang selalu tukar2 harga kan...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.