728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Khamis, 29 September 2011

Roti Sardin Goreng

Hari ni ibu minta tolong aku buatkan kuih untuk dihantar ke surau. Aku yang yakin semua barang cukup untuk buat kuih relaks je lah. Padahal, belum pasti lagi nak buat kuih apa. Balik kerja semalam, tak singgah mana-mana kedai pun. Hari ni,... bila nak buat barulah muka tukar jadi biru. Ada saja yang tak cukup! Padan muka aku!

Mula-mula nak buat onde-onde. Gula melaka, kelapa parut, daun pandan semua dah ada. Yang tak adanya -- TEPUNG PULUT! Mana nak jadi onde-ondenya?

Tukar plan, buat apam tepung gandum lah. Tepung, yis, kelapa parut....senang cakap semua bahan ada. Yang tak ada -- loyang nak kukus apam! Hehehe pengukus aku kat rumah ni kecil je. Tak ada pula saiz loyang yang padan. Acuan apam yang kecil-kecil pula member pinjam belum pulang. Adehhhhh...

Aku ni memang kalau dah masuk rumah, berat dan malas sikit nak keluar kalau setakat nak beli satu dua barang. So, mata pun mulalah 'roaming' seluruh dapur. Cari apa lagi yang boleh diusahakan jadi benda makan (dengan syarat -- yang simple dan senang untuk aku sediakan) Tingggg!!! Roti Sardin Goreng. Inilah hasilnya!! (yang ini stok untuk Cekebon & Cekengah makan. Orang surau punya dah masuk kotak)


Nak sediakan roti ni mudah saja. Mula-mula, sediakan inti sardin (ikut citarasa kalian). Masuklah bawang, hirisan cili, asam limau dan garam secukupnya. Jangan basah sangat pula inti tu. Kemudian, ambil roti keping. Potong bahagian tepi/kulit tepi roti. Ambil penguli (rolling pin) dan roll roti tu hingga jadi nipis.

Masukkan inti, gulung dan kemaskan tepi roti dengan garpu dan sapuan telur. Goreng dengan minyak yang panas 1 - 2 minit atau hingga rangup. Hidangkan dengan sos cili.


*Kulit/tepi roti tu jangan buangggg. Simpan dalam peti sejuk. Boleh buat puding atau godok roti :)

1 ulasan:

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...