728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Jumaat, 16 September 2011

'Terima Kasih' yang 2 tahun tertunggak :)

Aik,...kenapa 'terima kasih' boleh tertunggak pulak?

Ceritanya begini...

Dua tahun lepas, aku pernah alami 'kesusahan' [apa bentuk kesusahannya, tak payah kongsi di sinilah ye...]
dan ada seorang hamba Allah (A, aku pilih abjad paling awal) yang tolong aku pada masa tu.

Kiranya aku ni terhutang budi pada A. Cuma pada masa tu, dengan keadaan aku yang not in a very good shape & condition - aku tak sempat berterima kasih pada dia atas pertolongan yang diberikan. Masa tu aku niat dalam hati, satu hari aku akan cari A dan personally ucap thank you pada dia.

Masalahnya, aku hanya ada nama A. Butir-butir lain aku tak ada! Muka dia pun aku tak ingat! Macam mana nak cari tuan punya diri?! Yang aku ingat, dua tiga bulan selepas aku OK, giat juga aku usaha cari A. Tanya pada teman-teman dan kenalan kalau ada yang kenal A. Usahaku temui jalan buntu. Aku pun tak delah jalankan search berskala besar macam program Jejak Kasih -- silap-silap orang ingat aku 'stalker' pulak. 

Lama-kelamaan niat nak cari A hanya tinggal niat tanpa sebarang usaha. Aku hanya doa sajalah pada Allah agar beri A ganjaran yang setimpal dengan pertolongan yang dihulurkan :)

Nak dijadikan cerita, ada teman lama yang tiba-tiba menghubungi aku dan berikan nombor telefon A (yang diperoleh daripada temannya). Wah,..dua tahun cari baru dapat? Cari harta karun pun tak selama ini! 

Alhamdulillah, aku berjaya hubungi A dan dah cakap pada dia...
"TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK"! 
Akhirnya, tertunai hasrat aku. So, sekarang...since terima kasih aku dah tertunggak sampai 2 tahun,...korang rasa aku patut belikan apa untuk A as a 'Thank You Gift'?

1 ulasan:

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...