728 x 90

Isnin, 17 Oktober 2011

Onde-onde @ Buah Melaka

Dalam banyak-banyak kuih tradisional, aku rasa inilah kuih yang paling senang nak buat! Sedap pun sedap.


Ini resepinya. Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500g tepung pulut
  • 125g tepung gandum
  • jus pandan secukupnya (ambil daun pandan dan blender untuk dapatkan jus dan warna hijau yang cantik) - kalau tak ada daun pandan boleh guna pewarna hijau atau kuning (ikut citarasa)
  • gula melaka - parut atau potong dengan pisau biar jadi cebisan kecil
  • kelapa parut - ambil yang putih sahaja (gaulkan dengan sedikit garam dan kukus dengan sehelai daun pandan - supaya kelapanya tak cepat rosak)

Cara-cara:
  1. Bancuh tepung pulut dan tepung gandum dengan jus pandan sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekit di tangan dan boleh digentel.
  2. Ambil sedikit adunan dan leperkan. Masukkan cebisan gula melaka di tengah-tengahnya dan tutup semula. Bulat-bulatkan.
  3. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bebola pulut yang siap digentel. Tunggu hingga bebola timbul di permukaan air. Angkat dan toskan sebentar.
  4. Golekkan kuih di atas kelapa parut. Sedia untuk dihidang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...