728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Rabu, 23 November 2011

Kunyah 40 kali Sebelum Telan!

Salah satu sunnah Rasulullah (saw) ketika makan ialah mengunyah sebanyak 40 kali (setiap suapan) sebelum kita telan. Amalan ini dapat memastikan proses pencernaan yang baik.



'Kunyah 40 kali sebelum telan' terbukti amalan TERBAIK. Satu kajian yang dijalankan di Amerika (diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition, 20 Julai 2011) mendapati bahawa jumlah kunyahan bagi setiap suapan yang baik untuk kesihatan ialah 40.

Individu yang mengunyah sebanyak 40 kali bagi setiap suapan akan berjaya mengurangkan pengambilan makanan mereka sebanyak 12% berbanding individu yang mengunyah kurang daripada bilangan tersebut. Amalan ini akan mengurangkan rembesan hormon yang merangsang atau membangkitkan selera makan. Hal ini secara tidak langsung dapat memastikan pengambilan kalori yang sedikit dalam diet harian.

Subhanallah, apa yang dibuktikan oleh sains pada hari ini sudah diamalkan oleh Rasulullah (saw) semasa hayat baginda. Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba praktikkan. Kunyah setiap suapan 40 kali agar pencernaan berjalan lancar dan berat badan terkawal.

3 ulasan:

  1. means, klaw kte kunyah 40x antara lngkah untuk diet?

    BalasPadam
  2. selalu nk kunyah 40 kali, tp mcm tak selalu dpt but... huhu
    singgah usha entry usha iklan. sama2 tmbh tabung blog.
    salam singgah.

    BalasPadam
  3. @ain - boleh anggap macam tulah. sebab dgn setiap suapan, selera kita makin hilang. rahang kat muka pun makin penat :)

    @alieza - memang. selalunya tak sampai 40 dah telan habis dah semua makanan ;)

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...