728 x 90

Khamis, 10 November 2011

Makan Lebih Sihat dengan Wang yang Lebih Jimat

Kebiasaannya apabila kita memilih diet yang sihat untuk diri kita (tidak kisahlah sama ada diet berkenaan untuk menurunkan berat badan atau diet harian untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik), kita akan memerlukan belanja yang besar. Lebih-lebih lagi sekiranya diet kita tu memerlukan bahan-bahan organik.

Senang cerita, memang makanan yang lebih sihat, lebih mahal. Tetapi hanya kerana kos bahan-bahan yang kita perlukan untuk menyediakan satu hidangan sihat lebih besar berbanding penyediaan makanan biasa, JANGAN MUDAH PUTUS ASA. Jangan jadikan alasan 'tidak mampu' untuk rosakkan diet kalian.

Di bawah ini ada beberapa 'switch' atau pertukaran pada diet yang boleh kalian lakukan untuk lebih jimat tetapi pada masa yang sama tidak menjejaskan keperluan diet harian.
 
A. Tukar Minyak Zaitun (Olive Oil) kepada Minyak Canola (Canola Oil) 


'Olive Oil' memang sangat baik untuk kesihatan. Sudah tentu kalian tahu range harganya di pasaran. Agak costly sekiranya kita menukar penggunaan minyak dalam diet dan masakan harian kepada 100% minyak zaitun. Minyak zaitun sesuai untuk jadi 'dressing' atau 'vinaigrette' salad, tetapi amatlah tidak praktikal kalau guna untuk goreng cekodok, fritters atau goreng makanan guna teknik 'deep fry'.

Oleh itu, tukarkan kepada penggunaan minyak canola. Gunakan minyak ini untuk menggoreng makanan, buat sambal atau pes dalam masakan. Seperti minyak zaitun, minyak canola juga mengandungi kandungan lemak tidak tepu yang baik untuk jantung.

B. Tukar Ikan Salmon kepada Ikan Sardin

Harga sekilo ikan salmon di pasaran mencecah puluhan ringgit. Jadi, sekiranya diet kalian memerlukan ikan salmon, sekali sekala bolehlah digantikan dengan ikan sardin. Jangan risau, ikan sardin tetap kaya dengan asid lemak Omega-3. Yang pasti, lebih jimat!

C. Tukar Beri Biru (Blueberries) kepada Kurma atau Prun

Tidak dinafikan beri biru mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Namun harganya yang tinggi mungkin boleh ganggu gugat 'budget' kalian. Carilah alternatif lain. Sekali sekala, tukarkan blueberries kepada prun kering atau kurma. Kedua-duanya masih mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan mudah didapati.

D. Tukar Muesli kepada Oat atau Biskut 'High Fibre'

Mengapa perlu bayar lebih untuk muesli yang mempunyai kandungan serat yang tinggi sedangkan khasiat yang sama boleh kita dapati daripada oat? Oat jauh lebih murah. Mungkin rasanya tidak seenak muesli tetapi kalau kalian bijak mempelbagaikan hidangan dengan susu/madu/kekacang/potongan buah-buahan, pasti lebih menyelerakan. Selain itu, anda boleh tukarkan diet muesli dengan 4 ke 5 keping biskut 'high fibre'. Mudah kan?

Yang pasti, kita akan dapat makan dengan lebih sihat, pada harga yang lebih rendah,...lebih jimat!

2 ulasan:

  1. oh minyak tu diperoleh dr seeds sejenis tumbuhan/bunga canola.

    kalau xjumpa canola oil, boleh juga tukar kpd minyak jagung.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...