728 x 90

Ahad, 30 Januari 2011

Fairly Legal


Huh? Cerita pasal lawyers lagi ke? Another addition to Drop Dead Diva & The Defenders? Nope. We're talking about mediator and Alternative Dispute Resolution now. Interesting jugak! Something fresh! This is a new TV Show airing. Masa mula-mula aku search dekat IMDb and baca komen viewers, terus terpanggil untuk tengok. Moreover, Sarah Shahi is the lead character. Dah lama tak tengok dia ni berlakon since 'Life'.

Well, 'Fairly Legal' mengisahkan Kate Reed yang sebelum ini seorang peguam tetapi dah fed up dengan justice system. So, dia berhenti dan jadi seorang mediator. A good one, actually. Apart from her life as a mediator, kita akan dapat lihat konflik dalam personal life Kate - her father passed away recently, her ex-husband, her step-mum, her brother and her assistant, Leo. Aku dah tonton 1st & 2nd episodes and I love the show!

Yang menarik:
  • Kate tinggal atas bot :) [kalau aku kayak kot...]
  • Micheal Trucco (Det. Tom Demming in 'Castle'; Samuel Anders in Battlestar Galactica) sebagai ex-husband Kate.
  • Leo - the most understanding+sporting assistant. 

Sabtu, 29 Januari 2011

Setiap cerita ada dua sisi.

Bayangkan sewaktu kita tengah makan, ada orang mula sessi 'pot pet pot' dan kita tumpang share mendengarnya,

"Tau tak si S tu tak patut betul. Z tu terang-terang tengah mengandung,...ada ke patut dia minta duit daripada Z?!"

Apa reaksi korang? Tipulah kalau semua ambil sikap berkecuali atau tidak mahu ambil peduli. Pasti ada yang terus menghukum S. Mungkin berbakul-bakul S terima maki hamun atas sikapnya yang tidak berperikemanusiaan tu. Apatah lagi 'mangsa' S seorang wanita mengandung! Silap haribulan S boleh dipulaukan teman-temannya.

Itulah hakikatnya dunia hari ini. Manusia hanya dengar cerita yang mereka mahu dengar sahaja. Kita cepat melatah dan menghukum tanpa usul periksa. Ingat, setiap cerita ada dua sisi. Ada pihak A, ada pihak B. Situasi di atas tu hanyalah satu sisi. Apa cerita satu lagi?

"Memang saya minta duit daripada Z. Saya telah melaksanakan tugas/khidmat untuk keluarga Z tetapi keluarga Z masih belum langsaikan bayaran perkhidmatan saya."

Nah, so sekarang kalian berpihak di sebelah mana?

Kasihan? Kesian pada Z sebab Z mengandung? "Tak baik minta duit daripada orang mengandung!" Well, jangan cepat melatah. Don't simply jump to conclusion! Bukannya si S ni pergi tikam perut dia minta duit.

Kalau fikir kasihan, kasihankan juga si S. Dia dah penat bekerja, tapi tidak dibayar. Baik sangat ke aniaya orang begitu? Orang dah berkhidmat untuk kita, kita tangguhkan bayarannya. Siapa lagi kasihan? Cuba fikir elok-elok.


Heheheh moralnya di sini, setiap cerita ada dua belah,...ada dua sisi. Sebelum kita menghukum seseorang atau 'pikul tanggungjawab' untuk hebohkan apa-apa cerita, fikirkan kemungkinan cerita di pihak yang lagi satu. Wajarkah kita 'menyelit' di antara kedua-duanya? Fikir elok-elok. Insya Allah, kita akan jadi insan yang lebih baik, lebih berhemah hehehehe


Saya tak mahu jadi Z (sebab saya memang tak boleh tidur lena kalau berhutang dengan orang) dan saya juga tak rela jadi S.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...