728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Sabtu, 26 November 2011

Amalkan membaca Ayat Kursi tatkala...

Ayat Kursi merupakan ayat ke 255, Surah Al-Baqarah dan dianggap sebagai penghulu segala ayat Al-Quran. Penurunan ayat ini diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kemuliaan dan kehebatannya yang penuh dengan pelbagai fadhilat bagi kita yang mengamalkannya.

Amalkan membaca Ayat Kursi tatkala:

  • ... hendak keluar rumah, maka 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
  • ... masuk rumah, maka kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu. (Jangan lupa baca ayat ketika hendak masuk rumah agar syaitan tidak ikut masuk sama.)
  • ... usai berwudhu, maka darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
  • ... hendak tidur, maka malaikat akan menjagamu sepanjang malam.
  • ... usai solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian

Salam 1 Muharam 1433

Assalamu'alaikum,

Diam tak diam, dah nak masuk tahun baru Hijrah 1433. So, petang ni bolehlah kita baca doa akhir dan awal tahun. Insya-Allah, tukar lembaran buku baru. Semoga tahun ini kita mulakan dengan kebaikan dan keberkatan.

Di bawah ni, aku kongsikan doa akhir dan awal tahun sebagai rujukan korang.


Doa Awal & Akhir Tahun
(Klik pada gambar dan 'Save Image As')



Rabu, 23 November 2011

Bukti Kasih Tanpa Sempadan

So touching!!!

Image copyright Barry Bland @ Barcroft Media

Kunyah 40 kali Sebelum Telan!

Salah satu sunnah Rasulullah (saw) ketika makan ialah mengunyah sebanyak 40 kali (setiap suapan) sebelum kita telan. Amalan ini dapat memastikan proses pencernaan yang baik.



'Kunyah 40 kali sebelum telan' terbukti amalan TERBAIK. Satu kajian yang dijalankan di Amerika (diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition, 20 Julai 2011) mendapati bahawa jumlah kunyahan bagi setiap suapan yang baik untuk kesihatan ialah 40.

Individu yang mengunyah sebanyak 40 kali bagi setiap suapan akan berjaya mengurangkan pengambilan makanan mereka sebanyak 12% berbanding individu yang mengunyah kurang daripada bilangan tersebut. Amalan ini akan mengurangkan rembesan hormon yang merangsang atau membangkitkan selera makan. Hal ini secara tidak langsung dapat memastikan pengambilan kalori yang sedikit dalam diet harian.

Subhanallah, apa yang dibuktikan oleh sains pada hari ini sudah diamalkan oleh Rasulullah (saw) semasa hayat baginda. Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba praktikkan. Kunyah setiap suapan 40 kali agar pencernaan berjalan lancar dan berat badan terkawal.

Isnin, 21 November 2011

Lemon Cupcakes

Hari Sabtu hari tu tetiba kepingin nak makan cupcake. Tak mahu cupcake yang cantek-cantek tu. Nak yang simple, gebu dan ringan je teksture nya. Kebetulan stok lemon ada di rumah, so, buatlah lemon cuppies!


Ini gambar lemon cupcakes yang plain. Ada 1 batch yang aku 'solek' dengan 'lemon creamcheese frosting' lebihan frosting aku buat butter cake beberapa hari lepas. Yang itu lupa pulak nak ambil gambar. Rasanya memang uummmphhh! Masa dalam oven, bau lemonnya semerbak satu rumah!

Resepinya aku tak pasti dari mana. Yelah, dulu-dulu zaman rajin carik resepi di internet,...main copy resepi dan save terus dalam komputer. Tak terfikir pun nak catat sumbernya.

Resepi Lemon Cupcake

A.
220gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

B.
180gm mentega 'unsalted'
150gm gula
2 biji telur saiz 'A'

1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar parutan kulit lemon 

C.
80ml susu segar
2 - 3 sudu besar jus lemon

Cara-caranya:
  1. Ayak bahan-bahan A. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga sebati. Masukkan esen vanila dan parutan kulit limau. 
  3. Masukkan tepung (Bahan A yang telah diayak) secara berperingkat. Selang-seli dengan susu dan jus lemon. Maknanya, masukkan tepung -- pukul hingga sebati -- susu dan jus lemon -- pukul hingga sebati -- tepung -- pukul hingga sebati -- susu dan jus lemon -- dan akhiri dengan tepung. Pastikan semuanya sebati tetapi jangan overbeat.
  4. Isi adunan ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 23 - 25 minit.



Sabtu, 19 November 2011

Tuna Puff

Selamat Berhujung Minggu! Budak-budak sekolah dah mula 'cuti Jepun'. Semalam last day of school. Sure ada ibu bapa yang dah sibuk plan aktiviti untuk anak-anak. Hari ni aku spend time di Kuang. Ibu panggil adik-beradik semua balik Kuang. Makan-makan sikit.

Ibu suruh aku buat curry puff. Dia teringin nak makan. Tapi last minute kentang masih ada lagi dekat kedai hehehe. Tukar sikit menu. Kita buat Tuna Puff ye, Bu.

Tadddaaaaaa!!

Senang je nak buat. Yang penting kita kena ada pastry puff (bolehlah dapatkan di kedai menjual bahan buat kek). Kemudian, potonglah mengikut saiz yang dikehendaki.

Untuk inti tuna:
  • Isi ikan tuna secukupnya (aku guna tuna chunk dalam tin)
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 3 sudu jagung/ 3 sudu mix-vegetables
  • 1- 2 sudu mayones
  • Sedikit garam dan lada sulah
Gaulkan semuanya sehingga sebati.


Cara-caranya:
  1. Ambil kepingan pastry yang dipotong tadi. Letakkan inti tuna secukupnya.
  2. Kelimkan pastry dengan hujung garpu. Susun di atas dulang pembakar (sapukan dengan sedikit mentega terlebih dahulu). 
  3. Campurkan 1 biji kuning telur dengan 1 sudu besar susu. Kacau sedikit hingga rata. Sapukan kuning telur ke atas puff. 
  4. Bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 20 - 25 minit.

Zikir untuk Mengatasi Rasa Letih atau Penat

Rasa penat? Tak larat? Letih dan lesu? Tapi kerja masih banyak,...hari masih panjang....urusan banyak yang masih belum selesai?! Jangan bimbang. Zikirkan nama Allah yang berikut:

Ya Qawwiyu Ya Matin
(Maha Kuat Maha Kukuh)

Zikirkanlah berulang kali nama Allah di atas. Insya Allah, akan dikurniakan kekuatan untuk kita meneruskan kerja atau tugasan yang masih bersisa. Aku biasa amalkan zikir ini sebab ringkas dan mudah. Alhamdulillah, memang berkesan. Tidaklah rasa penat tu terus hilang dengan ajaibnya! Tetapi Allah akan beri kita tenaga untuk memudahkan urusan harian kita.

Selain itu, di kala menghadapi sebarang kesulitan, zikirkan 'Ya Matin 'banyak-banyak dengan hati yang ikhlas. Dengan izin-Nya, kesulitan kita akan lenyap atau diringankan oleh Allah.

Khamis, 17 November 2011

Tutorial: Cara untuk Dapatkan Semula Profile ID Facebook

Okay, ramai pengguna facebook yang dah tukar profile id ke username. Senang nak ingat link profile kita. Tapi kadang kala, kebanyakan applications di Facebook perlukan Profile ID kita yang asal (yang banyak-banyak nombor tuh). Apa nak buat untuk dapatkan semula profile id?

Mudah sahaja. Kita boleh gunakan Facebook Graph API. Cara-caranya:

  1. Log in ke akaun facebook. 
  2. Pastekan url ini - https://graph.facebook.com/yourusername
  3. Tukarkan yourusername kepada username anda. Contohnya: https://graph.facebook.com/mygiftscottage
  4. Tekan 'Enter'
 Dan butir-butir akaun anda termasuklah Profile Id akan appear. Ini contohnya:

{
   "id": "173193236040947",
   "name": "My Gifts Cottage",
   "picture": "http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/174884_173193236040947_3449735_s.jpg",
   "link": "http://www.facebook.com/mygiftscottage",
   "likes": 102,
   "category": "Product/service",
   "website": "http://gifts-cottage.blogspot.com",
   "username": "mygiftscottage",
   "company_overview": "Kami menyediakan pilihan-pilihan menarik untuk dijadikan hadiah, cenderahati dan doorgift untuk keraian atau hari istimewa anda. ",
   "mission": "Setiap produk kami dihasilkan dengan mengutamakan kualiti. Kami berusaha memastikan produk kami diberi sentuhan istimewa yang menepati kehendak dan citarasa anda agar pemberian menjadi lebih bermakna. ",
   "products": "Muffin, Cookies, Brownies, Homemade Chocolates, Hampers & Mini Hampers, Bunga Telur, Goody Bags dll.",
   "can_post": true,
   "talking_about_count": 1
}


Butter Cake untuk Minum Petang


Hari ni aku ada a few friends coming over sebelah petang nanti. So, pagi-pagi dah masuk dapur buat kek untuk tea. Simple butter cake je. Tapi sekarang ni masih berkira-kira.  

Nak buat frosting/icing apa eh?

Chocolate? Kelapa kering? Atau Lemon Creamcheese?

Bahan-bahan semua ada. Cuma tak reti nak decide yang mana satu. Dalam keadaan aku yang masih belum breakfast ni, tiga-tiga rasa sedap! Hehehe...

Rabu, 16 November 2011

Terima kasih kerana 'sayangkan' bumi.

Kita selalu merungut setiap kali bahang cuaca yang panas jamah kulit kita. Kita tidak selesa jika penglihatan dan kesihatan kita terganggu disebabkan jerebu. Tapi pernah tak kita terfikir yang semua tu sebenarnya berpunca daripada tindak-tanduk kita juga?

Rasanya dah banyak kali kita dengar dan lihat melalui kempen-kempen kesedaran alam sekitar:

'Jangan buat pembakaran terbuka!'
'Elakkan pembakaran terbuka!'
'Jangan bakar sampah-sarap anda!' 

 
Masih ada yang tidak ambil peduli :( 
Terima kasihlah sebab 'sayangkan' alam sekitar.

Aku akui, nak lupuskan sampah terutamanya sampah pukal yang besar (seperti sofa dan almari lama) agak sukar. Kita kena cari tempat pelupusan sampah dan uruskan pengangkutan untuk bawa sampah-sampah pukal tu. Tetapi, itu yang perlu kita didik dalam diri. Kenalah bersusah payah sedikit demi jamin 'kesihatan' bumi untuk jangka masa panjang. Cuba bayangkan kalau sepuluh orang buat pembakaran terbuka di kawasan korang dalam satu hari (dengan asap tebal dan kotor begini) - apa akan jadi pada kita dalam masa sepuluh tahun lagi?

Ada tips yang boleh dikongsikan di sini:

1. Barangan elektrik yang rosak atau tidak boleh digunakan lagi (seperti peti sejuk, mesin basuh atau oven) - jual di kedai kitar semula. Memanglah berapa sangat duit yang korang akan terima. Tetapi sekurang-kurangnya korang tak payah bersusah payah nak fikir mana nak buang barang-barang tu.

2. Sekiranya mahu membeli perabot baru, rundingkan dengan kedai perabot yang akan hantar barang korang supaya mereka boleh ambil perabot lama (yang korang nak get rid). Selalunya mereka akan setuju sebab nak jaga hati customer. Tahulah diorang nak buat apa dengan benda tu. Perabot baru masuk -- perabot lama keluar pada hari yang sama. Tak perlu bakar-bakar! Hilang kusut fikiran!

Let's Go Green!

*Err,.. entri ni memang ada elemen-elemen poyo tapi berbaloi untuk kita fikirkan sejenak.

Selasa, 15 November 2011

'Bislor' - Biskut Telur Cekebon

Bislor? Apa kebendanya tu? Haa...ini lah antara makanan 'santai' yang ibu (sapaan manjaku buatnya - Cekebon) akan buatkan untuk kami adik-beradik bila balik rumah ibu. Nama 'Bislor' ni Angah yang bagi. Nanti sambil borak-borak di meja makan, ibu akan capai tin biskut, ambil telur dan buatkan hidangan 'Bislor' untuk kitorang.

Baru-baru ni aku demam. Tekak tu teringin pula nak makan 'Bislor' ibu. Dalam tak sedap badan tu, aku buat jugak. Simple je. Ambil beberapa keping biskut tawar - biskut fibre pun boleh. Pecah-pecahkan sikit. Panaskan 2 sudu minyak zaitun dalam kuali (jangan panaskan terlalu lama, nanti khasiatnya hilang). Masukkan 1 biji bawang besar dan 1 batang cili hijau yang dihiris nipis. Tumis sekejap.

Kemudian, masukkan biskut ke dalam kuali dan kacau. Pecahkan sebiji telur dan pukul bersama secubit garam dan lada sulah. Tuangkan ke atas biskut tadi - biar sekejap sehingga biskut jadi lembut dan telur masak.

Inilah hasilnya!
Terus kebah demam makan 'Bislor' hehehe... tapi kurang ummmphhhh sikit sebab aku pakai cili merah. Lari sikit rasanya. Kena pakai cili hijau jugak.

*Sedap makan sambil duduk depan TV atau nikmati dengan kopi O panas.

Doa Mohon Hindari Penyakit Nyanyuk

Nyanyuk sering dikaitkan dengan faktor lanjut usia dan kesihatan seseorang. Sama-samalah kita amalkan doa ini agar dengan izin-Nya kita akan selamat dan terpelihara daripada penyakit nyanyuk.

Terjemahan: 'Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada sifat pengecut, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat kedekut, dan aku berlindung kepada-Mu daripada ditimpa penyakit nyanyuk (dikembalikan kepada umur yang paling hina), serta aku memohon perlindungan-Mu daripada fitnah dunia dan azab kubur.'

[Riwayat al-Bukhari No. 6374]

Isnin, 14 November 2011

I HEART RACHEL CROW

Tengok tak The X-Factor (USA)? Show ni ditayangkan di 8TV, setiap Jumaat dan Sabtu. Satu lagi rancangan hiburan berbentuk nyanyian. Bolehlah dikatakan ala-ala format American Idol + The Voice.

Dalam ramai-ramai peserta, aku suka tengok performance Rachel Crow. Baru berusia 13 tahun, bakat nyanyian yang ada pada anak comel ni terlalu besar jika dibandingkan dengan umurnya. Senang cakap bila dia buka mulut untuk nyanyi,...kita akan buka mulut -- ternganga sebab kagum hehehe.

Nak tengok Rachel Crow nyanyi? Pandai-pandaila korang search di youtube. Check out her audition, singing "Mercy" by Duffy. Tengok juga kelincahan dan kecomelannya menyanyikan lagu Bieber. This talented  Rachel really can go far as she has a great voice!

Kuih Sema Idaman Kalbu

Tadaaaaaaaa! Ini kuih tradisi Kelantan kegemaranku. 'Kuih Sema' namanya. Setiap kali teringin nak makan kuih ni, kenalah import dari Kelantan. So, masa Bott balik raya haji awal bulan hari tu, awal-awal aku dah pesan kuih ni. Bott sampai kena cari di Binjai sebab aku nak sema yang besau-besau (masuk loghat kampung sikit) dan meriah warnanya. Bayangkan, punyalah lebar senyuman aku sampai ke telinga tatkala sema ni berada di depan mata :D

Basically, kuih sema ni hanyalah tepung + gula + pewarna. Yang jadikan kuih ni interesting, teknik tarik-menarik dan simpul-menyimpulnya :) Kalau makan, agak kecah dan terabur sikitla. Nak - nak, kaki semput macam aku ni. Silap hari bulan boleh kojol sebab tersedak tepung sema hehehe.

p/s: Bott, thanks so much sebab susah payah carikan kuih sema.

Sabtu, 12 November 2011

Panggilan daripada Khudri

Aku baru je lepas borak dengan Baba bila terima 1 lagi panggilan dari nombor yang tak familiar. +03913XXXXX eh, area mana ni? Antara mahu tak mahu, aku angkatlah telefon. Petang-petang macam ni bukanlah masa yang sesuai untuk layan pemanggil misteri heheheh

"Assalamu'alaikum, Kak Long?" Suara di hujung talian macam biasa ku dengar. Tapi di mana ya?

"Ini Khudri." Subhanallah! Dah lama benar aku tak borak atau jumpa dengan Khudri. Rasanya kali terakhir jumpa masa kenduri tahlil arwah nenek bulan 7 yang lalu.

Dulu ada juga borak/tinggal message di Facebook. Belakangan ni, dengan keadaan aku yang jarang log in fb dan Khudri yang sibuk membuat persediaan untuk SPM, memang lamalah kitorang tak bertukar khabar berita. Khudri ni dulu jiran aku. Dah macam adik sendiri. Macam anak pun iye jugak. Aku ni guru tuisyen Khudri (untuk beberapa tahun) sebelum dia masuk ke sekolah berasrama penuh. Yang itu, kalian boleh baca di sini.

Terharunya! Khudri telefon untuk berbual dengan aku sebelum dia 'berjuang' untuk SPM pada 14 November ini. Cepat betul masa berlalu. Rasanya macam baru semalam aku menjerit kegembiraan dapat panggilan Khudri yang maklumkan dia dapat 8A untuk PMR. Tahu-tahu dah nak SPM dah?!


Khudri, you are a thoughtful young boy :) Restu dan doa Kak Long sentiasa ada buat kamu. Buat sehabis baik. Jangan putus panjatkan doa pada Allah. Insya Allah, Allah akan kurniakan yang TERBAIK buat Khudri.

All the best, Khud. Break A Leg!!


My Joke Died!!!

Hari ini aku bangun pagi dengan perasaan yang super excited. Yelah, hari Jumaat, aku cuti dan tarikh cantik plak tu. Memang plan nak pergi jalan-jalan  hari ni. Cuci mata, shopping sikit.

Pagi-pagi aku terima sms dari C. Macam biasa C bertanyakan khabar.
Hehehe C ni memang kalau lama tak jumpa aku, dia cepat rindu (bagi can la aku perasan sikit)
Aku pun dengan mood yang ceria buat lawakla dengan dia. SMS aku berbunyi:

'Hohoho! Hari ni tarikh cantik! 11.11.11. C tak mahu kawen ke? Muahahaha'

Balasan dari C

'U made me cry :('

Aku dalam keadaan terpinga-pinga 'blur' sekejap. Apsal nangis? Apa yang aku tulis? Lepas duduk diam-diam dan perah otak berfikir pagi-pagi, barulah aku realize lawak aku tu lawak menyakitkan hati namanya! Adussssss!!! Lima enam kali aku tepuk dahi!

OK, hari ni sebenarnya adalah hari ulang tahun perkahwinan C. Masalahnya, C ni ibu tunggal -- dah bercerai dengan suaminya. Of course lawak aku yang suruh dia kahwin pada hari anniversary perkahwinannya yang gagal adalah satu lawak GAGAL!!!

C, I am so sorry! Didn't mean to hurt your feelings!


Huhuhu. My joke died ;)

Jumaat, 11 November 2011

Ketupat Palas Gumbira

Ketupat palas memang favourite aku. Tak kisahlah ketupat palas yang kosong atau yang ada inti kacang, dua-dua aku suka. Memang kalau dapat makan ketupat palas, hati aku paling gummmmbiiraaa! Tak silap aku, kalau di Johor, mereka panggil ni lepat.

Nak belajar buat ketupat palas? Kat bawah ni ada resepinya.

Resepi Ketupat Palas

Bahan-bahannya:

  • 1 kg beras pulut
  • 1 kg santan
  • 1 sudu teh garam
  • Beberapa helai daun pandan
  • Daun palas secukupnya

Cara-caranya: 

  1. Basuh beras pulut sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan santan dan garam ke dalam periuk. Masak atas api sederhana besar. Kacau sampai mendidih.
  3. Kemudian, masukkan pulut dan daun pandan (carik-carik sedikit dan simpulkan). Kacau sehingga sebati. Masak hingga pulut menjadi setengah masak. Sentiasa kacau supaya bahagian bawah pulut tidak berkerak.
  4. Setelah itu, bolehlah dibungkus menggunakan daun palas. Cara nak membungkus ketupat palas, sila rujuk video di youtube ini. How to Fold & Stuff Ketupat Daun Palas (Credit to myindo)
  5. Akhir sekali, bolehlah direbus ketupat-ketupat tu. Masukkan ke dalam periuk besar dan isi air sehingga parasnya menutupi semua ketupat. Rebuslah sehingga air kering dan ketupatnya masak.
  6. Sajikan dengan rendang, serunding atau kuah gula.

Selamat Mencuba! 

  

Tutorial - Jom 'Timbang' Berat Blog

Salam 11.11.11! Ha,.. pernah tak bila korang jengah blog orang, punyalah susah blog tu nak load? Tambah-tambah lagi kalau line internet ikut resmi sang kura-kura. Tapi ada blog-blog tertentu, senang je page nak load. Sebenarnya, perkara ni berlaku bergantung pada berat/ringan blog berkenaan.

Nak tahu blog korang tu ringan ke berat? Klik link kat bawah ni:


Mudah saja. Once korang pergi link kat atas,...

  1. Isikan url blog korang kat ruangan yang disediakan. Boleh semak untuk 10 url berbeza sekaligus.
  2. Tekan butang 'check'.
  3. Lihatlah berat blog dan masa yang diambil untuk load.

*Normally, kalau blog tu saiznya di bawah 200kb, masih dianggap ringan lagi ;)

Dulu HANYA RM0.20 sepotong

Lebih kurang 20 tahun dulu, harganya hanya RM0.20 sepotong.
Time tu aku sekolah rendah.
Tiap kali waktu rehat mesti berkejar pergi beli dekat kantin.
Pilih potongan yang paling besar, hulur kat makcik@kakak kantin.
Siap special request minta sapu kuah rojak rata-rata dan taruk kacang banyak-banyak.

Sekarang,...



Sekarang,...



Sekarang,...

Harganya sepotong RM1!!!!


Oh sengkuang kegemaranku!!!
 

Khamis, 10 November 2011

Makan Lebih Sihat dengan Wang yang Lebih Jimat

Kebiasaannya apabila kita memilih diet yang sihat untuk diri kita (tidak kisahlah sama ada diet berkenaan untuk menurunkan berat badan atau diet harian untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik), kita akan memerlukan belanja yang besar. Lebih-lebih lagi sekiranya diet kita tu memerlukan bahan-bahan organik.

Senang cerita, memang makanan yang lebih sihat, lebih mahal. Tetapi hanya kerana kos bahan-bahan yang kita perlukan untuk menyediakan satu hidangan sihat lebih besar berbanding penyediaan makanan biasa, JANGAN MUDAH PUTUS ASA. Jangan jadikan alasan 'tidak mampu' untuk rosakkan diet kalian.

Di bawah ini ada beberapa 'switch' atau pertukaran pada diet yang boleh kalian lakukan untuk lebih jimat tetapi pada masa yang sama tidak menjejaskan keperluan diet harian.
 
A. Tukar Minyak Zaitun (Olive Oil) kepada Minyak Canola (Canola Oil) 


'Olive Oil' memang sangat baik untuk kesihatan. Sudah tentu kalian tahu range harganya di pasaran. Agak costly sekiranya kita menukar penggunaan minyak dalam diet dan masakan harian kepada 100% minyak zaitun. Minyak zaitun sesuai untuk jadi 'dressing' atau 'vinaigrette' salad, tetapi amatlah tidak praktikal kalau guna untuk goreng cekodok, fritters atau goreng makanan guna teknik 'deep fry'.

Oleh itu, tukarkan kepada penggunaan minyak canola. Gunakan minyak ini untuk menggoreng makanan, buat sambal atau pes dalam masakan. Seperti minyak zaitun, minyak canola juga mengandungi kandungan lemak tidak tepu yang baik untuk jantung.

B. Tukar Ikan Salmon kepada Ikan Sardin

Harga sekilo ikan salmon di pasaran mencecah puluhan ringgit. Jadi, sekiranya diet kalian memerlukan ikan salmon, sekali sekala bolehlah digantikan dengan ikan sardin. Jangan risau, ikan sardin tetap kaya dengan asid lemak Omega-3. Yang pasti, lebih jimat!

C. Tukar Beri Biru (Blueberries) kepada Kurma atau Prun

Tidak dinafikan beri biru mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Namun harganya yang tinggi mungkin boleh ganggu gugat 'budget' kalian. Carilah alternatif lain. Sekali sekala, tukarkan blueberries kepada prun kering atau kurma. Kedua-duanya masih mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan mudah didapati.

D. Tukar Muesli kepada Oat atau Biskut 'High Fibre'

Mengapa perlu bayar lebih untuk muesli yang mempunyai kandungan serat yang tinggi sedangkan khasiat yang sama boleh kita dapati daripada oat? Oat jauh lebih murah. Mungkin rasanya tidak seenak muesli tetapi kalau kalian bijak mempelbagaikan hidangan dengan susu/madu/kekacang/potongan buah-buahan, pasti lebih menyelerakan. Selain itu, anda boleh tukarkan diet muesli dengan 4 ke 5 keping biskut 'high fibre'. Mudah kan?

Yang pasti, kita akan dapat makan dengan lebih sihat, pada harga yang lebih rendah,...lebih jimat!

Ada Apa dengan 11.11.11

Assalamu'alaikum. Hi semua! 
Ada apa dengan tarikh 11 November 2011 sebenarnya?
Pada dasarnya, sekadar tarikh. 
Tapi tarikh cantekkkk la. Sangat-sangat cantik!
Jatuh pada hari Jumaat pula tuh. 

Tarikh cantik macam nilah orang pilih untuk abadikan kenangan indah.
Mari kita sama-sama tengok...Esok berapa pasangan yang akan langsungkan perkahwinan serata dunia.
Berapa pula bilangan bayi 111111? Bayangkan ada ibu-ibu yang memang merancang sejak awal agar dapat melahirkan bayi pada tarikh ni! 

Hmmmm,...semoga semua yang baik-baik sahaja untuk hari esok.

Isnin, 7 November 2011

Vanilla Muffin with Blueberry Filling

Mari cuba resepi mudah ni. Untuk fillingnya, boleh tukar ikut citarasa. Gantikan dengan rasberry/kiwi/mango fillings atau bagi penggemar coklat, gunakan Nutella :)


Bahan-bahan:
  • 125g mentega - suhu bilik
  • 100g gula
  • 3 biji telur saiz A
  • 1 1/2 sudu teh esen vanila

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
(3 bahan di atas diayak bersama)

  • 3/4 cawan susu
  • Blueberry filling/jam

Cara Penyediaan:
  1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Kemudian, masukkan telur satu persatu diikuti dengan esen vanila. Pastikan semua bahan telah sebati.
  2. Masukkan campuran tepung dengan susu berselang-seli. Campuran pertama -- tepung, diikuti dengan susu dan mestilah diakhiri dengan tepung.
  3. Masukkan ke dalam cup atau muffin tray kira-kira 1/2 penuh. Masukkan 1/2 ke 1 sudu teh filling/jam. Kemudian tutup filling dengan adunan sehingga 3/4 penuh. 
  4. Bakar pada suhu 190 darjah Celsius dalam 20 - 23 minit.

Nasi dan 'Ayam Blackpepper'

Hari ni nak share gambar untuk kita sama-sama jamu mata.
Ini lunch aku last week. Pergi Tesco beli barang-barang dapur. Lunch dekat sana sekali.
Sedap juga sekali sekala makan macam ni :)

Ahad, 6 November 2011

Tips dan Petua Melembutkan Daging Ketika Memasak

Selamat Hari Raya Korban! Selamat Hari Raya Aidiladha! Inilah musimnya banyak stok daging dekat rumah. Inilah masanya kita pening-pening lalat cari pelbagai resepi enak berasaskan daging. Jadi, di bawah ini dikongsikan petua @ tips yang boleh diamalkan ketika memasak untuk mendapatkan hasil daging yang empuk.

  1. 2 ke 3 batang sudu/garpu - Masukkan ke dalam periuk semasa merebus daging. Memandangkan sudu/garpu merupakan konduktor haba yang baik, suhu air akan meningkat dan membuatkan daging lebih cepat empuk.
  2. Daun nangka - Basuh dan bersihkan beberapa helai daun nangka. Masukkan ke dalam periuk rebusan daging.
  3. Tangkai labu bawang putih - Kebiasaannya, kita akan membeli bawang putih dalam bentuk labu dan bertangkai. Simpan tangkai labu bawang putih tersebut. Masukkan beberapa tangkai ke dalam masakan untuk menjadikan daging lebih lembut dan empuk.
  4. Air Kelapa - Rebus daging dengan 1 cawan air kelapa sehingga lembut.
  5.  Tebu - Buang kulit tebu. Ambil 2 ke tiga ruas dan potong memanjang. Masukkan ke dalam periuk semasa merebus daging.
  6. Halia - Tumbuk sedikit halia dan garam. Perapkan daging selama 30 - 45 minit. Masak daging ikut resepi pilihan.

Biasanya aku akan guna petua nombor 1 dan 6. Lagi satu, pastikan potong daging ikut cara yang betul ye. Selamat Mencuba!

Sabtu, 5 November 2011

Anak-anak Terbuang

Haaa,..saja nak kongsi dengan kalian gambar 2 ekor anak kucing comel yang 'checked-in' dekat depan pintu rumah aku hujung bulan 9 lepas. Comel kan? Yang syahdunya, landing depan rumah aku siap datang dengan kotak kasut tuh. Siapalah yang buang korang kat sini? Tak apalah, kucing. Adalah rezeki korang dalam rezekiku.

Comel kan?
Tapi kucing-kucing ni tak jadi hak mutlak aku. Aku tak jaga dalam rumah pun. Bebaslah diorang ni membesar kat luar. Setiap kali aku nak keluar rumah atau baru balik -- kucing-kucing ni dah ready depan pintu. So, bagilah makanan. Part bagi makan ni, Dah yang rajin. Siap beli makanan bijilah, makanan basahlah. Ha,...yang ini pulak gambar selepas usia kittens ni masuk 1 bulan.

Dah macam hamster lah pulak si Toe-Toe (Toto) dan Too-Tee (Tuti) nih. Makin gebu. Anak-anak jiran aku rajin kelek diorang bawak pegi main-main.

Perlukan Raket Badminton Baru

Aku memang perlukan raket badminton yang baru.
Raket badminton yang ada sekarang dah nazak.
Hilang feel nak main badminton dengan keadaan raket aku sekarang.
Thinking of getting a new one. ASAP.
Carlton or Yonex?

Khamis, 3 November 2011

Cara 'Brilliant' Guna Semula Tin Biskut!

"Buang je lah tin tuh!" JANGAN! Kalau semua benda kita nak buang, 5 atau 10 tahun akan datang kita akan jadi negara sampah. Aku bukanlah nak pupuk habit kumpul sampah atau barang-barang tak guna....tapi cuba tengok gambar ni.

Cantik tak? Tin biskut yang selama ni kita buang dan kita lanting dalam tong sampah tu, lepas sessi 'make-over' boleh jadi ekslusif macam ni. Tin biskut 'vogue' ni di pasaran harganya dalam RM40 - RM60 tau! Sesuai untuk jadi ahli baru di dalam dapur korang. Sangat presentable dan bergaya untuk letak di meja makan atau meja hidangan. Letaklah keropok ke, rempeyek ke, biskut ke atau jadikan kotak simpanan barang-barang yang kecil,...stationeries, kids' stuff/small toys.

Bagi aku, ini cara guna semula tin biskut yang sangat-sangat brilliant! So, to all the creative-crafty hands out there, apa lagi....gunakan kepakaran dan kreativiti kalian untuk hasilkan sesuatu yang bernilai dan yang penting -- dah tak jadi sampah lagi :) Yeayyyy! Let's Go Green!

Rabu, 2 November 2011

ST12 - Memuja-Mu

Hi! As usual, I will not write about any song melainkan lagu ni jatuh kategori 'Cinta Dengar Pertama'. Love the music! Love the lyrics.

Lirik Memuja-Mu - ST12

bila ku lihat bulan
semua begitu indah
terbentang di langit
jika dan/kan ku lihat bintang
memang begitu indah
bertabur di langit

semua apa yang ku lihat
hanya Tuhan yang bisa
menciptakan semua

(1)
Tuhan memberi keindahan
yang terindah
seisi langit dan bumi ciptaanMu Tuhan

(2)
biarkan aku berada di sini
biar ku tahan laju angin
ajarkan aku menyebut namaMu
ajarkan aku untuk hidup

tiada tuhan kecuali Allah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
ijinkan aku bersujud padaMu
ku agungkan kebesaranMu

Ulang (1)

biarkan aku berada di sini
biar ku tahan laju angin
ajarkan aku bersujud padaMu
ajarkan aku untuk hidup

tiada tuhan kecuali Allah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
ijinkan aku bersujud padaMu
ku agungkan kebesaranMu

Ulang (2)

Nak dengar lagu ni? Layan kat youtube ye.

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

A Reason to Smile -- BIG!

Dah beberapa hari aku tak jumpa ibu. Sejak demam memang duduk 'diam-diam' jelah dekat rumah. Memang alah dengan cuaca panas sekarang ni, tak larat nak keluar walaupun balik ke Kuang. Meskipun, tak jumpa atau ziarah Cekebon aku ni, kitorang akan borak-borak + gossip2 la jugak through phone.

"Kakak, mehla datang sini. Ibu ada rempeyek untuk kakak."

"Kakak, ibu ada inang-inang untuk kakak. Nanti kita goreng makan sama-sama."

Aku dah cukup happy dah. Ibu memang tahu tabiat aku yang suka mengunyah ni. Tabiat 'gatal gigi' hehehehe

Sampai Kuang, aku tengok dah 'berkumpul' jajan ibu beli untuk aku atas meja. And the best part is...

Woooohoooooo!!!!!
I got every reason to smile :) and smiling BIG I am heheheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...