Ahad, April 01, 2012

11 Biji Tomato

Gardening dah jadi aktiviti santai aku sejak duduk di Kuang. Pokok yang mula-mula aku ada untuk launched hobby ala-ala green-fingers ni -- pokok cili api. [Sila baca entrinya di sini]. Malangnya, jodoh aku dengan pokok cili api aku tak panjang. Pokok ciliku mati diserang ulat daun huhuhu. Selain pokok cili, aku ada tanam beberapa pasu pokok tomato. Dah berbulan-bulan aku tanam. Makin tinggi naik pokoknya dan dah mula berbunga.

Sempat aku komplen pada Bott dan Ar perihal pokok tomato aku yang hanya tahu berbunga tapi buahnya masih belum nampak bayang :) Nak dijadikan cerita, elok je aku ngomel-ngomel pasal pokok tomato, esoknya pokok tu terus berbuah! Alhamdulillah, tuan pokok excited bukan kepalang! Walaupun masa tu, buahnya hanya sebiji, setiap isi rumah aku (termasuk kitten Angah, Yu-Ri) aku khabarkan dengan berita gumbira nih.

Hari ni aku bilang dah ada 11 biji kesemuanya. Super duper excited! Moga pokok tomato aku terus sihat dan biarlah sempat aku rasa buah-buahnya :) Ni gambar buah tomato yang aku sempat snap pagi tadi.

Hehehe...sesungguhnya dalam hati ada tomato!

p/s: Tiba-tiba teringat pulak pada kartun TomatoMan masa aku kecik-kecik dulu.


Tomato tomato tomato-mato!
Tomato tomato tomato-mato!
Tomato ke n ga n  Tomato ke n ga n 
Tomato-Ma-n!

11 ulasan:

  1. Hadooiiyyyaii..rupenye kau pon minat tomatoman jugak ke>>>>welcome to the club

    BalasPadam
  2. katun zaman prasejarah tu hehehe ♥♥

    BalasPadam
  3. redlomo pun suka dgn tomatomen...best gilar cerita nyer...

    BalasPadam
  4. Salam kenal farrah.

    Bestnya dpt bercucuk tanam. Lagi best bila dpt hasilnya ☺☺

    BalasPadam
  5. Eh...ingt saya sorg je tgk tomatoman tu...haha..ramai rupenye....

    BalasPadam
  6. my sis pun mula tanam tomato..dia start mgg lps..skrg ade la anak pokok tu tumbuh..pendek2 je..alasan dia nak tanam tomato sbb hrg tomato xmenentu.. ;)

    BalasPadam
  7. wahhhh boleh bukak kelab Tomatoman gamaknya!

    BalasPadam
  8. @fiza- salam kenal fiza :)

    @sha - betul sha. harga tomato memang tak menentu. saya & keluarga pula mmg suka tomato. itu yg cuba2 tanam sendiri.

    BalasPadam
  9. uih tomata. sedapnyer... kartun legend lak tu tomatoman~

    BalasPadam
  10. rajinnya ko bercucuk tanam. simpan tomato sebijik dua utk aku ye

    BalasPadam
  11. syoknya tanam sdiri tomato

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.