Isnin, April 02, 2012

Acar Lobak Putih & UTI

Resepi Acar Lobak Putih



  • Sebatang lobak putih (dihiris nipis-nipis)
  • 1 - 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu besar cuka Apple Cider (jika tak ada, guna cuka putih biasa pun boleh)
  • Beberapa biji cili api (jika suka pedas)

Caranya:
Satukan semua bahan-bahan di atas. Gaul sebati. Sedia untuk dihidang!

Aku buat acar ini untuk ibu. Ibu ada UTI (Urinary Tract Infection) sejenis jangkitan pada saluran kencing. So, ibu selalu amalkan makan lobak putih untuk bantu atasi masalah UTI nih. Kalau tak nak buat acar, buat air rebusan pun boleh. Lobak putih yang telah dibersihkan dan dihiris, dicampurkan dengan beberapa cawan air. Jerang hingga mendidih. Kemudian, minumlah airnya. 

Ada orang pernah cakap daun lobak putih pun boleh direbus sebagai penawar UTI. Tapi aku tak pernah cuba rebus lagi. Setakat ini, aku hanya buat acar atau rebus sahaja lobak putih tu. Alhamdulillah, nampaklah perkembangan positif pada penyakit ibu ni. Selamat Mencuba!

5 ulasan:

  1. mcm sedap nyer.. boleh cuba nanti...

    BalasPadam
  2. YM pun slalu dengar Lobak putih nih banyak kebaikannya.

    BalasPadam
  3. betul...memang banyak kebaikannya :)

    BalasPadam
  4. Memang sedap.. Dah Cuba dah.. Thanks untuk resepi ni.. Nak share boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan. Tiada masalah. Biar lebih ramai yang suka acar lobak putih ni. Terima kasih kerana sudi mencuba resepi di blog saya :)

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.