728 x 90

Sabtu, 30 Mac 2013

Donut Keju


Hmm,..bagi yang nak ubah selera, bolehlah buat donut cheese ni untuk hidangan minum petang. Tak susah pun. Gunalah mana-mana resepi donut yang kalian ada, cuma jangan diterap guna 'doughnut-cutter'. Bulat-bulatkan macam nak buat pau. Then, letakkan keju keping yang telah dipotong kepada beberapa bahagian sebagai intinya. Boleh guna Chesdale atau Kraft. Kalau nak yang a bit salty, boleh guna Mother's Choice. Untuk buat donut keju ni tidak disarankan guna keju blok sebab kejunya susah sikit nak cair apabila kita goreng. (Tak dapatlah efek keju meleleh tu masa makan nanti hehehe).

'Seangkatan' donut keju sedang direhatkan :)

Jemput makan! Sedap, tau! Penggemar keju tegar mesti sukalah donut nih.

Seeloknya, hidangkan donut ketika masih suam. Barulah yummy! Sebabnya, once dah sejuk, keju di dalam donut akan mengeras semula. So, tak syok sangatlah. Nway, saya rasa kalau buat untuk jamu anak-anak mesti tak sempat sejuk dah licin-licau heheheh. Tetapi, hati-hati... Jangan terus dihidang sebaik angkat dari kuali. Suhu keju cair yang agak tinggi boleh buat kalian melecur.


3 ulasan:

  1. I like this but never made before. Its so puffed up and looks heavenly.

    BalasPadam
  2. ubah selera kan..biasanya kita sumbat pes kacang merah..ni pulak keju keping..nak try buat lepas ni..thanks

    BalasPadam
  3. @Nava - u can try this Nava. but it's nothing compared to ur mouth-watering & always-tempting dishes :)

    @Sue Bee - alamak, bila SueBee cakap pes kacang merah, teringin la pulak!

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...