728 x 90

Rabu, 13 Mac 2013

Projek Hujung Minggu

Hujung minggu lepas memang saya tidak ke mana. Tak larat nak pergi jalan-jalan dalam cuaca panas sebab saya ni cepat penat. Maka aktiviti hujung minggu saya macam biasalah,.. kemas rumah, masak sikit, tengok TV dan kacau Bott & Koyeen :) Menjelang tengah hari, saya dah mula bosan. Nak bobok badan rasa renyah sebab panas!

So saya mulalah mengemas 'craft station' saya. Boring-boring ni buat kad best gak! Tengah kemas-kemas tu saya terpandang memo pad yang Koyeen beri pada saya. Memo pad tu dia dapat and tak guna. Well, common courtesy dictates mana-mana barang yang adik tak mau guna kena bagi dekat kakak hehehehe Belek punya belek, saya decided untuk bagi 'make over' pada memo pad ni.

Haa...ini gambar 'sebelum'. Tak ada masalah pun. Cuma terlalu ekslusif untuk meja kerja saya. Jom tengok hasilnya setelah 'make over' :)

Tattaadaaaaaa!
Barulah berseri dan ceria sikit, kan? Saya guna wrapping paper bunga-bunga dan tampal atas kad keras. Then, untuk bagi permukaannya tahan lebih lama, saya gunakan clear spray paint. Bila lapisan paint tu dah kering, barulah tampal dengan jalur kertas silver. Final touch up,  letak lettering nama saya supaya nampak lebih personal. Macam ni lah baru sesuai letak atas meja :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...