728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Jumaat, 12 Julai 2013

Ajari Saya Agar Lebih Ikhlas


Salam 3 Ramadhan! Hehehe berat je tajuk entri saya kali ini. Hari ni nak kongsi dengan kalian semua sesuatu yang saya rasa agak bermakna.

Baru-baru ini, saya berpeluang mengenali seseorang. Secara kebetulan. Dalam dua minggu ini juga saya berpeluang untuk meluangkan masa bersamanya. Atas urusan kerja kerap jugalah kami berjumpa. Apa yang saya kagumi, meskipun hari ini dia berada di puncak kehidupannya, dia tetap rendah diri. Terus - terang, saya sendiri rasa insaf tengok sifat rendah diri yang tebal dalam dirinya.

Asalnya dia orang susah. saya tahu dia bermula dari bawah. Melihat kesenangannya hari ini, tiada siapa yang menyangka empunya diri pernah hidup merempat, tidak cukup makan pakai.

Dalam kesempatan yang ada, perbualan kami pernah berkisar tentang diri dan kisahnya. "Macam mana kau boleh hadap semua kesusahan tu? Itu soalan pertama yang saya ajukan. Yalah, kadang-kadang kita sebagai manusia, baru diuji sedikit sudah goyah. Secara jujur, saya rasa saya tidak akan sekuat dirinya jika diberi dugaan yang sama.

"Lalui saja semuanya dengan ikhlas."

Jawabnya ringkas tetapi cukup untuk hantar seribu satu rasa di hati saya. Terima dugaan dengan ikhlas? Selalu apabila diduga, kita hanya akan didik hati untuk sabar, untuk redha,...kita lupa untuk tempuh dugaan tersebut HANYA KERANA ALLAH. Kita lupa untuk ikhlas menerima dan menghadapi dugaan tersebut. Dia buat saya berfikir. Lama.

Saya bukan orang senang. Tidak pernah alami kesusahan hidup seperti dia. Alhamdulillah, sejak kecil keperluan saya cukup disediakan ibu dan baba. Cuma kami tidak hidup mewah. Saya sendiri, jika boleh dirakamkan berapa kali saya merengus, merempan atau menangisi nasib setiap kali diuji,...(hmmm...yang ini kalian sambung sendiri). Baru sahaja beberapa hari lepas saya merungut pada Bott, 'merengek' depan ibu tentang masalah susah tidur. Itu baru tak cukup tidur. Belum dengar rengusan saya tatkala berdepan dengan masalah harian lain hehehe...Dan si dia yang pernah tidak cukup makan pakai ni terima bahagiannya dengan hati ikhlas!

MC, awak dah beri saya sesuatu yang berharga :) You taught me a whole new level of 'ikhlas'! Awak memang layak untuk berada di mana awak berada sekarang ini. Dalam keadaan yang serba tidak ada, awak mampu untuk lihat dan hargai kasih-Nya. Semoga selepas ini saya akan lebih ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...