728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Selasa, 16 Julai 2013

Ibu Een Sukaesih - Pahlawan Tanpa Tanda Jasa


Saya dapat tahu mengenai Ibu Een (berasal dari Sumedang, Jawa Barat, Indonesia) ini secara tak sengaja. Semasa baca artikel mengenainya, saya ingat guru ini hanya lumpuh biasa, duduk di atas kerusi roda.

Rupa-rupanya Ibu Een lumpuh seluruh badan. Dia terletak di pembaringan. Ibu Een disahkan menghidap penyakit Rheumatoid Arthritis pada tahun 1982, ketika beliau masih belajar di sebuah maktab perguruan.

Apa yang amat mengharukan, fizikalnya tidak menghalang beliau daripada terus mencurah bakti mendidik anak bangsa. Dalam keadaan terbaring, Ibu Een masih mampu mengajar anak-anak di kawasan kejiranannya tanpa sebarang bayaran di rumah. Semuanya dilakukan secara percuma, hanya dengan niat untuk mendidik anak bangsa.

Ibu Een ketika mengajar.

"Masih punya semangat tersisa. Mohon doanya biar diberi kekuatan sampai akhir hayat." Tuturnya rendah diri apabila diwawancara.

Menurut ibu Een, kos biaya pendidikan amat mahal. Tidak semua yang mampu ke sekolah. Jadi dia rela mengajar anak-anak yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan supaya mereka tidak tercicir dalam pelajaran.

Mulia sungguh hati wanita ini! Bayangkan sudah 26 tahun dia mengajar anak-anak yang datang silih berganti dalam keadaan terbaring. Dia tidak menganggap apa yang menimpanya sebagai satu musibah. Dalam keadaan yang serba tidak sempurna, dia masih boleh berfikir apa yang boleh disumbangkan olehnya kepada masyarakat.

Keadaan ibu Een benar-benar buat saya insaf. Mungkin beliau bukan Guru Cemerlang, bukan guru hebat yang ada kelulusan tinggi. Tetapi dengan cabang ilmu dan kudrat yang terhad, dia mampu membuat sumbangan yang besar kepada masyarakat.

Semoga kita dapat mengambil iktibar dan mencontohi semangatnya.


Oh, di bawah ni pula ada video Charly Setia Band (ex-vocalist ST12) yang buat lagu khas untuk Ibu Een, Guruku Pahlawanku.

Lirik Lagu Guruku Pahlawanku
Ciptaan: Charly Setia Band

Kau guruku
Jasa mu tak ternilai
Ketulusanmu
Mulia hatimu

Kau Guruku
Tak pernah mengenal lelah
Pengabdianmu
Cerdaskan Negriku

Kau kan slalu hidup
Di setiap langkahku
Namamu tak akan terganti
Terpuji dirimu
Engkaulah pahlawanku
Yang tanpa tanda jasa
Yang tanpa tanda jasa

2 ulasan:

  1. ilmu yg diberikan akan membuahkan pahala hingga hari kiamat..pahala akan tetap mengalir.inilah pelaburan dunia yg sngt menguntungkan.. :)

    BalasPadam
  2. setuju sangat-sangat! ini contoh guru sejati :)

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...