728 x 90

Isnin, 30 September 2013

Terbeli lagi....

Dulu, setiap kali masuk kedai buku POPULAR atau kedai buku lain, saya akan pasang tekad tak mahu beli alat tulis yang tidak diperlukan. Saya ni ada habit suka beli pen especially pen warna-warni and 'sticky notes' yang comel-comel. They are so irresistible!

Then, bila dah mula minat dengan papercraft, terjebak dengan scrapbooking dan cardmaking, saya dapat pula penyakit suka beli barang-barang kraf. Kertas, embelishments, buttons dan ...(malas + segan nak cerita).

So, last weekwend, semasa Bott ajak saya pergi POPULAR sebab dia nak beli buku, saya dengan penuh keazaman pasang niat - Tak mahu beli apa-apa! Kita 'window shopping' je.

Hmmm,...


Aishhhh, terbeli jugak! Nak buat camner?

Isnin, 16 September 2013

Doa Pembuka Apa yang Tertutup

Saja ingin kongsikan doa ini hari ini. Elok diamalkan untuk merawat penyakit hati dan minda kita yang 'tertutup'. Misalnya hati dan minda yang tertutup untuk melakukan kebaikan, tertutup untuk melakukan ibadah, tertutup untuk mendengar teguran atau nasihat dan tertutup untuk membuat perubahan positif dalam diri. Sama-samalah kita cuba amalkan.

Klik imej untuk paparan yang lebih jelas.

'Saya Buat Sendiri' - Swing Card for Niti's Belated Birthday


Ni kira entri tertunda. Rasanya buat kad ni a few days before raya. Angah nak beri kad birthday untuk salah seorang sahabat baiknya, Niti. Tiba-tiba pula rasa nak buat 'swing card'. Sebelum ni pernah tengok klip tutorial and templates untuk kad ni tapi tak pernah cuba buat lagi. Apa yang istimewa tentang 'swing card' ialah frame di bahagian tengah kad akan bertukar/'swing' apabila kita buka kad tu. So, kita ada dua bahagian (sides) untuk wishes/greetings/embelishments.

Mula-mula tu terkial-kial juga nak buat frame yang boleh berpusing tu. Saya main agak-agak je sebab masa tu malas nak masuk internet. Kalau kalian berminat nak buat, cari je template swing card di internet and ikutlah betul-betul. Tak adalah sampai juling-juling mata tu nak mengagak itu ini.

Akhirnya dengan 'khidmat bantuan' scoring board + paper cutter + pembaris panjang dan material kraf yang saya miliki, berjaya juga saya hasilkan 'swing card' untuk Niti.

Ini muka depan kad dengan frame bahagian hadapan.

Tattadaaaaa! Apabila kad dibuka frame dengan latar belakang hijau tadi akan berpusing dan kita akan dapat lihat bahagian belakang frame dengan latar belakang biru pula :)


Jumaat, 6 September 2013

Bila Tiba - Ungu


Lirik Lagu Bila Tiba - Ungu
Saat tiba nafas di hujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


Lagu 'Bila Tiba' ini merupakan lagu ciptaan Pasha Ungu untuk soundtrack filem 'Sang Kiai' (2013), sebuah filem Indonesia yang bertemakan kemerdekaan. Rasanya sebelum ni diorang tak pernah hasilkan lagu berkonsepkan ketuhanan seperti ini. Saya suka lagu ni sebab liriknya sangat simple and straight to the point. Tapi mesejnya jelas. Padat. Melodinya pula menyentuh perasaan.So touching!


Mati itu pasti. Sebagai manusia, kita harus sentiasa bersedia untuk meninggalkan dan ditinggalkan. Bersediakah kita?

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...