NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 28 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Isnin, 16 September 2013

'Saya Buat Sendiri' - Swing Card for Niti's Belated Birthday


Ni kira entri tertunda. Rasanya buat kad ni a few days before raya. Angah nak beri kad birthday untuk salah seorang sahabat baiknya, Niti. Tiba-tiba pula rasa nak buat 'swing card'. Sebelum ni pernah tengok klip tutorial and templates untuk kad ni tapi tak pernah cuba buat lagi. Apa yang istimewa tentang 'swing card' ialah frame di bahagian tengah kad akan bertukar/'swing' apabila kita buka kad tu. So, kita ada dua bahagian (sides) untuk wishes/greetings/embelishments.

Mula-mula tu terkial-kial juga nak buat frame yang boleh berpusing tu. Saya main agak-agak je sebab masa tu malas nak masuk internet. Kalau kalian berminat nak buat, cari je template swing card di internet and ikutlah betul-betul. Tak adalah sampai juling-juling mata tu nak mengagak itu ini.

Akhirnya dengan 'khidmat bantuan' scoring board + paper cutter + pembaris panjang dan material kraf yang saya miliki, berjaya juga saya hasilkan 'swing card' untuk Niti.

Ini muka depan kad dengan frame bahagian hadapan.

Tattadaaaaa! Apabila kad dibuka frame dengan latar belakang hijau tadi akan berpusing dan kita akan dapat lihat bahagian belakang frame dengan latar belakang biru pula :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...