Khamis, 31 Oktober 2013

Sambal Bacang Rena Cruzee


Beberapa hari lepas, ibu dapat buah bacang. Alhamdulillah! Dua tiga minggu ni memang teringin benar nak makan sambal bacang. Tapi, tak tau nak cari dekat mana. Kebetulan bacang yang diberikan tu dah masak. Hebat baunya memenuhi ruang dapur. Sesuai sangatlah nak dibuat sambal.

Version yang saya buat ni tak pakai belacan. Almaklumlah hampir seluruh isi rumah ni allergic pada belacan. Bajet-bajet resdung semuanya. Memikirkan komplikasi gatal tekak, gatal mata dan gatal hidung, saya pilih untuk buat sambal bacang biasa tanpa belacan.

Ambil cili merah, cili api (ikut citarasa & kehendak nak banyak mana) dan bawang merah. Gorengkan sekejap dalam kuali dengan satu sudu minyak. Kemudian, saya blend bahan-bahan tadi dengan sedikit air asam jawa, garam, dan beberapa hirisan bacang. Itu yang berair sikit tuh. Tak cukup kudrat acik nak menumbuk cili! Err,..bacang tu rendam dulu dalam air dalam setengah ke satu jam. Nak hilangkan getahnya. Akhir sekali, masukkan hirisan bacang dan gaul rata.

Kebetulan, cili api dalam stok kat rumah ni jenis yang tak cukup menyengat. So, tak lah pedas sangat sambal ni. Ngam-ngam je untuk deria rasa adik saya si Cekengah yang tak tahan makan pedas. So, officially, sambal bacang ni diberi nama sempena adik comel saya, Rena Cruzee. Selamat Jamu Mata!


Inilah Sambal Bacang Rena Cruzee




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...