Selasa, Disember 10, 2013

Ibu & Projek Asam Keping 2.0

Tahun lepas sekitar waktu-waktu beginilah ibu dapat banyak buah asam gelugur daripada salah seorang kawan mengajinya. Saya yang ketika itu pertama kali tengok buah asam gelugur excited tolong ibu buat asam keping. Tiap-tiap pagi dah mengusung dulang berisi potongan buah asam untuk dijemur. Malangnya masa tu cuaca tidak terik sangat. First and second batch sahaja yang jadi. Selebihnya berkulat kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Tapi, dalam pada tak jadi tu, stok asam keping kami bertahan dan mencukupi hingga sekarang! Kiranya cukuplah stok untuk setahun.

Baru-baru ini Cik Fauziah beri lagi buah asam gelugur. Bermulah projek asam keping ibu musim yang kedua hehehe Kali ni saya tak join. Kononnya seriklah bila asam yang dijemur berkulat. Ibulah yang gagah gigih nekad buat asam keping seorang diri. Happy dia mengejar cahaya matahari nak pastikan asamnya kering cepat. Setakat ni dah siap dua dulang. 1 balang untuk tambah stok rumah, selebihnya dipacking untuk beri kawan-kawan mengaji seorang sedikit. Yang di bawah ni batch baru yang dalam proses pengeringan. Alhamdulillah, dalam keadaan cuaca tak menentu sekarang ni, ada juga rezeki ibu buat asam keping ;)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.