728 x 90

Sabtu, 6 April 2013

'Cutting Mat'

'Cutting Mat' merupakan antara peralatan kraf yang penting. Kebiasaannya, 'cutting mat' berbentuk segi empat tepat dan mempunyai cetakan grid (dengan 'specific measurement') di atasnya.

'Cutting mat' diperlukan apabila saya nak hasilkan potongan bulat menggunakan 'circle cutter'.

Mempunyai dwi fungsi:-

(1) Menjadi alas apabila kita memotong kertas atau kad. Oleh itu, permukaan meja kerja tidak rosak dengan sebarang kesan potongan atau torehan.

(2) Garisan grid di atas permukaannya boleh dijadikan panduan ukuran supaya kita boleh memotong kertas atau kad dengan lurus dan lebih tepat.

Selain itu, 'cutting mat' boleh dijadikan sebagai 'desk mat' dan diletakkan di atas meja kerja anda.

Apa ciri-ciri 'cutting mat' yang baik?

Sebelum membeli 'cutting mat' pastikan 'cutting mat' tersebut memenuhi kriteria di bawah:-

  • Self-healing - Cutting mat yang baik perlulah bersifat 'self-healing'. Maksudnya di sini, kesan potongan/torehan yang kita buat tidak akan kekal di atas 'mat' tersebut. Sekurang-kurangnya tidak ada kesan potongan nyata. Jadi, kerja potong-memotong akan berjalan lancar kerana tidak diganggu oleh kesan potongan terdahulu.
  • Non-slip surface - Permukaan 'mat' perlu rata tetapi pada masa yang sama tidak boleh bersifat licin/mudah gelincir. Permukaan non-slip akan menetapkan kedudukan objek yang hendak dipotong. 
  • Cetakan grid dan ukurannya jelas - Periksa dengan teliti ukuran yang dicetak di atas permukaan 'mat'. Pastikan ukurannya tepat dan dalam unit yang biasa kita gunakan. Jika kalian biasa mengukur dalam 'cm', elakkan membeli 'mat' yang mempunyai cetakan ukuran 'inchi'.
  • Saiz - Pilih saiz 'mat' yang sesuai dengan projek kalian. 'Mat' terdapat dalam pelbagai saiz dan harga. Pilih dengan baik mengikut keperluan dan peruntukan bajet kalian. 

'Cutting Mat' yang saya ada bersaiz A4. Memadai untuk keperluan saya membuat kad. 'Mat' saya ni keluaran POPULAR di bawah label POPbazic. Harganya cuma RM14.90. Ada juga saiz yang lebih kecil (tak silap saya setengah A4) dijual dengan harga RM9.90. Jadi, kalau nak dapatkan 'cutting mat' macam saya ni, boleh cari di POPULAR. Pemegang kad POPULAR boleh nikmati diskaun 10%  :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...