728 x 90

Khamis, 31 Oktober 2013

Sambal Bacang Rena Cruzee


Beberapa hari lepas, ibu dapat buah bacang. Alhamdulillah! Dua tiga minggu ni memang teringin benar nak makan sambal bacang. Tapi, tak tau nak cari dekat mana. Kebetulan bacang yang diberikan tu dah masak. Hebat baunya memenuhi ruang dapur. Sesuai sangatlah nak dibuat sambal.

Version yang saya buat ni tak pakai belacan. Almaklumlah hampir seluruh isi rumah ni allergic pada belacan. Bajet-bajet resdung semuanya. Memikirkan komplikasi gatal tekak, gatal mata dan gatal hidung, saya pilih untuk buat sambal bacang biasa tanpa belacan.

Ambil cili merah, cili api (ikut citarasa & kehendak nak banyak mana) dan bawang merah. Gorengkan sekejap dalam kuali dengan satu sudu minyak. Kemudian, saya blend bahan-bahan tadi dengan sedikit air asam jawa, garam, dan beberapa hirisan bacang. Itu yang berair sikit tuh. Tak cukup kudrat acik nak menumbuk cili! Err,..bacang tu rendam dulu dalam air dalam setengah ke satu jam. Nak hilangkan getahnya. Akhir sekali, masukkan hirisan bacang dan gaul rata.

Kebetulan, cili api dalam stok kat rumah ni jenis yang tak cukup menyengat. So, tak lah pedas sangat sambal ni. Ngam-ngam je untuk deria rasa adik saya si Cekengah yang tak tahan makan pedas. So, officially, sambal bacang ni diberi nama sempena adik comel saya, Rena Cruzee. Selamat Jamu Mata!


Inilah Sambal Bacang Rena Cruzee




Rabu, 30 Oktober 2013

Hatimu Batu - Firman


Bestnya lagu nih! Pada mulanya, saya teragak-agak juga nak dengar lagu Firman yang ini. Selepas 'Kehilangan', saya kurang gemar dengan 'Jangan Mikirin Abang', duetnya dengan Alice. Tetapi, bila dapat tahu yang lagu ini ciptaan Charly VHT (Setia Band), dah tak fikir banyak kali dah. Terus tekan butang 'PLAY' :) Lagu-lagu Charly serasi dan kena dengan telinga saya hehehe

Seperti biasa, memenuhi jangkaan saya. Lagu Charly dengan sentuhan feeling-jiwangnya + gaya Firman bawakan lagu ni = LAGU BEST! Walaupun tidak segah dan sehebat lagu 'Kehilangan', saya rasa 'Hatimu Batu' ini punya aura yang tersendiri. Muzik videonya pun OK, boleh tonton di sini.

Lirik Hatimu Batu - Firman
Ciptaan: Moh. Charly Van Houtten

Dengarkan hati kecilku sedang berbisik
Menunggu sampai luluhnya hati batumu
Yang sudah tak bisa

Dengarkan batin kecilku sedang berisik
Rasa tak sanggup luluhkan hati batumu
Tetap ku tak bisa mengerti apa maksudmu

Cinta harus bagaimana untuk agar kamu bisa
Pahami aku, mengertikan hatiku
Rasa ini harus ku terima meski buat pusing kepala
Karena tak bisa lagi watakmu bisa untuk dirubah

Oh cinta harus bagaimana untuk agar kamu bisa
Pahami aku, mengertikan hatiku
Rasa ini harus ku terima meski buat pusing kepala
Karena tak bisa lagi watakmu bisa untuk dirubah

Rasa ini harus ku terima meski buat pusing kepala
Karena tak bisa lagi watakmu bisa untuk dirubah


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

'Saya Buat Sendiri' - Birthday Cards untuk Kawan-kawan Cekebon

Bulan Oktober ni ramai pula kawan-kawan ibu yang sambut birthday. So, my beloved Cekebon telah turunkan mandat pada saya untuk sediakan hadiah dan kad khusus untuk 2 teman mengajinya, Kak Yan & Cik Fuziah.

Yang hijau ni untuk Kak Yan.

Ini pula untuk Cik Fuziah.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Kak Yan & Cik Fuziah. Moga dengan bertambahnya usia, akan lebih menyayangi Allah dan disayangi  Allah. Moga satu tahun ini akan diuliti dengan kegembiraan dan rezeki yang mencurah-curah. Amin.

Selasa, 29 Oktober 2013

Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikan


Ya Allah,
bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu-pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan dan
pintu-pintu syurga.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Cara 'Superb' Guna Semula Tayar

Semasa sedang 'jalan-jalan' buat search di Google, saya came across gambar-gambar ni. Maaflah, tak dapat dipastikan sumbernya dari mana, so, sorry tak dapat nak beri kredit yang sepatutnya kepada tuan punya gambar. Saya excited tengok cara tayar-tayar ini digunakan semula. Sesuai untuk buat satu spot bersantai dengan keluarga atau kawan-kawan. Bagi saya ini satu idea penggunaan semula barang yang sangat baik! 

Siap cat dengan warna ceria lagi. I'm sure these tires are comfy!

Love this coffee table!

Kalau boleh, kita guna semula tayar terpakai dengan cara kreatif seperti ini. Jangan bakar tayar! Simpatilah sikit pada bumi. Let's Go Green!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...