728 x 90

Rabu, 31 Disember 2014

Mula Tulis Cerita Baru

Esok bermula halaman pertama untuk buku 365 muka surat kita yang baru. Buku 2015. 
Mula tulis sesuatu yang indah dan bermakna :)


Ini entri terakhir untuk tahun ni. 
Goodbye 2014. Alhamdulillah. It was a great wonderful year.


C.E.R.A.H

Matahari kembali senyum :)


Selasa, 30 Disember 2014

1st Giveaway by Mass-Naim


Syarat-syaratnya sangat simple

Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia.

Wajib Like Page Pu3 Outlet

Follow blog Mass-Naim dan follow google+ mass-naim yang ada di side bar sebelah kanan blog.

Buat entri bertajuk " 1st Giveaway by Mass-Naim "

Copy coding yang disediakan dan paste kan ke ruangan HTML entri anda.

Backlink kan URL entri anda di kotak komen dibawah entri ini.

Keputusan pemenang 100% menggunakan random.org

Keputusan yang berjaya akan diumumkan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2015.

Senarai hadiah :

** Cathy Choo 24k Active White Gold
Top Referral - 1 x Pemenang

** Shawl
3 x Pemenang Pertama, KeDua & KeTiga

** Topup RM5
2 x Pemenang Saguhati

Mari join beramai-ramai (^_^)

So, Good Luck semua =)

Menarilah,...walau ini bukan lagu kita.


Credit - Believe & Create

Dalam hidup, kita memang tidak akan dapat segala apa yang kita idamkan. Tetapi, itu tidak bermakna kita perlu kecewa, putus asa dan berhenti mengecap kegembiraan. Jadikan apa yang ada dengan kita sesuatu yang TERBAIK. Syukuri setiap nikmat. Hargai setiap peluang. 

♪ ♫ Menarilah dengan gembira,..kendatipun irama kehidupan yang kita dengar, bukannya lagu yang kita pilih. ♪ ♫

Selamat menempuh hari-hari akhir 2014 :)


Isnin, 29 Disember 2014

Sarap Lontong Seluruh Cinta

Selamat pagi Isnin! Selamat memulakan hari, memulakan minggu baru. Bagi yang lemau seawal pagi, sampai office cepat-cepat buka tingkap (Sila baca di sini). Kita defenestrate Monday Blues!

Hari ni sebelum Suboh lagi perut saya dah mengaum lapar. Tak boleh jadi. Apa lagi,..kelentang kelentung kelentang kelentung saya bersilat kat dapur...hajat hati nak santap besar. Hehehe,.. 

Inilah sarapan saya :)

Lontong Seluruh Cinta
Lontong sayur-sayur dihidangkan bersama sambal tumis ikan bilis (lebihan lauk semalam). Apasal nama dish ni jiwang sangat? Sebabnya,.. masa tengah sibuk masak kuah lontong kat dapur, saya dengar lagu 'Seluruh Cinta' Siti & Cakra Khan. Ulang dan ulang lagi. Kebetulan, playlist dalam iPad tengah haywire...pasang je lah lagu apa yang jumpa ;)

Alhamdulillah, saya dah kenyang. Kalian sarapan apa pagi ni?

Simple GA: Friendship Fridge Magnet

Assalamu'alaikum.

Mari semua. Lai! Lai! Lai! Sempat lagi nak join Simple GA Dr. Shikin ni.

http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/12/simple-ga-friendship-fridge-magnet.html
Klik 'fridge magnet' ni untuk turut serta :)

Tamat sedetik sebelum 2015 :)



Ahad, 28 Disember 2014

Jom Kemas!

Siapa ada plan nak buat spring cleaning hari ni? Dalam keadaan cuaca tak menentu sekarang, memang tak berniat nak keluar ke mana-mana. Jadi petang Ahad saya akan diisi dengan aktiviti mengemas, membersih, mencuci dan menyusun apa yang patut. Harap hari ni dapat cover sebanyak area rumah yang boleh :)

Oh, sementara tu saya nak ajak kalian semua intai entri-entri lama saya di bawah label 'Get Organized'. Entri kemas-mengemas. Klik pada gambar ye :)


1. Cara Mudah untuk Kemas Riben

http://famf-tower.blogspot.com/2014/08/cara-mudah-kemas-reben.html

http://famf-tower.blogspot.com/2013/10/cara-mudah-untuk-organize-koleksi-reben.html


2. Cara yang Terurus untuk Simpan Washi Tapes/Masking Tapes

http://famf-tower.blogspot.com/2014/06/cara-yang-lebih-terurus-untuk.html


3. Cara Convenient 'Serabut-Free' untuk Urus Beg Plastik

http://famf-tower.blogspot.com/2014/04/cara-mengurus-beg-plastik-di-rumah.html


4. Cara Mengurus Stok Barang Baking @ Barang Dapur

http://famf-tower.blogspot.com/2012/10/cara-mengurus-stok-barang-baking-barang.html


Have a productive yet relaxing Sunday!


Merci Beaucoup, Shikin!

Alhamdulillah, hadiah Simple GA: Vietnam Shawl yang dianjurkan oleh Shikin sudah selamat sampai ke tangan saya. Actually, dapat semalam lagi tetapi somehow Encik Posmen salah peti surat, termasuk dalam surat-surat jiran sebelah pula :)

Tattadaaaaa!
My Vietnam Shawl :)
Thanks so much, Shikin! Akak suka sangat shawl ni. Mula-mula masa tengok kat banner GA tu ingat shawl plain. Rupanya ada pattern & stripes. Berkenan betul dengan kombinasi warnanya! Totemo suki des! Setiap kali pandang atau pakai shawl ni, mesti akan ingat berbakul-bakul pada Shikin.

Terima kasih daun keladi, 
Akak doakan Shikin sentiasa murah rezeki.

Oh, Shikin sekarang sedang adakan another Simple GA. Ada beberapa 'Friendship Fridge Magnet' yang ditawarkan sebagai hadiah. Saya dah pernah dapat sekeping. Shikin yang designed sendiri tau fridge magnet ni. Itu yang jadikannya lebih istimewa :)

Shikin's Friendship Fridge Magnet

Tak nak rebut peluang ke? Jom ramai-ramai sertai Simple GA: Friendship Fridge Magnet  =)



Happy New Year [2014], 3 jam yang Berbaloi!

Pagi-pagi lagi saya dah menghadap cerita Hindustan. Bukan calang-calang. Ini filem terbaru lakonan Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone. Ada juga pelakon-pelakon hebat lain seperti Abishek Bachan, Anupam Kher dan Jackie Shroff.


Filem ini mengisahkan sekumpulan 'the so-called losers' yang diketuai oleh Charlie (Shah Rukh Khan) yang cuba untuk melakukan rompakan diamond terbesar di Dubai. Walaupun jalan cerita macam serius dan ada elemen-elemen balas dendam, cerita ni kelakar habis! Rasanya sepanjang lebih kurang 3 jam menonton, sekejap-sekejap saya akan gelak. Gelak lagi... dan gelak lagi. Banyak sangat babak-babak mencuit hati ;)

Setiap satu watak ada karakter masing-masing yang unik dan menghiburkan. Contohnya, Tammy (lakonan Boman Irani) masih tinggal bersama ibunya meskipun sudah berusia. Tammy akan kena serangan sawan apabila rasa tertekan tetapi sawannya hanya untuk 30 saat ;)

Nandu (Abishek) seorang yang suka muntah. Tak kira tempat, tak kira masa. Jag (Sonu Sood) ada masalah pendengaran sikit. Sangat sayang pada mak dan paling pantang kalau orang kutuk mak dia. Mohini (Deepika), satu-satunya bunga dalam kumpulan tu pula akan tergoda dengan orang yang berbahasa Inggeris, walaupun hakikatnya dia langsung tak tahu bertutur bahasa tersebut.

Apa sebenarnya kisah yang mendorong mereka untuk lakukan rompakan terbesar tu? Mengapa pula tiba-tiba mereka ended up dalam sebuah pertandingan menari antarabangsa? Haaa,...kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah tonton sendiri. Tak pun kita tunggu Ratu Bollywood kita, Amy J buat review ye :)

Yang penting, bagi saya filem ni sangat-sangat menghiburkan dan berbaloi ditonton. Of courselah ada beberapa scenes yang efeknya nampak over dan lawaknya agak slapstick, tapi itulah antara yang menyumbang ke arah kekuatan cerita ni.

[Reblog] #makeupbyschanazri -- Mekap tunang. My first client!

Assalamu'alaikum,

Dah sarapan? Pagi-pagi ni saya nak buat hebahan sikit. Nak kongsi dengan kalian semua mengenai #makeupbyschanazri. Yessss, adik Scha Nazri ni menawarkan pakej make up untuk majlis atau keraian istimewa anda. She is a very talented girl with great passion. Sedang gigih nak launch her carrier, serikan wajah anda with her magical touch! Jadi, entri di bawah ini ialah entri reblog dari blog Scha. Selamat membaca! Rajin-rajin, jengahlah portfolio Scha ye :)

--------------------

#makeupbyschanazri -- Mekap tunang. My first client!

Assalamualaikum. Hai semuaa!

Ho ho hoooo!

Alhamdullilah. Ada rezeki aku sempena hari cuti harini. Tahu tak, ini lah pelanggan pertama aku untuk job mekap! Tahu tak perasaan bila di-whatsapp oleh unknown number and tanya quotation untuk mekap? haha. Rasa macam berbunga hatikuuu. Rasa nak buat bebetul and client puas hati.

Tunangnya hari ni, 25hb Disember. Sebelum tu, dia requested untuk buat trial mekap di mana aku charged RM 30 sahaja. Trial mekap ni macam aku mekapkan dia, kalau dia suka look itu, dia ambil lah dengan aku. Just basic ones lah. Untuk the real one, aku memang kasi habis apa yang aku ada.

Masa trial mekap haritu, sejam setengah jugaklah aku mekapkan. Tapi, untuk pertunangan harini, sejam aku dah siapkan. Dia pun kata aku agak laju hari ni. Maybe sebab aku dah tahu apa aku nak conteng kat muka dia. hehe.

Nak tengok? Tak tahu lah korang berkenan ke idak kan. Kalau nak simple look atau apa-apa look, roger-roger aku taw. hehe. 




Alhamdullilah. Semoga Afifah dan pasangan kekal hingga ke syurga. Mana tahu rezeki jumpa Afifah di hari bahagia dia kan? Amin amin amin. Kena praktis banyak lagi ni. Hehe.

Untuk simple engagement macam ni, aku hanya charge RM 150.00 sahaja. Kalau untuk mekap dinner dan function yang lain, bawah RM 100 pun aku boleh offer. Tapi, depends kepada location. Kalau untuk sekitar lembah klang, melaka tu aku charge RM 50-RM 70 sahaja utk transportation. Lepaslah buat duit minyak kereta. hehe.

Kawan-kawan, boleh mintak tolong tak? Boleh tak tolong SHARE kan entry ni kat FB mahupun blog korang? Kalau korang share dekat blog, aku akan review blog korang kat blog aku. Serius ni. Sebab aku serius nak serius nak arena mekap ni. Nampak tak betapa seriusnya aku ni? Wiwiwi.
Whatsapp/text : 011-28536991


Sabtu, 27 Disember 2014

DIY - Pelita Comel daripada Bekas Bunga Telur

Hujung tahun ni kan sana-sini ada kenduri. Sure dapat banyak doorgifts dan bunga telur kan?! Haa,..containers tu jangan buang begitu sahaja. Ada yang boleh diguna semula. Cuba tengok gambar di bawah ni. Saya ada beberapa bekas bunga telur yang cantik design dan warnanya. Kita nak transform bekas-bekas ni jadi pelita comel.


Apa yang diperlukan hanyalah 'tea candles'. Tidak kiralah apa jenis, yang ada pewangi atau tidak. Even yang plain dan putih biasa tu pun OK. Kebetulan, saya memang ada tea candle bau epal ni. Ngam-ngam je saiznya muat dalam bekas-bekas tu. Masukkan tea candle ke dalam setiap bekas. Nyalakan.

Walllllahhhhhhhhh!
Pelita Comel daripada Bekas Bunga Telur
Cantik tak? Efek cahaya yang indah akan terbentuk mengikut corak atau reka bentuk bekas. Bolehlah dijadikan sebagai penyeri di taman anda. Tak pun, sesuai juga untuk hiasan meja time nak buat candle light dinner. Romantik sikit =)

Di rumah saya ni ada 2 orang yang achluophobia (takut/fobia dengan gelap). Kalau tiba-tiba tak ada elektrik, spontan dua-dua kejung jadi batu. Saya je macam murai tercabut ekor, masih nak berborak bercerita. Jadi, pelita-pelita comel ini khusus untuk mereka. Sekurang-kurangnya, efek lampu yang cantik ni bolehlah tenangkan sedikit rasa takut gelap tu (I really hope so.)

Mudah kan? Selamat Mencuba!


Dulu Hanya Takut Perang,...

Dahulu masa kecil-kecil, setiap kali lepas menonton filem Bukit Kepong, saya akan nangis dekat Cekebon,..mengadu yang saya takut perang. Tak mahu perang! Nanti kena menyorok bawah tanah, dalam lubang. Antara ketakutan besar saya pada usia itu ialah peperangan.

Dahulu masa belajar Geografi, saya rasa bersyukur sangat sebab Malaysia terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik (Ring of Fire) dan laluan angin taufan. Jadi, Malaysia bebas daripada ancaman letusan gunung berapi dan kebanyakan bencana alam yang lain. Tak perlu takut. Malaysia kawasan terlindung.

Sekarang, macam-macam perkara yang boleh ditakutkan,..
...takut tsunami
...takut ribut taufan
...takut puting beliung
...takut banjir


Banjir kali ini bukan calang-calang! Lihat paparan berita, otak saya berfikir tak henti-henti.

Setiap kali pegang inhaler, saya akan tertanya sendiri - Macam manalah mangsa-mangsa banjir yang sakit? Selesa ke nak rehat? Ada ke ubat?

Sejuk-sejuk ni, bila perut asyik minta diisi, terkenang mereka - Cukup ke nak makan minum? Sampai ke bekalan pada mereka?

Apapun, semuanya sudah tertulis. Kita harus percaya - atas setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmah tersembunyi. Allah menduga hamba-Nya dengan ujian dan musibah untuk menggantikan dengan 'sesuatu' yang lebih baik. 

Selamat Berhujung Minggu! Jangan lupa titip doa untuk mereka yang sedang diduga. Moga segala-galanya akan pulih seperti sedia kala.


Jumaat, 26 Disember 2014

Tutorial Kraf Kertas: Buat & Hias Kad dengan 'Squares'

Hari ini saya nak kongsi satu lagi cara mudah untuk hias kad ucapan yang kita buat. Guna squares. Ya, segi empat sama! Seperti Kad Mini dan Penanda Buku daripada Sampul Surat Terpakai, kita boleh gunakan lebihan-lebihan kertas yang kita ada.

Potong kertas mengikut saiz yang dikehendaki. Kebiasaannya, saya suka 2.5 X 2.5cm atau 3 X 3 cm.  

Squares sedia untuk digunakan :)

Khamis, 25 Disember 2014

Sangria,..the HALAL version ;)

Sangria ni sebenarnya sejenis minuman yang berasal dari Spain. Lebih kurang macam air punch beralkohol dengan potongan pelbagai jenis buah di dalamnya. So, kita akan dapat nikmati rasa buah-buah yang dimasukkan ke dalam sangria. Sambil minum sambil makan buah. Ala ala infused water lah cuma sangria lebih berperasa.

Version dari dapur FAMF Tower version yang dah kena modified. Saya gunakan teh dan madu, then masukkan hirisan epal merah, lemon dan halia. Kebetulan badan rasa bloated. Burpp burppp je. Selalunya saya akan buat Teh Halia dan Lemon. Kali ni nak ubah selera,...nak something refreshing to quench my thirst as well ;)

Sangria Epal, Lemon & Halia

Mula-mula, rendam teh dan hirisan halia dalam air panas. Biarkan hingga teh kembang dan rasa halia keluar meresap ke dalam air. Then, masukkan beberapa sudu madu dan kacau hingga sebati. Potong buah-buah yang ada, masukkan ke dalam air teh. Tambah air sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Boleh pelbagaikan resepi ikut citarasa sendiri. Tak mahu guna teh, boleh guna jus atau sirap (cuma kena pandai agak-agak manisnya), masukkan buah-buhan dalam tin ke,...masukkan nata de coco ke...terpulang. Cuma, potongan buah tu biarlah nipis-nipis atau didadu kecil. Especially kalau nak beri anak-anak minum. Bimbang nanti ada yang tercekik buah pula.


Postcards Giveaway from Czech & Germany

Siapa nak poskad dari Jerman atau Czech? Meh kita meriahkan GA Aisya ni. Kali ni Aisya buat collaboration dengan seorang kenalannya, Hanis Amanina :)

Klik pada banner di atas ye :)


Giveaway tamat pada
09 Januari 2015
(11:59 malam, waktu Malaysia)
Dengan senyuman, saya tag:

Doakan untuk Kita Semua,..untuk Malaysia

Assalamu'alaikum. Selamat bercuti dan selamat beristirehat. Jangan lupa selitkan doa buat mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia. Doakan yang terbaik untuk kita semua,...untuk Malaysia.


Surah Hud, Ayat 44
Terjemahan:
Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim". 


Rabu, 24 Disember 2014

Danke, Aisya =)

"Long, surat GA!" Cekengah balik kerja hulur sampul surat pada saya sambil sengih. Pandai-pandai je dia! Bila tengok setem, "Eh, daripada Aisya?" Baru teringat yang saya ada menang Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA anjuran Dik Aisya kita ni sekitar bulan Oktober yang lalu. Belakangan ni pun ada baca entri rakan-rakan blogger yang terima hadiah GA daripada Aisya. Tak terlintas langsung di fikiran yang saya pun akan terima hadiah yang sama. Hehehe nampak tak? This thing happens...when you are getting older ;)

Excited & gembira bukan kepalang!

Setem baru untuk koleksi saya!

Inilah key-chain Eiffel Tower yang saya menang. Terus gantung di board. Mencelah antara poskad yang Aisya hantar dan poskad kiriman Sis JM.
Eiffel Tower Key-Chain
 
Terima kasih banyak-banyak, Aisya. Susah payah anjur GA dan hantar gifts dari jauh. Jaga diri baik-baik. Moga Allah sentiasa memudahkan setiap urusan kalian berdua di sana :)

Danke
Domo Arigato
Merci



Apa Khabar Sayang - Armada (Easy Chords)

Selamat petang! Saya pernah tulis mengenai lagu ini di sini. Kali ini kongsi chords pula.

Kord Gitar & Lirik 'Apa Khabar Sayang' - Armada
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
C F C F

C F
Seharian aku tak tenang
Dm G
Seperti orang kebingungan
C F
Fikiranku tak karuan
Dm G
Khawatirkan kamu di sana
C F
Tak tahu apa gerangan
Dm Em
Mungkinkah di sana kau rasa bahagia
F G
Atau malah sebaliknya

(Chorus I)
C G
Telah lama kita tidak bertemu
Am G
Tak pernah ku dengar berita tentangmu
F C
Apa khabar kamu sayang
Dm G
apa khabar kamu sayang

C F C F

C F
Seharian aku tak tenang
Dm G
Khawatirkan kamu di sana
C F
Tak tahu apa gerangan
Dm Em
Mungkinkah di sana kau rasa bahagia
F G
Atau malah sebaliknya

Ulang (Chorus I)

(Chorus II)
C G
Aku kan terus mendoakanmu
Am G
Walau tak ku dengar berita tentangmu
F C
Apa khabar kamu sayang
Dm G
apa khabar kamu sayang
C
Di sana

Ulang (Chorus I) & (Chorus II)


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Wordless Wednesday - Cahaya


Selasa, 23 Disember 2014

Layan Blues dengan Bislor


Hari ni seharian tak nampak matahari. Dari pagi gerimis tak berhenti. Sejuk-sejuk begini, nak buat apa pun tak ada mood. Macam nak berkelubung bawah selimut dan bobok je. Dalam pada tu risau juga, harap-harap boipren bernama Mr. Asthma tidak datang menjengah. Nafas dah mula acah-acah rasa sempit ni. 

Tengah blink-blink fikir apa nak buat, saya pun masuklah ke zon selesa kegemaran saya. My kitchen! Mata roaming cari apa nak buat untuk dimamam. Sebab mood tak berapa nak best, saya buat Bislor! Bislor i.e. biskut + telur ni ala - ala comfort food buat saya. Dulu-dulu kalau bad mood ke, demam, tak ada selera nak makan ke,..selalu rengek Cekebon buatkan Bislor. Ada orang suka makan biskut tawar dengan susu pekat dan Milo kan...haaa saya kurang gemar yang itu. Too sweet for me. Tapi kalau biskut dengan telur, saya tidak akan tolak!

Bislor untuk minum petang saya :)

Resepi Bislor Cekebon
Saiz hidangan: 1

  • 4 - 5 keping biskut tawar (pecahkan kepada dua atau empat)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 batang cili hijau (hiris serong dan buang biji)
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar minyak zaitun/minyak canola


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bawang dan cili hijau. Kemudian, masukkan biskut. Biar sehingga biskut soggy sedikit kena minyak. 
  3. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada sulah. Tuangkan telur ke atas biskut. Biarkan seketika.
  4. Gaul rata. Agak-agak telur dah masak dan biskut dah lembik, boleh angkat.
  5. Makan begitu sahaja atau nikmati dengan sedikit sos cili.

Selamat Mencuba!


Isnin, 22 Disember 2014

Ini dah dikira 'tsundoku'!

Semalam saya kemas rak buku. Hehehe bilamana mata dah sakit tengok buku dan majalah senget sana, terbungkang sini, maknanya tindakan segera amat diperlukan! Sambil mengemas, bersihkan rak, saya terjumpa novel yang saya beli tapi tak baca lagi. Then, I found another one

...and another one,

...satu lagi,

...dan satu lagi.

Akhirnya,...

My unread novels :(

Buku terakhir yang saya sentuh dan baca - Laura's Handmade Life. Sadly, tak habis pun. Status - abandoned.

OK,...

Ahad, 21 Disember 2014

Sepenuh Hati - Spoon (Easy Guitar Chords)

Pernah dengar tak lagu ni? Yessss,...memang lagu lama heheh. Lagu ni popular masa saya Form 5, sibuk-sibuk belajar  untuk SPM (tapi dok dengar lagu je!) Minggu ni kan mission saya nak belajar main lagu-lagu lama. Semalam, dah kongsi chords Layar Keinsafan - Mestica,...hari ni kita layan rock kapak pula ye.

Dengar 'Sepenuh Hati' di sini.

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

Kord Gitar dan Lirik 'Sepenuh Hati' - Kumpulan Spoon

          Am                     Dm 
Bagaimana harusku luahkan
               E        Am
Perasaanku padamu
              F                    Dm
Yang selama ini aku pendamkan
                 E
Dalam diamku

      Am                           Dm  
Sukarnya ku berterus-terang
     E                      Am
Tentang perasaan ini
      F                                            Dm
Bimbang seandainya tak kau terima
        E                           Am
Musnahlah harapanku ini

(*)
        F                      G             C
Bagaimana harus aku menghadapi
         Am
Semua itu
                   Dm                   E                 Am
Sedangkan ku menyintaimu sepenuh hati
             F              G             C           Am
Tak mudah untukku melupakan dirimu
           Dm                  E
Kau bagiku segala-galanya

(Chorus)
Am               Dm                     G
Pada yang Maha Kuasa, ku panjatkan doa
C                                         F
Moga dibukakan pintu hatimu
Dm                  E                       Am
Kan ku buktikan kejujuran cintaku
              Dm                                          G
Jangan biar keraguan menghantui jiwamu
C                                             F
Dalam ku meniti semua kepastian
Dm       E              Am
Dari bibirmu oh kasih

Ulang (*) dan (Chorus)

            F                            G
Kasih dan sayang cinta dan rindu
          E           Am
Tersemat di jiwaku
           Dm            E
Usah biar ku kecewa
                   Am
Membalut luka
            F                                Dm
Agar kau mengerti yang selama ini
E             Am
Aku menyintaimu


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya. 


Apa Menu Hari Ni?

Selamat Santai Ahad, semua! Hari ni makan di luar atau masak sendiri? Saya tak ke mana-mana hari ni. Nak siapkan job editing. Menu simple je lah hari ni. Haaa, bagi yang tengah sibuk memikir nak masak apa, boleh intai resepi-resepi di sini :)


Nak something berasaskan kentang? Klik pada gambar untuk resepinya ya.

Kentang Bakar Mustard
Stew Kentang
Bergedel Tuna

Sabtu, 20 Disember 2014

♪ ♫ Riang Hatiku Badan Bertuah ♪ ♫

Apahal pula tiba-tiba nyanyi lagu Allahyarham Sudirman ni? Saya sedang gumbira, teruja, happpppyyyyy! Alhamdulillah, ada rezeki menang GA =) Alah, Simple GA: Vietnam Shawl yang Dr Shikin anjurkan semalam. Tengah senyum lebar sampai telinga ni!

Lucky #7 =)

Saya pun tak alert sebenarnya yang Shikin dah umum keputusan GA. Balik jalan petang tadi, buka-buka blog, was congratulated by Zarulfarhana. Domo arigato, dik! Heee,..merasalah saya ada shawl dari Vietnam. Semalam, masa buat entri GA ni punyalah bersungguh-sungguh scrutinize gambar shawl yang dibulatkan oleh Shikin. Berkenan dengan ton warnanya. Tak sangka jadi milik saya :) Thanks so much, Shikin! Moga Shikin akan dikurniakan rezeki yang berlipat ganda dan nikmat yang tidak pernah putus daripada-Nya.


Santai Sabtu Gaya Yuri

Selamat Hari Sabtu! Apa plan untuk hari ni? Saya ada a few things on my To-Do List yang perlu diselesaikan. Will be away to do my errands. Sebelum tu, nak belanja gambar Yuri yang lepak santai 'seekor' diri. Macam tahu je semua orang nak keluar ;)

Find a comfy spot,..
Then,...


Pilih untuk gembira,...

Another 'Happiness is,..' poster from lastlemon

Credit

Cuba untuk tidak cakap, tidak fikir dan tidak buat perkara-perkara yang negatif. You'll write your own story of happiness. Betul kan?



Jumaat, 19 Disember 2014

Layar Keinsafan - Mestica (Easy Chords)

Lagu nasyid ni dah lama. Memang saya suka dengar. Hujung minggu ni mood nak belajar main lagu-lagu lama. Yang dulu-dulu :)

Ingin dengar lagunya? Klik sini.

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.



Kord Gitar dan Lirik 'Layar Keinsafan' - Mestica

Em Am
Sepi benar senja ini
B7 Em
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Em Am
Jalur ufuk pula mengemas terang
B7
Kapal dan layar terkapar

Em Am
Mengapa nantikan senja
B7 Em
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Em Am
Gusar malam menghampiri
C B7
Ku tewas di lautan

Em Am
Tuhan layarkanku ke arah cinta-Mu
C
Tuntuniku menggapai redha-Mu
D
Rimbunan kasih-Mu ku berteduh
Em
Kepada-Mu ya Tuhan
C
Berikan secebis keinsafan
Am
Bekalan sepanjang perjalanan
B7
Mencari ketenangan

(Chorus)
Em Am
Biar Kau menjadi saksi
D G
Tulus tangisku kala dini hari
C Am
Kesempatan yang hanya sebentar
C B7
Moga keikhlasanku terlakar
Em Am
Berikanlah ku hidayah
D G
Agar dikuatkan iman yang lemah
C Am
Moga diberkati hidup ini
C B7 Em
Menuju bahagia yang kekal abadi

Em
Pada-Mu Tuhan
Am B7 Em
Kan kuserahkan cinta kepada-Mu

Em Am
Tuhan layarkanku ke arah cinta-Mu
C
Tuntuniku menggapai redha-Mu
D
Rimbunan kasih-Mu ku berteduh
Em
Kepada-Mu ya Tuhan
C
Berikan secebis keinsafan
Am
Bekalan sepanjang perjalanan
B7
Mencari ketenangan

Ulang (Chorus)

Em Am
Harapanku moga dikurniakan
B7 Em
Manisnya iman berpanjangan
Em Am
Moga lautan hilang gelora
B7 Em
Untuk ku belayar


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.  

Simple GA: Vietnam Shawl

Mari sertai Simple GA Dr. Shikin ni. Shikin kan baru pulang bercuti dari Vietnam, so ada Vietnam Shawl yang ditawarkan sebagai hadiah :)

Klik pada banner ye :)

GA ni akan tamat dalam masa terdekat. Tak dinyatakan tarikh tutup tetapi kemungkinan besar akan berlangsung selama 24 jam.  So, cepat bertindak!


Masih,...dan akan kekal begitu.

Credit - Grammarly Cards
Bagi saya, 'Tolong' dan 'Terima Kasih' memang masih 'magic words' dan akan kekal begitu. Cuma terpulang pada kita untuk amalkan atau tidak. Tidak salah mengungkapkan 'Tolong' di pangkal ayat jika kita inginkan pertolongan. Tidak surut nilai diri seandainya menuturkan 'Terima Kasih'. Banyak perkara baik akan menyusul dengan dua kata ini :)

Selamat Menempuh Hari! Jangan lupa untuk senyum =)


Khamis, 18 Disember 2014

Cara Mudah untuk Pilih Font (Senang jer,...)

Kebiasaannya apabila saya nak buat bahan mengajar, kad atau scrapbook, saya akan berdepan dengan masalah nak memilih font. Jenuh nak tengok satu-satu font apa yang cantik, font mana yang sesuai. Klik sana, klik sini, cuba yang ini, cuba yang itu...Last-last berpinar mata dibuatnya! Itu belum tentu puas hati lagi dengan font yang dipilih.

Saya jumpa satu laman yang sangat berguna. Wordmark.it. Laman ini akan load semua fonts yang kita ada supaya kita dapat lihat, bandingkan dan pilih yang paling sesuai! Bagaimana? OK. Klik pada pautan ini - Wordmark.it

Laman wordmark

Roti Bawang Putih Pejam Mata

Garlic Bread

Haaa...pagi-pagi dah buat entri makanan. Inilah hidangan minum petang saya semalam. Kan kononnya tengah edit-edit dokumen, tiba-tiba rasa lapar datang. Tapi, saya tak makan dengan sup cendawan. Makan begitu je krup krap krup krap.

Tengah feeling-feeling santap roti ni, tiba-tiba ada tetamu la pulak. Kak Wa, salah seorang parents kepada anak murid saya, datang nak tanya tentang kelas untuk tahun depan. Heheheh Kak Wa ni mesti 'windu' sama saya,..siap datang rumah lagi. Padahal selalu tu boleh calling-calling je ;)

Langkah kanan Kak Wa petang semalam. Jamu dia minum petang sama-sama. 

"Kau buat ni Farrah?"
"Mmm."
"Pandainya ko! Bukan remeh ke nak buat roti ni?"
"Senang je kak. Akak beli roti perancis tu. Tumbuk 3-4 ulas bawang putih, masukkan minyak zaitun/marjerin, garam sedikit. Sapu kat roti. Tabur parsley. Bakar." 

Kemudian, saya terangkan kat Kak Wa variasi resepi mudah garlic bread yang boleh dibuat.

"Ohhhh senang je rupanya! Mati-mati akak ingat leceh. Pejam mata pun boleh buat!"

Amboi, kak! Tak sesuai pejam mata kat dapur kot! Hahaha so, tataplah 'Roti Bawang Putih Pejam Mata' saya  :) Have a great day!


Rabu, 17 Disember 2014

Apa untuk Minum Petang?

Hari ni tinggal saya seorang di rumah. Menghabiskan kerja editing. Baru pukul 3 petang perut dah mula berbunyi,...penat membacalah kononnya. Saya fikir nak buat simple garlic bread je. Makan ganding dengan kopi secangkir dua :) Nak cuba? Jenguk entri saya di bawah ye.



Selain tu, boleh juga intai-intai entri 'Treat for One' saya. Semuanya simple! Easy peasy.



Want to enjoy something yummy to drink?


Selamat Minum Petang!

Psst! Misi blogwalking saya tergendala buat sementara waktu. Nak selesaikan edit  a few chapters lagi. Jumpa nanti!

Mooooooooooo!

'Rabu Tanpa Kata'

Lembu-lembu tengah lepak santai :)


Selasa, 16 Disember 2014

Tutorial Kraf Kertas - Memo Pad Mini daripada Kertas Terpakai

Hari ni saya nak tunjukkan satu lagi projek DIY ringkas dengan menggunakan kertas terpakai. Kertas-kertas yang belakangnya kosong tak bercetak/bertulis. Asingkan ye. Kita akan buat memo pad mini.

Saiz? Terpulang. Nak besar, potonglah kertas tu ikut besar mana yang kalian mahu. Luas sikit ruang untuk menulis. Di bawah ini, saya potong kertas mengikut saiz standard kad nama (name card/business card).


Material yang diperlukan:
  • Kad nama untuk cover hadapan
  • Kertas terpakai yang telah dipotong mengikut saiz kad
  • Kertas keras untuk cover belakang (Selalunya saya ambil bahagian belakang test pad. Boleh je potong kotak atau cover buku yang dah tak digunakan lagi.)
  • Gam (Jika boleh, guna yang strong bond - gam dalam botol besar yang ada tulis untuk office use & bookbinding.)
  • Berus lukisan
  • Beberapa keping kertas keras/card board sebagai pelapik
  • Klip kertas sederhana besar

Dah bersedia? Jom kita buat.

Jom Belit Lidah

Saya sedang sediakan aktiviti untuk the kids. Hari Rabu nanti ada kelas. This week for English mereka akan buat tongue twisters. Itulah sebab tajuk entri ajak belit-belit lidah :) Berlatih menyebut tongue twisters adalah cara yang baik untuk 'lembutkan lidah' dan baiki cara sebutan kita.

Credit

Let's try one of these tongue twisters. Cuba pronounce betul-betul setiap patah perkataan dan pada masa yang sama sebut dengan laju. Tak mau tergeliat lidah! Tergigit lidah lagilah mohon dijauhkan.

Isnin, 15 Disember 2014

Apa Khabar Sayang

Hari ni ada seorang teman yang hantar lagu ni pada saya untuk didengar. Lagu daripada kumpulan Armada. Comel, sweet-sweet gitu! Jadi, saya nak dedicate lagu ni buat kalian semua. Apa khabar? Semoga semuanya baik-baik saja :)


♪ ♪Aku kan terus mendoakanmu ♫
♫ Walau tak ku dengar berita tentangmu ♫
♪ ♪ Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang
di sana ♫




Lirik Apa Khabar Sayang - Armada

Seharian aku tak tenang
Seperti orang kebingungan
Fikiranku tak karuan
Khawatirkan kamu di sana

Tak tahu apa gerangan
Mungkinkah di sana kau rasa bahagia
Atau malah sebaliknya

Telah lama kita tidak bertemu
Tak pernah ku dengar berita tentangmu
Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang

Seharian aku tak tenang
Khawatirkan kamu di sana
Tak tahu apa gerangan
Mungkinkah di sana kau rasa bahagia
Atau malah sebaliknya

Telah lama kita tidak bertemu
Tak pernah ku dengar berita tentangmu
Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang

Aku kan terus mendoakanmu
Walau tak ku dengar berita tentangmu
Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang di sana

Ooohhh...
Mungkinkah di sana kau rasa bahagia
Atau malah sebaliknya

Telah lama kita tidak bertemu
Tak pernah ku dengar berita tentangmu
Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang

Aku kan terus mendoakanmu
Walau tak ku dengar berita tentangmu
Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang di sana

Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang

Aku akan terus mendoakanmu
Walau tak ku dengar berita tentangmu
Apa khabar kamu sayang, apa khabar kamu sayang di sana
Apa khabar kamu sayang di sana


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.  

Monday Blues? Buka Tingkap Cepat!

Selamat Hari Isnin! Kita dah masuk minggu ke-51 untuk 2014. Siapa hari ni Monday Blues? Mood tu lemau je. Nak angkat jari pun tak bermaya...

Haaa, cuba ikut saranan saya. Pergi buka tingkap cepat! Tak,..tak...kita bukannya nak defenestrate apa-apa. Kita nak beri udara luar masuk je.

Sebenarnya, kebanyakan 'kes' Monday Blues berpunca daripada keadaan di sekeliling kita. Pernah tak alami - pada pagi Isnin kita betul-betul bersemangat nak mulakan hari. Ceria je sepanjang perjalanan nak ke tempat kerja.  Then sampai pejabat, mood kita tiba-tiba jatuh merudum. Rasa malas mula bersarang. Hmmm, kalau begitu, pergilah buka tingkap atau pintu yang ada berhampiran ruang kalian.

Kenapa? Sebab dah dua hari ruang tu terkepam. Hujung minggu cuti,.. habuk, debu dan bakteria berkumpul. Keadaan bilik yang terkepam begitu boleh buat kita rasa tak selesa (walaupun tanpa kita sedar) dan akan pengaruhi mood kita. 

Penyelesaiannya, dapatkan pengudaraan yang baik. Biarkan udara segar masuk dan nyahkan udara-terkepam-dua-hari yang kalian inhale tu. Penggunaan air freshener dengan bau-bauan segar juga turut membantu :)

So, fikir betul-betul - Monday Blues ke KEPAM?

Selamat memulakan minggu baru! Moga kalian lebih produktif hari ini ;)


Ahad, 14 Disember 2014

Buat Sendiri Masker Teh Hijau

Assalamu'alaikum. Happy Sunday!

Pagi-pagi buka peti ais, ternampak uncang-uncang teh yang saya simpan. Ada teh hijau, ada teh biasa. Saya memang tak buang. Simpan untuk letak kat mata bila rajin. Tiba-tiba hari ni datang angin nak manjakan diri. So, saya buat masker teh hijau untuk muka.

Masker Teh Hijau

Masker teh hijau elok untuk mengecilkan pori pada wajah. Gandingkan dengan bahan-bahan lain seperti tomato, strawberi, lemon atau madu, kita boleh dapat kulit yang lembut dan segar lepas pakai masker ni. Kalau tumbuh jerawat batu, tepekkan je teh hijau supaya jerawat tu lebih cepat mengecut.

Cara nak buat masker teh hijau sangat mudah. Yang di atas tu, saya hanya gabungkan teh hijau dan madu.
  • 2 uncang teh hijau (keluarkan serbuk teh hijau daripada uncang dan letakkan ke dalam mangkuk)
  • 1 sudu besar madu
  • Gaulkan hingga sekata. Letak pada muka.
  • Biarkan 15 - 20 minit. Kemudian, basuh wajah dengan air suam.

Selain itu, boleh juga cuba kombinasi di bawah:
  • teh hijau + sesudu kecil perahan lemon + sesudu kecil air
  • teh hijau + tomato yang telah dilenyek
  • teh hijau + buah strawberi yang telah dihiris halus

Selamat Memanjakan Wajah!



Sabtu, 13 Disember 2014

Waktu untuk Mengasingkan Diri

Salam Sabtu! Selamat berhujung minggu. Pagi ni saya nak habiskan baca novel daripada salah seorang author kegemaran saya, Claudia Carroll! Ingat boleh khatam malam tadi, tapi mata dah tak larat tongkat! So, some 'Me-Time' for myself today!


Credit

See all of you later. Siapa yang saya belum balas kunjungan atau komen, tak mau kecik hati. Insya-Allah, saya akan drop by petang atau malam nanti :)


Jumaat, 12 Disember 2014

Kerepek Durian

Jauh datangnya kerepek durian ni,..dari Thailand. Adik ipar saya, Dhila yang beli and beri kami rasa. Kata Dhila, ramai orang cakap kerepek durian tu sedap. Memang terkenal kat sana.

Saya dah lama benar tak makan kerepek durian. Kerepek biji durian biasalah makan. (Nak try? Rujuk resepi di sini ye) Apa lagi,.. adik dah bawa stok gatal gigi, bukan main excitedlah saya mengunyah! Suprisingly, rasa kerepek durian ni macam kerepek sukun.  Kalau tak kerana packagingnya yang tertera 'Durian chip', memang saya akan kata sukun =)

Kerepek durian

Rasa lemak-lemak durian tu memang ada tapi bau semerbaknya tak. Orang yang bukan penggemar durian pun boleh enjoy kerepek ni. Tetapi, harganya ya ampunnn! Dalam satu kotak, ada dua pek seperti di atas,..harganya RM40! Maybe sebab pakai durian mahal + Dhila beli kat airport. Nway, thanks so much, Dhila!


Terkelindan,..

Ini antara urusan yang berjaya saya selesaikan semalam. Urusan posto!
Bersedia untuk dikirim. 
Kotak dan sampul besar putih saya nak guna poslaju. Tetapi, empat keping yang tersusun belah kanan, nak pakai pos biasa. Sampai kaunter, saya cakaplah nak timbang untuk setem. Petugas di kaunter tu terus cakap ni semua RM4 setiap satu. Saya pelik. RM4?

Khamis, 11 Disember 2014

Susu Pisang ala-ala 'Banana Milk' Korea

Hari ni saya keluar shopping barang keperluan dapur. Dah buat plan keluar, lupa pula hari ni Selangor cuti! Ya Allah, ramainya orang! Atas jalan sesak, dekat hypermarket sesak. Sana-sini penuh orang. Saya yang dah terbiasa shopping waktu lengang tak ada orang, mula pening-pening lalat dibuatnya.

Dalam hypermarket tak usah ceritalah. Setakat laga-laga troli, kena senggol kiri kanan dengan troli yang ditolak oleh 'budak-budak kecil-belum-cukup-umur-belum-cukup-kuat-sudahnya-acik-yang-kena-langgar!' - dah perkara biasa untuk hari ini. Orang beli barang macam esok nak perang! Lagi-lagi sekarang tengah sale sempena Krismas. Bayangkan, saya terpaksa kejar seorang wanita ni hanya kerana dia 'terbawa pergi' troli barang-barang saya. Lama saya terdiam depan troli yang tiba-tiba ada pampers untuk baby huhuhu

Balik rumah, rasa penat sangat! Kalau ultraman, dah menyala-nyalalah alarm kat dada tu. Nak makan pun tak larat. Tapi lapar nih! Alih-alih saya buat susu pisang. Kononnya ala-ala banana milk yang popular di Korea tu.

Susu Pisang

Saya guna pisang segar, segelas susu Anlene dan sedikit gula perang. Since guna pisang betul, teksturnya seperti smoothie. Agak pekat. Alhamdulillah, kenyang! =)

Oh, kalau teringin nak buat banana milk versi Korea, boleh cuba resepi ni:

1 cawan susu full krim
1 sudu besar gula
1/4 sudu teh banana extract

Nite nite! Rombongan blogwalking saya terpaksa ditunda buat sementara waktu. 'Acik' kena rehat ;)


Tutorial Kraf Kertas: Penanda Buku daripada Sampul Surat Terpakai

OK, ini satu lagi DIY mudah yang kita boleh buat menggunakan bahan terbuang. Gunakan bahagian bucu sampul surat lama/terpakai,...

Potong mengikut saiz yang dikehendaki :)

...untuk hasilkan penanda buku seperti di bawah ni.

Penanda buku daripada sampul surat terpakai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...