Khamis, 20 Februari 2014

Ibu & Fistula (Hari ke-2)

Hari ke-2 selepas fistula. Dari kerut dan monyok roman muka ibu, saya tahu tangan dia sakit. Saya intai dari jauh, banyak jugalah air matanya yang tumpah. Sabar ye, Cekebon sayang! I know you're strong. Balutan fistula tu masih belum boleh dibuka lagi. Menurut doktor kena tunggu 3 hari, so esoklah baru tahu bagaimana status keadaannya. 


Hari ini ibu dah mula kena buat exercise tangan. Tujuan exercise ni adalah untuk mempercepat kematangan tapak fistula agar sedia untuk digunakan. Bukannya hari ni kita operate, esok dah boleh guna. Tak silap saya makan berbulan-bulan juga.

Masa saya datang bawa bola pink pada ibu, dengan muka sedih ibu tunjukkan jemarinya yang bengkak. Bola ni jenis yang lembut. Ibu kena squeeze bola ni perlahan-lahan supaya darah di tangan dapat berjalan/mengalir dengan baik. Exercise ni juga boleh bantu surutkan bengkak dan rasa kebas pada tangan ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...