728 x 90

Khamis, 13 Februari 2014

Nasi Ayam Penyet Sambal Ijo

Tercapai juga hasrat saya nak makan ayam penyet! Dah lama benar teringin tapi tak ada kesempatan nak cari hidangan ayam penyet ni. Kebetulan, selepas shopping di Tesco Mutiara Damansara dengan ibu, Angah & Bott, kami singgah di food court. Kepala saya macam ada siren yang menyala-nyala apabila ternampak salah satu daripada kedainya yang menjual hidangan Indonesia.

Inilah 'meal' saya. Nasi Ayam Penyet Sambal Ijo.


Set nasi ayam penyet saya ada sayur asem, kerabu kubis, tauhu, tempe, keropok dan sambal terasi (sambal belacan) sebagai 'side dish'. Mewah tak sambal hijau yang diletakkan atas ayam penyet saya? Alhamdulillah, puas makan! Kerabu kubis dan ayam sambal ijo saya memang best! Terangggkaatttt! Cuma sayur asemnya kurang 'ingredients' sedikit. Selalunya sayur asem ni penuh dengan kekacang dan sayur-sayuran. Tak mengapalah. Janji kenyang dan saya hanya perlu bayar sekitar lima ringgit (kalau tak silap RM5.50) untuk hidangan ni. Berbaloi kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...