728 x 90

Selasa, 11 Mac 2014

Ayam Masak Merah Campak-campak

Juadah ini saya panggil 'Ayam Masak Merah Campak-campak' sebab saya masak tak guna resepi/sukatan yang khusus. Teringin sangat nak makan ayam masak merah. So, buat yang simple je. Semua main agak-agak dan kemudian campak je masuk dalam kuali. Ayam - gaul dengan kunyit dan garam kemudian goreng hingga masak. Selepas tu, saya tumiskan bawang merah, bawang putih dan beberapa batang serai hingga naik bau. Masukkan cili giling (nak pedas letak lebih sikit), sos tomato, sedikit kicap dan akhir sekali imbangkan rasa dengan garam dan gula. Jemput makan!

1 ulasan:

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...