Ahad, Mac 02, 2014

Berwudhu' dengan Secawan Air @ Air yang Sedikit

Sekarang ni kat Selangor, ada gangguan bekalan air + air kena catu. Kawasan rumah saya pun terlibat. Sedih je pandang pili paip tak ada air yang menitik :) Time tak ada air begini, antara perkara yang jadi kebimbangan ialah bagaimana nak wudhu' dengan jumlah air yang terhad.

Sebenarnya nak berwudhu tak perlu kuantiti air yang banyak pun. Kita di Malaysia ni yang terbiasa dengan amalan buka pili air besar-besar, guna air yang deras untuk mengambil wudhu'. Di sesetengah negara yang selalu kemarau/kurang air, umat Islamnya memang mengambil wudhu' menggunakan air yang minima. Malah kalau kita amati cara Rasulullah (saw) berwudhu', baginda hanya menggunakan 1 mud air  (lebih kurang 750ml/ setengah botol air mineral besar). Wudhu' tetap sempurna kendatipun menggunakan semug air/segayung air/sebotol air mineral kecil jika dilakukan dengan betul.

So, time krisis air beginilah, cara wudhu' dengan air yang sedikit perlu kita praktikkan. Air masih ada, cuma tidak banyak dan bercatu. Jadi tidak boleh jatuh sebab yang membolehkan tayammum. Mujurlah dulu time sekolah ada buat praktikal cara wudhu' begini untuk PAFA. Tak adalah pening kepala nak ambil air sembahyang setiap kali tiba waktu solat.

Untuk kalian yang kurang jelas dengan cara-caranya, boleh tonton video yang saya jumpa di Youtube ni.


Terima kasih pada suffi76 kerana upload video ini sebagai panduan.


Update 5 Mac 2014

Satu lagi video sebagai panduan kita semua.



4 ulasan:

  1. Rasulullah pun bule wuduk dgn air yg sikit je... baginda tu amat sederhana ...kita cuba lah ikut sunnah Rasul kan

    BalasPadam
  2. memang seksa kak oiii xdak air ni. Hope tak berpanjangan lah xde air ni.

    BalasPadam
  3. @msredcheesecake betul. kita selalu terbiasa dengan air yang mencurah-curah, sampai kadang2 dah jadi membazir...

    BalasPadam
  4. @Noriz Today Bahagia itulah,..akak dah nak terkehel bahu dah mengangkut air.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.