Jumaat, 7 Mac 2014

Bila Stoking Cari 'Soul Mate'

Inilah 'Missing Socks Board' yang saya buatkan untuk my one and only sis, Cekengah@Rena. Si Rena ni selalu je hilang pasangan stoking dia setiap kali lepas buat laundry. Kalau lengkap sepasang stoking dia, tu dah kira seribu rahmat dah tu. So, saya terfikir untuk hadiahkan adik comel bam bam saya ni dengan this board supaya dapatlah dia jejak semula stoking-stokingnya.

Saya cari 'cork board' yang kecil, hias dengan scrap papers, sticker fonts dan letak 4 penyangkut baju (thanks to Bott yang berusaha cari 4 penyepit baju paling decent dan cantik yang ada kat rumah) untuk dia gantung stokingnya yang hilang/tak jumpa pasangan. Cukuplah tu kan?! Takkan sekali hilang sampai empat pasang stoking ;) Hope you like this board, Rena! Really hope this will help to solve your 'tak-cukup-lagi-satu' socks problem.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...