Rabu, Mac 12, 2014

Buat Garlic Bread | Roti Bawang Putih Mudah

Ini aktiviti pagi semalam. Saya buat stok roti bawang putih (garlic bread) untuk family. Jadi, siapa yang lapar, can simply grab one stick, bakar and nom...nom...nom...


Hari sebelumnya, saya beli 2 batang baguette. Untuk buat garlic bread, setiap satunya saya belah kepada 4 bahagian. Setiap bahagian pula saya potong kepada belahan kecil ala-ala garlic bread seperti di Pizza Hut tu. Jika mahu dapatkan potongan yang cantik, guna serrated knife tau. Kemudian, sapukan 'garlic spread' pada belahan roti. Balut dengan kerajang aluminium (aluminium foil) dan simpan dalam freezer. Bila teringin nak makan, keluarkan dan bakar je dalam oven. Senang, bukan?


Resepi Roti Bawang Putih | Garlic Bread

Ada banyak cara buat roti bawang putih. Di bawah ini ada beberapa resepi mudah garlic bread yang biasa saya buat.

Pilihan 1

  • Sebarang roti ikut citarasa
  • Beberapa siung bawang putih (tumbuk hingga hancur/cincang hingga halus)
  • Beberapa sudu besar mentega/marjerin
  • Daun parsley (cincang halus)

Cara penyediaan:
  • Gaul rata bawang putih dengan mentega/marjerin.
  • Sapukan pada roti.
  • Taburkan sedikit daun parsley dan bakar.

Pilihan 2 (Lebih sihat kerana kita guna minyak zaitun)

  • Sebarang roti ikut citarasa
  • Beberapa siung bawang putih (tumbuk hingga hancur/cincang hingga halus)
  • Beberapa sudu besar minyak zaitun
  • Daun parsley (cincang halus)
Cara penyediaannya sama seperti di atas


Pilihan 3(Lebih sihat kerana kita guna minyak zaitun/minyak canola)

  • Sebarang roti ikut citarasa
  • Serbuk bawang putih (boleh dibeli di pasar raya di bahagian rempah)
  • Minyak zaitun atau minyak canola

Cara penyediaan:
  • Sapukan minyak pada kedua-dua belah permukaan roti.
  • Taburkan sedikit serbuk bawang putih.
  • Masak menggunakan non-stick pan hingga warnanya bertukar kekuningan.

Jika sekali-sekala nak tukar selera, boleh taburkan sedikit keju parut atau serbuk keju di atas roti sebelum dibakar. Jadilah Roti Bawang Putih Berkeju.




13 ulasan:

  1. sedaapppnya...SB guna garlic spread saja..hihii..

    BalasPadam
  2. @Sue Bee betul SB. lg senang kan! tapi rasa sgtlah marvelous!

    BalasPadam
  3. wahh mcm sodap ni akak...terliur plak bile bace ni... boleh imagine2 gtuh... terima kasih bagi resepi...dulu pernah buat jugak, tapi mcm tawar...rase kena jugak tabur garam sikit kot...xpastilah.... :D anyway thanks for sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa, itu memang garam lah tu. Sometimes butter/marjerin yang kita guna kandungan garamnya berbeza :)

      Padam
    2. Ya tabur sedikit garam bukit Halagel nk bagi rasa.

      Padam
  4. nak bakar berapa celcius dan berapa lama nak bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung pada oven. Selalunya saya bakar 200 darjah celcius selama 10-15 minit. Terpulanglah nak roti tu lembut-lembut garing ke...nak keras sikit ke. Kalau tak sure, cuba 180/190 selama 15 minit dulu :)

      Padam
  5. thnkz 4 share...en.suami suruh buat roti ni..bleh amik la resepi ni..

    BalasPadam
  6. Kalau tak letak daun parsely tu blh tak ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Mentega dengan bawang putih je pun dah sedap :)

      Padam
  7. Sedapnya roti bawang putih ni.. Kena cuba buat juga nanti..

    BalasPadam
  8. Yummmmyyyy nak cuba... Nak cuba... Thanks share kak :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.